Mudahnya berdiet jika anda kenal makanan yang mampu membantu anda untuk mencapai matlamat itu. Ada 6 jenis makanan pelangsing tubuh secara semulajadi buat anda.

1) Pir
Kaya dengan serat dan kandungan air, sesuai dijadikan hidangan harian buat mereka yang berdiet. Ini kerana selain membantu anda untuk kembali langsing, kandungan airnya juga baik untuk kelembapan kulit. Kandungan seratnya pula dapat memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama.


2) Oren
Buah oren sangat tinggi vitamin C dan flavonoid yang membantu mempertingkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Mulakan hari anda dengan segelas jus oren segar tanpa tambahan gula. Selain diminum dalam bentuk jus, anda juga boleh tambahkan hirisan oren ke dalam hidangan salad.

3) Yogurt
Makanan yang rendah kalori dan tinggi nutrisi ini sangat mengenyangkan jika dinikmati. Ia juga tinggi kandungan kalsium yang baik untuk tulang dan penurunan berat badan.


4) Lobak merah
Lobak merah  boleh dijadikan sup, salad, jus ataupun manisan. Biasakan diri anda untuk menikmati semangkuk jus lobak merah sebelum hidangan utama bagi membantu menimbulkan rasa kenyang. Ia akan membantu anda mengurangkan jumlah pengambilan makanan dalam hidangan utama. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan anda.

5) Timun 
Timun adalah sayuran segar rendah kalori yang paling mudah dinikmati saat berdiet. Ia juga mempunyai sifat penyejuk yang baik untuk badan kala cuaca panas. Anda boleh nikmatinya begitu sahaja sebagai ulam atau tambahkan ia bersama kekacang untuk dijadikan salad.

6) Jus lemon
Dua gelas jus lemon segar bersama satu sudu madu setiap awal pagi dan malam dapat membantu proses diet anda menjadi lebih efektif. Ia membantu membakar lemak serta membantu meremajakan kulit dari dalam.


Kawan-kawan yang nak cuba berdiet, boleh amalkan makanan sihat ini. Selamat beramal :)