Review Buku 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna

3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna adalah sebuah buku yang ditulis oleh blogger terkenal iaitu Puan Adlil Rajiah (saatakukaupilih.blogspot.com) dan dengan usahasama Teacher Najmi.

Buku ini sangat la bersesuaian dengan cik sue. Dalam membesarkan 3 orang cahayamata bukannya mudah. Karakter setiap anak juga adalah berbeza.

Dengan membaca serba sedikit ilmu keibubapaan itu akan bertambah. Bukan untuk menjadi ibu yang perfect. Cuma untuk berikan yang terbaik kepada permata hati.

Buku ini berkongsi tip keibubapaan (sangat banyak pecahan tajuk dalam bab ini), tip pakar psikiatri, idea aktiviti kanak2 dan resepi untuk kanak2.

Antara topik2 yang disentuh seperti kenapa anak2 perlu bermain, tip potty train, tip pupuk anak minat membaca, cara elak tantrum anak di tempat awam dll.

Sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil sehingga berusia 7thn.

Jadilah ibu bapa yang anak2 bangga memiliki.

Buku ini beharga RM 45. Boleh didapati di kedai buku seperti MPH dan Popular. Mempunyai 474 muka surat.


1 ulasan: