Kelebihan Soya Protin (ESP) Untuk Pesakit Diabetes/Kencing Manis

Satu daripada lima orang dewasa di negara ini mengidap penyakit kencing manis. Angka yang amat membimbangkan itu meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah pengidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada tahun 2015 pengidap diabetes telah mencecah kepada 3.6 juta orang. Anggaran pada tahun 2020, kita mungkin mencecah 4.5 juta orang yang ada diabetes. Sangat mengerikan!

Tiga jenis diabetes iaitu:
1. Type I badan tidak boleh menghasilkan insulin secara semulajadi
2. Type II badan boleh hasilkan insulin tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik
3. Gestational semasa hamil/mengandung


90% orang yang ada kencing manis biasanya type II, asalnya normal tetapi disebabkan diet yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan insulin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Apabila kita makan, karbohidrat akan di cernakan menjadi glukosa, glukosa seterusnya akan masuk ke salur darah untuk diagihkan kepada sel organ yang memerlukan menjadikan ia sumber tenaga kita.


Hormon Insulin secara automatik akan dihasilkan oleh pankreas untuk membenarkan glukosa masuk ke dalam sel organ. Ia berperanan macam gatekeeper atau kunci antara salur darah dan sel organ. 


Apabila insulin buka pintu, glukosa akan masuk ke dalam sel, bekalkan tenaga untuk jalankan fungsi sel. 


Diabetes/kencing manis terjadi apabila insulin tak dapat buka pintu antara sel organ dan salur darah, Glukosa akhirnya terkumpul dalam darah. Glukosa yang tinggi dalam darah menyebabkan kencing manis. 

Bila banyak sangat gula disebabkan pemakanan tak seimbang kita, kesian pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin. Lama-lama pankreas terbeban (oxidative stress). Berlaku keradangan pada pankreas. 

Lama-lama pankreas tak boleh lagi hasilkan insulin. Bila insulin kurang dihasilkan, maka, kurang pintu ke sel dapat dibuka. Glukosa akhirnya berkumpul dalam darah. Glukosa yang tinggi dalam darah menyebabkan diabetes.

Namun kadang-kadang, insulin dalam tubuh ini sebenarnya sudah cukup tetapi disebabkan kurangnya SENSITIVITI sel dalam badan untuk menerima insulin, ia tidak dapat nak masuk ke dalam sel tubuh. Disebabkan masalah ini lah  gula menjadi makin tinggi dalam darah dan diabetes pun terjadi.


Kencing manis akan mengakibatkan komplikasi seperti:
1) Kerosakan buah pinggang
2) Serangan jantung/strok
3) Mata rabun/buta
4) Darah tinggi
5) Lemah tenaga batin

Sebab-sebab diabetes:
1) Diet yang tidak sihat- pumping all the sugars into our body 
2) Obesiti 
3) Stress 
4) Kurang bersenam 
5) Penggunaan ubat ubatan steroid- ubah chemical reaction dalam badan, insulin tidak dapat berfungsi dengan baik

Bagaimana meningkatkan sensitiviti sel kepada pesakit diabetes?

Satu kajian pada tahun 1998 menunjukkan bahawa arginine boleh mengurangkan rintangan insulin, yang bererti bahawa sensitiviti insulin boleh ditingkatkan.

Satu lagi kajian oleh penyelidik Eropah menunjukkan bahawa asid amino arginine adalah amat penting untuk sensitiviti sel-sel badan terhadap insulin. Arginine adalah pelopor nitrogen oksida, bahan penghantar yang mempunyai pengaruh secara langsung terhadap sensitiviti insulin.

Mana nak dapat Arginine ni? Semestinya daripada sumber protein seperti ayam, ikan, susu, telur kekacang dan lain-lain makanan yang berprotein tinggi.

Tapi terdapat satu lagi sumber yg paling mudah untuk kita dapat Arginine ni, iaitu ESP Shaklee. ESP mengandungi 9 asid amino perlu dan diyakini badan kita akan dapat menyerap kesemua asid amino tersebut.


Apakah kelebihan ESP untuk pesakit diabetes?


1) Risiko menggunakan produk-produk GMO ini ialah unsur makanan yang dimakan dah bukan yang semulajadi lagi dah; struktur berbeza, dah terdedah kepada racun pestisid, menyebabkan alergi/kanser, etc.

Tapi ESP dibuat daripada soya bukan GMO aka asli. Setiap satu tin ESP diproses dariapada 30kg soya.

2) ESP tiada kolesterol kerana ia daripada tumbuhan/tanaman.


Pesakit darah tinggi ke takde masalah nak makan ESP.

ESP juga takde asid urik, sebab asid urik ni hanya datang daripada badan, bukan makanan. Jadi, pesakit gout pun boleh guna ESP.

Dan sebab ESP adalah produk semulajadi, ia sangat mudah dihadam dan diserap oleh badan. Jadi, badan kita pun boleh dapat kebaikan protin daripadanya sebanyak dan secepat mungkin.


3) ESP ni low GI iaitu 39. Maksudnya ia ditukar kepada glukos dan tenaga secara perlahan-lahan, bukan sekaligus. Bagus untuk pesakit diabetes atau kencing manis. ESP membantu stabilkan paras gula dalam badan mereka.



4) Unsur protein terdiri daripada 21 jenis asid amino;
(1) 12 daripadanya dinamakan non-essential amino acid dan dihasilkan oleh badan kita
(2) 9 lagi dinamakan essential amino acid dan HANYA boleh didapati daripada makanan yang kita makan (badan kita takkan boleh hasilkan protin-protin ini)

Dalam pasaran dunia, takde satu produk pun yang mampu membekalkan kesemua 9 essential amino acid ni; KECUALI ESP. Sampai sekarang pun, ESP adalah satu-satunya produk yang mengandungi SEMUA essential amino acid ni.


5) Landmarkstudy telah membuktikan pengamal Shaklee lebih dari 20 tahun mengalami masalah diabetes peratus paling rendah.


Dengan mengamalkan diet yang sihat, cara hidup yang sihat, kurangkan stress dalam hidup, senaman yang konsisten dan baiki fungsi badan yang rosak dengan follow up doktor dan pengambilan suplimen, diabetes ini dapat dikawal.

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 013 4774 285 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

1 ulasan:

  1. Menarik. Zaman sekarang memang kena jaga pemakanan. Baru ni Nani baca umur baru 10 tahun dah ada kencing manis.

    BalasPadam