Review Buku Ajari Hatiku

Pernah kita rasa marah dengan seseorang sehingga timbul rasa tak puas hati dan berdendam.

Bila diuji kita sering menyalahkan takdir.

Seringkali compare kehidupan kita dengan orang yang mempunyai segala-galanya lebih dari kita.

Pernah tak kawan-kawan rasa begitu?

Buku ini mengandungi 21 topik siap ada latihan lagi tau pada setiap topik.


Buku ini mengajar bagaimana mengubati hati yang sedang marah dan dilanda kekecewaan.

Bagaimana untuk memaafkan diri dan orang lain dan kembali berkasih sayang.

Bagaimana merasa syukur dan memandang sesuatu musibah atau ujian itu dalam sudut pandang yang positif.

Blom pun lagi habis baca buku ni, tapi banyak cerita dan pengajaran yang dapat dikutip daripada buku ni.

Untuk bahagia kita dulu yang harus memberi sesuatu dengan ikhlas. Memaafkan pasangan dan anak-anak kita kerana tanpa mereka siapalah kita.

Belajar bersyukur dengan pemberian Allah pada kita. Dari sekecil-kecil nikmat hinggalah ke sebesar-besar nikmat.

Kadang-kadang, kita terlupa semua itu kerana hati sudah jadi kotor dengan segala benda negatif yang sudah tersimpan lama.

Selepas baca buku ni, cik sue rasa lebih positif, belajar untuk memaafkan dan banyakkan bersyukur dari mengeluh.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan