Keajaiban Berlaku Berkat Doa Dan Amalan Rohani

Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita.

Bila kita berbisnes, bukan setakat hubungan dengan customer yang kita kena jaga tetapi hubungan dengan Allah yang lebih kita kena jaga dan utamakan.

Solat awal waktu, mengaji Al Quran, dhuha, selawat, sedekah, solat- solat sunat (tahajud, taubat), doa spesifik, jaga hubungan dengan ibu bapa dan adik beradik.


Cik sue sendiri pernah alami sendiri beberapa kisah keajaiban.

Satu hari cik sue ada appointment dengan doktor. Disebabkan appointment belah petang, jalan ke hospital agak sesak dengan kenderaan. Cik sue berdoa semoga kami dapat sampai tepat pada waktunya serta mudah dapat parking yang dekat dengan lif. Mulut tak habis-habis berzikir dan istighfar. Alhamdulillah Allah permudahkan.

Pernah satu masa hari closing ada lagi 300uv tidak cukup untuk efektif rank. Cik sue berdoa spesifik dan follow up kesemua customer. Alhamdulillah masuk order twinpack vivix, dan juga suplemen lain. Sujud syukur cik sue.

Pernah juga customer tanya nak beli suplemen. Tetapi end up beli dengan orang lain. Cik sue doa semoga Allah ganti customer yanglebih baik, mudah berurusan dan mampu membeli shaklee tanpa banyak songeh. Alhamdulillah close deal full set menyusu dan set cantik.

Bila diingat-ingat kembali, sayangnya Allah pada cik sue. Nikmat apa lagi yang ingin kamu dustakan. Terima kasih Allah.

Nak apa-apa atau jika berhajat apa-apa walaupun mulut manusia cakap mustahil mintalah dengan berdoa spesifik pada Allah.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

(Surah Al-Ghaafir ayat 60)

Allah maha pemberi rezeki. Sebagai manusia kita perlu berusaha mencari rezeki disusuli dengan amalan menjemput rezeki.

Utamakan dahulu sang Pemberi Rezeki dalam segala hal, inshaaAllah segala urusan kita dipermudahkan dan diluaskan rezeki.

Jom dhuha

2 ulasan:

  1. Dia yang memberi rezeki tugas kita berusaha dan mohon daripada Dia. Miga makin dimurahkan rezeki akak 😊

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah jgn putus berdoa kepadaNYA

    BalasPadam