Kenangan Zaman Sekolah Join Persatuan Puteri Islam

Masa zaman sekolah macam2 kenangan dan memori yang ada. Sedih, gembira, seram, terkejut, takut, semua ada. Itulah yang dinamakan rencah hidup.

Sewaktu di tingkatan satu cik sue join Persatuan Puteri Islam di sekolah. Satu hari persatuan kami ada pertandingan memasak asam pedas paling sedap.

Bahan2 seperti blender, extension wire, lesung batu, periuk, dll semua kena bawa sendiri. Masatu siapa yang duduk rumah la yang kena bawa semua alat2 ni. Yang duduk asrama tak mampu la kan sebab rumah jauh.

Barang2 basah cikgu yang sediakan. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Masa diberi hanyalah satu jam sahaja.

Kami kena masak from scratch ok. Rebus cili kering. Pesiang ikan. Bab pesiang ikan ni pun berapa kerat je nak buat. Semua pakat geli dengan darah dan tak lalu bau ikan.

Cik sue steady aje. Memang dah dididik sejak darjah 2 untuk masuk dapur dan masak. Setakat ikan kembung tu takde masalah la. Small matter..

So semua kumpulan start la masak. 1 jam tu berlalu kejap aje. Lagi 5 minit masa hampir tamat, adoi baru perasan ada telur. Syarat yang diberikan kena guna semua bahan yang diberikan.

Apa lagi dah kelam kabut tu, pecahkan aje telur dalam asam pedas tu. Kami memang tahu dalam asam pedas mana la orang letak telur kan.

Masa pun tamat. Cikgu pun datang pada setiap group dan berikan komen. Dah tau dah cikgu nak komen apa. Dalam asam pedas orang tak letak telur. Tapi cikgu puji asam pedas kami sedap sebab ada bunga kantan dan daun kesum. Wangii.....nyum..nyum..

Lepas penat masak kami sama2 menjamu selera. Makan ramai2 dengan kawan2. Satu pengalaman yang indah bagi cik sue.

Apa pula kenangan kawan2 sewaktu zaman sekolah dulu? Jom kongsi.

4 ulasan:

  1. Wahh seronok nya ada pertandingan memasak. Heheh. Ni sekarang mesti dah makin pro masak asam pedas kan ciksu :)

    BalasPadam
  2. Bolehlah sikit2 masak untuk keluarga nani. :)

    BalasPadam
  3. hahaha nti nk try letak telur lam asam pedas caner rasanya hihihi

    BalasPadam
  4. saya dulu pon asyik puteri islam je.sekolah menengah n rendah :

    BalasPadam