Cara Menabung Paling Mudah Untuk Masa Depan Yang Cerah

Hari selasa baru ni cik sue kebetulan tertengok rancangan Wanita Hari Ini. Cerita berkenaan bagaimana nak buat simpanan duit.

Cara yang tetamu jemputan tersebut terangkan adalah hampir sama dengan sistem 7 jars yang cik sue sedang amalkan sekarang.

7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasaskan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara untuk menabung.


Dalam 6 jars, ada 6 tabung,

NEC (necessity) - tabung untuk benda2 keperluan dan belanja harian, bil, anak2

EDU (education) - tabung untuk pembelajaran, buku, kelas, workshop, seminar

LTSS (long term saving for spending) - tabung untuk sesuatu benda yang nak pakai duit yang banyak, contohnya nak beli rumah

FFA (financial freedom) - tabungan untuk hari tua bila dah tak mampu cari duit

PLAY (leisure) - tabung utk buat apa yang kita suka, hobby, travel, etc

GIVE (charity) - tabung untuk kebajikan, sedekah, infaq

Dan kita tambah satu lagi jar,

PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan utk ibu bapa walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dah meninggal dunia, gunakan untuk urusan-urusan mereka yang belum selesai dan kalau semua dah selesai, bersedekahlah on behalf of diorang.

Macamana nak start buat 7 jars ni?

Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage,


NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%

Cik sue baru tahu sistem 6 jars ni pada bulan oktober tahun lepas. Bermula bulan November 2016, cik sue konsisten menabung setiap bulan.

Walaupun masih baru 3 bulan, alhamdulillah ketujuh-tujuh tabung yang dulunya tak pernah wujud pun, sekarang sudah terisi dengan duit, tunggu masa nak penuh je.

Dengan tabung ini jugalah cik sue makin bersemangat nak menabung untuk memenuhi impian sendiri iaitu beli rumah dan travel.

Kelas bisnes untuk bulan ni dan bulan depan dah selamat cik sue register dengan menggunakan duit tabung EDU.

Jom besarkan duit bonus/gaji kita. Lagi banyak menabung boleh la beli rumah, travel ke tempat impian kita dan tidak perlu bersusah payah lagi di usia tua.

Jom menabung start dari harini.

Kalau rasa benda ini bermanfaat silakan share beramai-ramai, semoga ada yang beroleh manfaat dari status ini.

4 ulasan:

  1. Menarik jugak asingkan siap siap macam ni. Nani sekali kan je semua. Heheh

    BalasPadam
  2. SA juga menabung tp cara SA lain...hehehe

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. simpan juga emas, kalis inflasi ;)

    BalasPadam
  4. tahun ni sy baru start buat tabung minnguan 52 tu... sebelum tabung suka hati jer

    BalasPadam