Review Buku Mendidik Anak Cara Al Fateh

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah As-Syura bermaksud, "Allah Maha Lembut kepada hambaNya, Dua memberi tezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, Lagi Maha Kuasa." 

Sebaik- baiknya dibaca selepas Subuh, baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. 

Petikan dari buku Mendidik Anak Cara Al Fateh. 


Buku ini mengupas tentang tanggung jawab ibu bapa dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak, cabaran mendidik anak-anak, tip- tip mendidik anak menjadi cemerlang, dan cerita biodata sultan Muhammad Al-Fateh.

Setiap ibu bapa harus memiliki buku ini. Boleh dipraktikkan sewaktu hamil lagi. Semoga membantu kita semua membentuk dan menghasilkan anak hebat dunia dan hebat akhirat dengan izin Allah inshaaAllah.

Diterbitkan oleh Casamas Resources. Dapatkan di kedai- kedai buku berhampiran.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen