Tips Bagaimana Mengembangkan Bisnes Di Facebook

1) Jual ape pun, biarlah nama FB tu nama kita sebenar. Supaya jelas siapa kita yang menjual tu. 

Orang membeli secara online, perlukan TRUST. So kena tampilkan diri sebenar.


Jangan guna nama produk, nama haiwan kesayangan, nama anak tapi gunakan nama sebenar anda.

2) Guna profile picture gambar diri sendiri. Kita berbisnes dengan manusia bukan haiwan, bukan tumbuhan dan benda-benda lain. Jadi gunakan gambar diri sendiri di profile picture.

3) Berkongsi tu sebaiknya guna idea sendiri bukannya kopipes post orang lain.
Bukan tak boleh tekan butang share, tapi orang takkan nampak KALIBER diri kita bila wall penuh dengan post share saja.

4) Konten aka sharing kita tu mestilah berikan ADD ON VALUE pada pembaca kita. Contohnya seperti berkongsi tips, resepi, motivasi, nasihat dan lain-lain.

5) Masa baru start bisnes, mesti kita dah tetapkan apa kita nak jual. Pada golongan mana kita nak jual.

Ada niche
Ada target market

Penting sangat.

Apa masalah orang yang kita nak bantu selesaikan.

6) Jangan meroyan. Ada 5 gunung masalah pun, simpan diam-diam. Jangan meluah di FB. Luahlah di atas sejadah saja.

7) Setting post mesti PUBLIC. Jika ada post kita yang best, fb friend boleh klik SHARE dan viralkan.

So kita pun ada sikit glemerlah kalau dapat post VIRAL.

8) Fbwalking penting. So spend sometime untuk fbwalk especially ke wall teman- teman yang kita target dia jadi customer kita nanti. Komen dan like di wall mereka.

9) Sharing mesti campur-campur dengan topik lain agar orang tak bosan. Kalau asyik cerita produk je, orang mudah bosan juga.

So mesti berdaya kreatif fikir post menarik tiap hari. Cik sue tengah usahakan juga nih

Semoga 9 points ini bermanfaat pada kawan-kawan cik sue

0 Pembaca Setia:

Catat Komen