Manfaat Joging Pada Kesihatan

Berjoging, aktiviti yang cukup mudah namun paling tidak disukai untuk dilakukan keraa ia cukup memerah tenaga. Berjoging, berjalan cepat atau berlari-lari anak boleh membantu tubuh menyerap oksigen dan membuat fungsi jantung agar bekerja lebih cepat daripada biasa. Joging biasanya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang.

joging

Menurut para penyelidik Denmark menyatakan mereka yang berjoging sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali dalam seminggu sudah cukup mencapai saranan kesihatan. Namun jangan terkejut jika joging dilakukan secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat, demikian menurut Jacob Marrot, penyelidik Copenhagen City Heart Study dan Hospital Frederiksberg di Denmark.

1) Meningkatkan stamina
Menjalani rutin harian dengan berjoging mampu meningkatkan stamina dan memberi kesan positif dalam kehidupan seharian. Jika badan sering berasa lesu, mulakanlah berjoging secara rutin.

2) Mencegah penyakit 
Sistem imunisasi badan dapat ditingkatkan. Hal ini kerana berjoging membantu melatih fungsi jantung, malah joging juga dapat mengurangi tekanan darah sekali gus melindungi anda daripada pelbagai penyakit.

3) Menurunkan berat badan
Joging membantu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme tubuh. Ketika kadar metabolisme tubuh anda lambat, maka tenaga berlebihan yang masuk ke dalam tubuh disimpan sebagai lemak. Pengumpulan lemak ini menjadikan tubuh semakin gemuk.

4) Membakar lemak di perut
Semakin hari ukur lilit pinggang bukanlah semakin mengecil malah semakin bertambah nilainya. Jika ingin bebas dari lemak yang mula mengumpul di bahagian perut atau mana-mana bahagian tubuh, mulailah berjoging.. Bukan shaja di perut, lemak di bahagian pinggang, pinggul, paha dan lain-lain juga akan terusir.

5) Menguatkan otot dan tulang
Joging membantu menguatkan otot dan menjadikan tulang lebih padat. Kepadatan tulang dan otot dapat membuat anda beraktiviti dengan lebih bersemangat.

6) Melambatkan penuaan
Seiring bertambahnya usia, massa otot dan tulang akan berkurang. Joging membantu anda melewatkan proses penuaan di samping membuatkan kulit kelihatan cerah dan bermaya disebabkan aliran darah yang lancar.

Sumber: Keluarga, Januari 2016.

Kawan-kawan yang suka berjoging, tahniah Sue ucapkan. Teruskan aktiviti ini kerana banyak manfaatnya pada kesihatan. Yang blom pernah cuba, jom mulakan harini demi kesihatan pada masa akan datang.

2 ulasan:

  1. Banyak manfaat tapi jarang jarang Nani ni buat. Hehee.

    BalasPadam
  2. 2 minggu x jogin ni badan nak rasa berat
    adoii weken ni nak pi lari lahh

    BalasPadam