Tip Si Manja Menabung

Kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sama halnya dengan amalan menabung. Jika diasuh dari kecil lagi pasti si manja sudah terbiasa dengan amalan ini.

Masih lagi di bulan Syawal. Kita boleh ajar anak-anak untuk menabung duit raya yang mereka dapat.



Antara caranya adalah seperti berikut:-
  • Pupuk minat anak-anak anda untuk menabung duit raya yang mereka kumpul. Bawa mereka ke bank dan buka akaun simpanan atas nama anda. jadi setiap kali sanak saudara dan rakan taulan memberi duit raya kepada anak anda, bolehlah simpan ke dalam akaun simpanan ini.
  • Hadiahkan mereka tabung dengan tujuan untuk menggalakkan mereka menabung.
  • Berikan si kecil wang belanja dan galakkan mereka untuk menyimpan baki wang syiling di dalam tabung.
  • Jika anda memiliki anak lebih daripada seorang, galakkan mereka bersaing antara satu sama lain untuk menabung. Secara tidak langsung si manja anda akan lebih bersemangat untuk menabung. Tabung siapa yang penuh dahulu akan diberikan hadiah iaitu dalam bentuk wang.
  • Terangkan kepada si manja anda tentang keperluan menabung terutama ketika usia muda. Berikan contoh-contoh yang sesuai agar si manja lebih memahaminya seperti untuk membeli rumah, kereta dan barangan yang dikehendakinya.
Dalam keghairahan menabung ini, seimbangkan amalan menabung ini dengan sedekah atau mendermakan wang kepada orang yang susah atau fakir miskin. Penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak bersedekah.

Katakan pada mereka menabung dan bersedekah menjadikan hidup lebih berkat dan lapang serta rezeki juga akan bertambah.

Selamat beramal.

2 ulasan:

  1. Selalunya bagi tabung dekat anak anak buah. Heheh. Dulu pun kecik kecik memang digalakkan menabung lepas tu time Rayaa sibuk kumpul duit Raya. Heheh

    BalasPadam
  2. Saya belum lagi beli tabung..lepas ni kena beli satu tabung nanti kalau ada org bg duit bileh suruh yaya simpan dalam tabunh

    BalasPadam