Suplemen Kesihatan Sepanjang Musim Tengkujuh (Hujan)

Pagi tadi sebelum subuh hujan lebat di Petaling Jaya. Sejuk2 hujan ni rasa malasnya nak bangun tido. Tarik selimut sambung tido mau jadi subuh gajah nanti agaknya.

Bergegas bangun, solat dan siapkan sarapan keluarga.

kuatkan imun sistem

Bila musim hujan kedai dobi lah yang paling laku kan. Bab nak keringkan baju terpaksa la cik sue menapak ke sana. Rumah cik sue takde dryer. Nasib kedai dobi dekat belakang rumah ni je..

Setiap hari cik sue akan hantar anak pergi dan pulang dari sekolah. Jadinya dalam kereta memang akan ada satu payung begitu juga dalam rumah. 

Dekat anak2 cik sue belikan juga baju hujan, sebabnya kadang2 angin kuat habis air hujan terkena baju anak2, basah lenjun juga la.

Buat kawan2 di Pantai Timur, cik sue percaya mesti anda semua telah membuat sedikit persediaan untuk banjir kan, seperti sediakan perahu, packing barang2 yang penting supaya mudah untuk diselamatkan nanti dan lain2.

Musim2 hujan ni kesihatan haruslah dijaga dengan lebih rapi. Bila2 masa sahaja mudah terkena demam, batuk dan selsema.

Sebagai persediaan untuk mengurangkan risiko terkena penyakit 3 serangkai tersebut, cik sue beri keluarga cik sue makan nutriferon, omega, chewable vitamin C dan vitamin C.

set imun booster

Suplemen ini membantu melawan virus, meningkatkan imun sistem badan, memecahkan kahak, meredakan demam, mengeringkan selsema.

Semuanya perlu diambil secara konsisten setiap hari. Ini adalah sebahagian ikhtiar untuk sihat bagi family cik sue. Semuanya dengan izin Allah jua.

Jaga kesihatan kawan2 sepanjang musim tengkujuh ini ye.

3 ulasan:

  1. Bila dah tiba musim hujan ni memang kena berganda ganda jaga kesihatan :)

    BalasPadam
  2. Cuaca sekarang tak berapa menentu, memang eloklah jaga kesihatan. ;)

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan urusan mereka yang tinggal di pantai timur..bekalan ubat ye mmg ptt ada skrg musim hujan banjir tenkujuh kan

    BalasPadam