Manfaat Asid Lemak Omega-3 Untuk Kesihatan Anda

Asid lemak Omega-3 adalah lemak sihat atau 'baik' yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan. Antara manfaatnya adalah seperti dibawah:-

1) Kesihatan jantung
Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
  • Membantu mengekalkan parastrigliserida (kolesterol) dan tekanan darah
  • Meningkatkan pengaliran darah
  • Mengekalkan degupan jantung yang sihat

2) Fungsi otak
Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan tumpuan) dianggarkan mengandungi 20% DHA.


EPA dan DHA telah dikaji untuk:
  • Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf
  • Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian
  • Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyanyuk

3) Kesihatan sendi
EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.


Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:
  • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang
  • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
  • Mengurangkan keradangan- menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artritis
  • Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar

4) Kehamilan
Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.


Selepas bayi dilahirkan, Omega-3  menyokong:
  • Perkembangan otak dan fungsi imun
  • Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin
  • Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
  • DHA adalah komponen utama retina- penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi
  • DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak
  • Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi
  • Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat

Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000mg minyak ikan sehari.

Jom dapatkan minyak ikan shaklee ini (Omega guard) sempena promosi Januari 2018, beli 3 botol DISKAUN 5%.

makanan untuk otak bijak

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.


Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan