Tip Berjimat Cermat Agar Diri Kekal Selamat

Rata- rata dilema yang dialami oleh rakyat Malaysia, tengah bulan je poket dah kering. Ada sesetengah mereka duit gaji baru dapat, habis berjoli sakan dan beli macam-macam benda baru ikut nafsu.


Jangan begitu ye kawan-kawan. Jom kita bantu diri sendiri untuk berjimat cermat dengan tips di bawah.

1) Asingkan 10% duit simpanan
Selepas dapat gaji, terus simpan 10% dari gaji untuk simpanan. Duit simpanan ini langsung tidak boleh disentuh. Hanya boleh digunakan ketika kecemasan sahaja.

2) Bayar hutang kad kredit, ptptn, kereta, rumah, mengikut jadual bayaran
Ini bagi mengelakkan tunggakan di mana anda terpaksa bayar dua kali ganda pada bulan berikutnya. Lagi terbeban bukan! Jadi bayar lah mengikut jadual yang telah ditetapkan setiap bulan.

3) Buat senarai barang yang perlu dibeli
Kebiasaannya hujung minggu kita akan beli barang dapur. Senarai barang yang perlu dibeli ini akan membantu kita cepat selesai beli barang dan tidak berlaku pembaziran.

4) Tutup suis dan cabut plug 
Ketika tidak menggunakan barang- barang elektrik di rumah tutup suis dan cabut plug. Selain menjimatkan bil ianya baik sebagai langkah keselamatan ketika berada di rumah.

5) Masak di rumah
Bagi mengurangkan kekerapan makan di luar, rajin-rajin masuk ke dapur masak sendiri. Lebih jimat dan kebersihan pun terjamin.

6) Tadah air hujan
Sediakan bekas atau tong di luar rumah sebagai bekas tadahan air hujan. Air tadahan ini boleh digunakan untuk menyiram pokok, mencuci kereta dan mencuci laman rumah. Jimat bil air bukan!

7) Potong ASTRO dan langganan surat khabar
Jika sekiranya anda kurang atau jarang menonton televisyen, potong lah ASTRO di rumah. Surat khabar boleh di baca online dengan smartphone sekarang ni kan. Maklumlah teknologi makin canggih. Cuba kira berapa banyak sudah anda boleh berjimat.

8) Kitar semula barang- barang yang ada di rumah
Cuba lihat barang- barang yang terdapat di dalam rumah anda. Ada yang boleh di kitar semula tanpa perlu membeli barang yang baru. Contohnya botol kaca yang cantik boleh dijadikan pasu bunga di atas meja makan.

Atau boleh juga di hantar ke pusat kitar semula. Anda akan dibayar duit berdasarkan berat barang-barang tersebut.

9) Beli barang ketika ada sale
Contohnya seperti sekarang ni sedang berlangsung Year End Sales (YES). Lebih jimat wang beli barang ketika ada diskaun besar-besaran begini.

10) Berbelanja ikut keperluan bukan nafsu
Bissanya kaum hawa lah yang gila shopping. Tetapi berbelanjalah mengikut keperluan. Jangan terlampau ikut kan nafsu. Nanti diri sendiri juga yang susah bila takde duit.

Semoga dapat dijadikan serba sedikit panduan untuk kita semua.

Oh ya, bagi kawan-kawan yang ingin mendapatkan tips menyimpan wang RM 1000 dalam masa 30 hari, cuba dapatkan buku Simpan Challengge oleh Abang Abu.
Boleh apply tips dalam buku tersebut.



Selamat beramal.

1 ulasan:

  1. Boleh amalkan tips ni. Hehe. Yang part membeli waktu sales tu selalu buat 😊

    BalasPadam