Tasneem Naturel Calm Time Dan Coughflu Time Untuk Baby Ammar

Masa hari raya Aildil Adha haritu baby Ammar demam sehari disertai dengan batuk dan selsema. Tak tidur cik sue 3 hari menjaga baby Ammar yang tidak sihat. Memang cranky je dia sepanjang 3 hari tersebut.

Bawa pergi ke pakar kanak-kanak, Alhamdulillah paru-paru ok. Doktor ada berikan prebiotik untuk menguatkan imun sistem bayi, tapi cik sue tak bagi pun. Cik sue cuma upkan dos pengambilan vitamin C, Nutriferon dan Garlic.

Manfaat vitamin ini baby akan dapat sewaktu minum susu ibu Inshaa Allah. Alhamdulillah hari keempat baby Ammar sudah semakin sihat.

Baru ni pula sekali lagi baby Ammar terkena selsema dan batuk. Berjangkit dari abang-abangnya yang suka sangat cium dia. Kesian sangat. Jangan turun berat badan sudah la. Risau ibu.

Cik sue ikhtiar pula dengan membeli produk Tasneem Natural iaitu Coughflu Time dan Calm Time.  Lagi dua produk ialah Sleep Time dan Tummy Time. Cik sue beli dari pengedar kawasan Kota Damansara (019- 388 5508). Petang Jumaat dapat stok terus cik sue sapu pada baby Ammar selepas mandi petang.

coughflu time, calm time

Cara penggunaan coughflu time: Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada

Cara penggunaan calm time: Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakan telinga serta pergelangan tangan.

Harini hari kelima baby Ammar memakai produk ini, apa yang cik sue nampak, batuk semakin berkurang, kahak cepat pecah, hingus sudah kering dan hidung sudah kurang tersumbat. Baby Ammar sangat tenang dan kurang sangat menangis mahupun meragam.

Alhamdulillah syukur.

Bau kedua-dua balm ini sangat wangi dan menenangkan. Anak-anak cik sue pun suka. Kebetulan masa beli ada promosi Maal Hijrah, so total untuk dua balm ini hanyalah RM88 sahaja.

Bagi sesiapa yang ada anak kecil, cik sue sangat rekemen untuk mencuba produk Tasneem Natural ini. Ianya produk yang selamat berasaskan essential oil. 

Dapatkan dari pengedar yang sah dengan mengunjungi FB: Tasneem Natural HQ

1 ulasan: