Senaman Ikut Bentuk Tubuh

Tahukah anda bahawa senaman yang kita lakukan perlu mengikut bentuk badan kita? Sepertimana diet mengikut jenis darah, senaman juga boleh dikategorikan mengikut bentuk badan. Pernahkah kita melakukan senaman sekian lama tetapi tetap tidak memberi kesan apa-apa kepada kita? Berikut senaman sesuai mengikut bentuk badan:


Badan lurus 
  • Senaman yang sesuai ialah push up, berjalan di atas treadmill (atau berjalan perlahan), step ups dan martial arts (silat, teakwando dan lain-lain).

Badan pear
  • Senang membina otot tapi sukar menurunkan berat badan terutama sekali lemak. Banyakkan senaman untuk bahagian bahu dan lengan.

Badan melengkung
  • Lakukan senaman yang memberi tona dan bentuk keseluruhan badan. Senaman yang sesuai adalah naik turun tangga atau buat step ups, pilates, yoga dan lompat tali.

Badan atlet
  • Banyakkan senaman atau workout terutama untuk bahagian punggung.

Sumber: Rapi September 2014

Cik sue baru tahu senaman pun  kena ikut  bentuk tubuh. Tapi bagi cik sue asalkan dapat bersenam 30 minit hingga satu jam tiga kali seminggu sudah cukup baik. Tak kisahla senaman apa pun. Asalkan ianya dapat mengeluarkan peluh dan mengaktifkan otot jantung berdegup   .

Ada ke kawan-kawan mengamalkan senaman mengikut bentuk tubuh? Cuba cerita sikit.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan