7 Strategi Tingkatkan Metabolisme

Metabolisme ialah kadar pembakaran kalori oleh badan. Setiap orang mempunyai kadar metabolisme yang berbeza walaupun mempunyai persamaan dari segi corak kehidupan, cara pemakanan dan menjalankan aktiviti yang sama.


Salah satu punca metabolisme menurun adalah pengaruh usia. Tahukah anda bahawa kadar metabolisme akan menurun lima peratus dalam tempoh sepuluh tahun selepas usia seseorang itu mencecah 40-an? 

Walaupun tubuh masih mampu membakar kalori dengan kadar segera, ia tetap tidak sepantas ketika anda masih muda.

Faktor jantina juga mempengaruhi. Wanita membakar kalori lebih perlahan berbanding lelaki. Lelaki mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi kerana mereka memiliki tisu otot yang lebih.

Selain itu, genetik juga menjadi faktor. Jika kebanyakan ahli keluarga anda berbadan besar dan menghidap penyakit berkaitan berat badan seperti obesiti, kemungkinan anda memiliki kadar metabolisme yang rendah juga sangat tinggi.

Kadangkala gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan metabolisme menurun. Pengambilan ubat seperti ubat anti-depresi boleh mengurangkan kadar metabolisme badan. Bila badan kekurangan tenaga, penggunaan tenaga juga berkurangan dan menjadikan pembakaran kalori tidak aktif.

7 strategi tingkatkan metabolisme badan anda:

1) Tidur teratur
Selain tidur lapan jam sehari, tidur teratur boleh diklasifikasikan sebagai tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Tidur kurang misalnya dalam tempoh empat jam sehari akan menjadikan kadar metabolisme menurun. Tenaga untuk membakar kalori akan berkurangan kerana keadaan badan yang letih sehingga menjejaskan kadar metabolisme seseorang.

2) Waktu sarapan
Sebaiknya ambillah sumber karbohidrat ketika bersarapan kerana ia memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna dan membuatkan kita kenyang dalam satu tempoh masa yang agak lama. Rasa lapar kerana tidak bersarapan membuatkan kita cenderung untuk makan lebih banyak selepas itu.

3) Pengambilan protein
Protein bukan sahaja bertindak untuk membakar lemak bahkan ia membentuk otot. Bagi menghadam protein, lebih banyak tenaga diperlukan. Apabila memilih makanan, pastikan 10-35 peratus daripada jumlah kalori yang diambil merupakan sumber protein. Badan membakar kalori dua kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat.

4) Banyakkan minum air masak
Dalam sehari seorang dewasa memerlukan lapan gelas air masak. Sebagai tambahan, boleh juga memakan buah-buahan yang tinggi kandungan air. Makan secara kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil makanan setiap tiga atau empat jam untuk membantu meningkatkan kadar metabolisme.

5) Elak stres
Stres akan meningkatkan jumlah kortisol dalam tubuh. Ia merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya berada dalam situasi bertekanan tinggi. Senaman meditasi seperti yoga adalah yang terbaik bagi mengawal stres.

6) Berjemur
Berada di kawasan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau naik berat badan. Apabila ini berlaku, ia memeberi kesan kepada kadar metabolisme dalam tubuh anda. Pastikan anda berada di bawah sinaran matahari sekitar jam 8-10 pagi.

7) Senaman
Senaman dengan pemberat adalah yang terbaik untuk meningkatkan kadar metabolisme. Menurut Kevin Zahri di dalam blognya, satu paun otot akan membakar 35-50 kcal kalori. Lemak pula hanya membakar 5-10 kcal kalori. Bersenam aerobik atau berjoging pula tidak membina otot tetapi mampu meningkatkan kadar metabolisme badan selepas kita melakukannya.

Sumber: Rapi April 2013

3 ulasan:

  1. skrg dah kurang senaman..tp ahad lepas lari kuar umah sat pepagi jogging..nasib suami ada..lau x payah skit..yg kecik tu lah nak ngekor je..pas2 lau bab tidor mmg x pernah x cukupppppppppppp haha

    BalasPadam
  2. Selalu skip sarapan. Lepas ni tak boleh lah amalkan macam tu :)

    BalasPadam
  3. bab minum air masak tu, susahnya nak cukupkan 3 liter ;)

    BalasPadam