Bengkung Super Roda Dua Mudah Untuk Kegunaan Ibu Dalam Pantang

Bengkung merupakan salah satu perkara utama sewaktu dalam pantang. Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.


Berbengkung juga dipercayai boleh membantu:
  • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal; 
  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal; 
  • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan; 
  • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi; 
  • memecahkan lemak dan selulit; 
  • mencegah dari makan berlebihan. 
Terdapat pelbagai bengkung di pasaran sekarang ni, tinggal pilih je ikut bajet masing-masing.

Masa anak sulong sampai anak ketiga, cik sue guna bengkung moden dan bengkung roda mia.

Masa anak sulong cik sue kena czer, jadi guna bengkung moden ni je
Anak kedua dan ketiga guna bengkung roda mia
Berpantang kalini cik sue ingat nak cuba bengkung yang ada zip tu. Masa singgah di butik Tateh Sungai Buloh stok pula habis. Takde rezeki cik sue nampaknya.

Jadi cik sue beli bengkung super roda dua ni. Walaupun tanpa zip, ianya mudah digunakan. Dia ada dua tali, di bahagian atas dan bawah. Jika hendak ke tandas buka je tali di bahagian bawah. Tak perlu susah-susah nak pakai balik bengkung ikat dari atas macam bengkung-bengkung yang terdahulu.



Bengkung super roda dua
Didatangkan dalam 4 jenis saiz iaitu S, M, L, dan XL. Harga nya mampu milik iaitu RM65. Jika menjadi ahli di butik Tateh ada diskaun harga lagi. Pemakaian bengkung ini disyorkan pakai selama 6-8 minggu untuk mendapat hasil yang terbaik.

Satu lagi bengkung yang cik sue beli online ialah bengkung moden opah. Selepas bersalin di hospital nanti terus boleh pakai. Sangat mudah. Harga pasaran adalah diantara RM150- RM180. Cik sue beli dari page https://www.facebook.com/BengkungOpahMY/. Hubungi cik mah di talian 012-9881595.

Bengkung moden opah

Ok, sekian sahaja cerita cik sue pasal bengkung. Selamat berpantang buat mommies semua.

Jika ada yang mencari set berpantang Shaklee, boleh terus hubungi cik sue di talian 013-4774 285.

1 ulasan:

  1. igt dedulu anak sulung kemain bengkung xde napas haha
    anak dah ramai mula aci aci ngelat bengkung
    skrg baru nak nyesal badan x slim hahahaha

    BalasPadam