Mudahnya Berpantang Dengan Adanya 11 Barang-Barang Ini

Harini masuk hari yang ke 41 Cik Sue berpantang bersalin. Anak yang keempat ni Cik Sue berpantang sendiri sahaja di rumah memandangkan ada anak-anak yang sudah bersekolah. Suami banyak membantu menguruskan Cik Sue dan baby. Alhamdulillah.

Selain itu, bagi melancarkan urusan berpantang sendiri Cik Sue membeli barang-barang seperti berikut:

1) Mandian herba
Cik sue beli dua jenis pek mandian herba. 1 pek besar dan 1 lagi pek yang kecil. Pek yang besar tu mampu bertahan sehingga 5 kali mandian manakala pek yang kecil ni mampu bertahan dua kali mandian.

Masa berpantang anak ketiga, confinement lady tu tolong rebus air mandian herba ni dari pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Dah kata berpantang sendiri ni, Cik Sue beli yang sudah ready made.

Badan rasa segar dan wangi. Best sangat.


2) Tungku besi
Cik Sue ambil pakej seminggu sahaja untuk mengurut. Selebihnya kena bertungku sendiri. Masa beli tungku ni takde pilihan yang lain. Jadi Cik Sue beli je la. Cik Sue suka tungku yang jenis bulat tu. Lagi mudah nak bertungku sebab satu genggaman je pegang tungku bulat tu. 


3) Tangas
Kalau dulu Cik Sue bertangas dengan air daun akar-akar kayu. Sekarang ni beli yang sudah ready made je. Basahan kencur ni mempunyai 3 fungsi iaitu sesuai untuk dibuat mandian herba, mencuci alat sulit dan bertangas. Baunya wangi dan berangin. Miss v rasa segar je selepas dicuci.


4) Pilis
Pilis dipakai di dahi bagi mengelakkan sakit kepala dan mengurangkan rabun kepada ibu dalam pantang. Ada dua jenis pilis. Satu dalam bentuk serbuk dimana anda perlu membancuh dengan sedikit air kemudian sapu di dahi. Satu lagi, pilis yang siap dibancuh di dalam botol dan terus boleh disapu di dahi.

Pilihan Cik Sue adalah dari jenama Nawal Herbal Beauty ni. Pilisnya dalam bentuk gel bewarna putih. Mudah disapu di dahi. Kalau guna yang jenis bancuh tu, bila pilis kering nanti ianya akan jatuh dan mengotorkan lantai.


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit 

5) Nipple cream
Biasanya Cik Sue guna jenama Medela (Purelan Cream). Disebabkan tiada stok, Cik Sue ambil je jenama ni. Sesuai untuk ibu dan anak. Di awal-awal penyusuan bayi, nipple cream ni dah jadi satu benda wajib bagi Cik Sue. Ianya bagi mengurangkan rasa sakit akibat melecet dan juga nipple crack.


6) Minyak herbanika
Dari anak sulong sampai anak keempat, Cik Sue masih setia dengan minyak herbanika NR. Selepas bersalin terus Cik Sue lumur minyak ni satu badan dan juga titik sedikit di atas pad. Untuk berpantang Cik Sue guna 2 botol minyak ni. Memang best.


7) Krim herbanika barut
Cik Sue gunakan krim herbanika barut NR untuk sapu di perut. Habis tiub ni, Cik Sue guna pula losyen mustajab pati limau nipis dan halia dari Dunia Herbs. Sebelum pakai bengkung sapu dulu minyak ni. Perut rasa sejuk berangin dan sangat selesa selepas pakai bengkung.


8) Minyak bayi
Sebelum ni Cik Sue guna minyak berubat herba NR. Tetapi tukar selera pula kali ni, cuba menggunakan minyak tenang. Minyak tenang ini dibuat oleh pengasas NR sendiri. Memag Cik Sue puas hati sangat dengan minyak ni. Sapu untuk urut anak selepas mandi. Mudah sangat anak kentut dan bagus juga untuk kembung perut, selsema dan batuk bayi.


9) Akar Herbanika
Ibu dalam pantang memang disarankan untuk minum air akar. Pilihan Cik Sue adalah akar herbanika NR. Cik Sue suka minum suam-suam. 1 paket tu boleh bancuh 2 kali. 


10) Bengkung
Ada 2 jenis bengkung Cik Sue pakai. Bengkung jenis strap dan juga bertali. Bengkung strap Cik Sue pakai sejurus selepas bersalin sebab ianya mudah digunakan. Sambil baring pun boleh pakai. Cepat pun iye. Nak ke tandas pun mudah.


11) Set berpantang
Pilihan Cik Sue dari anak sulong hingga anak keempat semestinya set berpantang Shaklee. Alhamdulillah sehingga kini memang Cik Sue sangat berpuas hati dengan set ini. Badan rasa bertenaga, kulit glowing, susu banyak, kurang stress, lawas ke tandas, berat badan cepat turun dan lain-lain. Mommy yang baru nak cuba set ini boleh hubungi Cik Sue ye.

set berpantang shaklee

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! 

Cik Sue ucapkan tahniah kepada mommies di atas kelahiran cahayamata baru anda dan selamat berpantang. Jangan jadikan halangan walaupun terpaksa berpantang sendiri. Badan nak pakai lama, berpantanglah elok-elok ye. Nak cuba set berpantang Shaklee boleh hubungi Cik Sue, SMS/WHATSAPP: 013 4774 285.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan