Assalamualaikum kawan-kawan,

Selama dalam bisnes Shaklee ni, cik sue bermula dari medium facebook. Kemudian blog, instagram dan yang terbaru ialah youtube.

Pernah ada akaun twitter tapi sudah lupa password. Jadi nya dah tak guna twitter. Kikiki....

Cik sue nak jemput kawan-kawan follow/like/subscribe medium sosial cik sue berkongsi cerita dan bisnes iaitu:-

Facebook: Suhailah Hamid
Page: Oline Shop
Instagram:  Sihatitunikmat
Youtube: Suhailah Hamid

Cik sue akan follow semula kawan-kawan punya medium sosial. Tinggalkan link di bahagian komen ye.

Semoga ukhuwwah kita terbina dengan lebih rapat lagi. :)

Terima kasih.
Assalamualaikum.

Kawan-kawan sedia maklum yang Shaklee telah mengeluarkan produk skincare terbaru iaitu Youth Complex. Yang masih belum tahu boleh baca DI SINI.

Cik sue kongsi testimoni Youth beberapa kawan-kawan cik sue.

Testimoni 1: Jeragat di wajah semakin pudar


Testimoni 2: Kesan parut berlubang-lubang di wajah kian pudar. Wajah kian rata sejak parut tu semakin pudar. Selain Youth, beliau konsisten mengambil Vivix, Collagen, vitamin E dan vitamin C.



Testimoni 3: Jerawat dan kesan parut jerawat semakin pudar


Testimoni 4: Kulit wajah yang dulunya kusam dan kasar nampak awet muda, licin dan sangat berseri-seri. Beliau amalkan set detox Shaklee selain menggunakan Youth.


Testimoni 5: Bekas parut jerawat dan jeragat sudah hilang. Wajah kelihatan lebih bersih, licin, dan berseri-seri.


Testimoni 6: Blackhead di hidung telah hilang. Pori besar di wajah semakin mengecil.


Testimoni 7: Bekas parut jerawat makin pudar. Kulit yang berparut tu nampak semakin rata dan licin.




Testimoni 8: Kesan parut jerawat kian pudar


Ini adalah antara beberapa testimoni pengguna Youth. Cik sue sendiri seawal sehari penggunaan Youth dapat merasakan kulit yang lembut. Selepas 2 minggu penggunaan Youth, jeragat tetap masih ada. Kita lihat hasilnya nanti selepas 3 bulan pakai Youth sebab jeragat ni memang sudah lama ada di wajah cik sue.


Korang teruja tak membaca testimoni pengguna Youth ini? Berminat tak nak cuba? Jom hubungi cik sue. Pre-order telah dibuka sekarang. Stok akan sampai pada 1 Mac 2018.


Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kecantikan dan kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Assalamualaikum

Sewaktu trip cruise Shaklee haritu lagi, cik sue sebenarnya terinspirasi nak buat plat nama group bisnes Shaklee cik sue. Masa BLNC haritu pun cik sue tengok ramainya leader yang bawa plat nama group masing-masing. Jeles tau.


Cik sue nak juga ada plat nama group bisnes sendiri. Baru seronok bergambar. Ada juga tanya kawan-kawan cik sue, ada yang tempah online dan ada yang buat di Sunway Piramid. Ermm, jauh juga kalau nak buat di Sunway Piramid tu kan.

Last sekali cik sue tanya la dalam group Warga Kota Damansara, diaorang cakap buat dekat One Utama. Keesokan harinya terus la pergi cari, dah tak sesabo lagi. Hehehe...

Ini lah hasilnya,


Tadaa...cantik tak?

Harga plat nama adalah mengikut saiz dan warna tulisan. Macam cik sue punya ni harganya RM79.90. Tulisan gold tambah RM10. Total semua harga RM89.90. Tulisan hitam je dapat percuma. Maximum tulisan adalah 12 huruf sahaja. 

Ngam ngam nama group cik sue ada 12 huruf. Hehe... 

Oh ya, buat plat nama ni sekejap je dah siap tau, tak sampai 5 minit pun.

Ada yang berminat nak join group bisnes Shaklee di bawah empayar cik sue? Jomlah korang yang tengah cari side income tu.. cik sue akan guide anda sampai dapat apa yang anda idam-idamkan.

Cik sue buat plat nama di Galaxy Gift One Utama. Ini alamat kedai tu.


One Utama Shopping Mall,
Lot S-202A, Level 2,
Old Wing Link Bridge,

Ada banyak lagi cawangan kedai Glaxy Gift ni tau. Rujuk pada gambar tu ye.



Ini gambar kedai dan sekitar kedai yang berdekatan dengan Glaxy Gift itu.


Naik tangga escelator nampak Isetan, kedai tu di sebelah kanan.


Sebelah kanan kedai Puzzle Planet.


Sebelah kiri kedai Novacell.


Bertentangan depan kedai Galaxy Gift ni ialah kedai Lovely lil Things.

Diharap entry ini dapat membantu korang yang tengah mencari kedai untuk buat plat nama. Share lah entry ni pada kawan-kawan korang yang tengah mencari kedai ini ye. Terima kasih.
Ini adalah konsep "Law of Attraction" yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.

Apa yang kita fikirkan, ia boleh benar-benar terjadi. 

Suatu hari, Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.

Beliau bersabda, 
"Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".

Orang itu menjawab, 
"Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah renta, boleh menyeretnya ke lubang kubur".

Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah SAW bersabda :
‘ Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya ’.
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullaah SAW. 

Perhatikan pesan-pesan Rasulullaah SAW berikut ini. 

" Barangsiapa yang ridha, maka keridhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya "
(HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH."
(HR. Ahmad)

Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.

Jika kita berfikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

Jika kita berfikiran gagal, kita menjadi gagal. 

Jika kita berfikiran sukses, maka kita nescaya sukses.

Jika kita berfikiran sakit, kita juga menjadi sakit.

Jika kita berfikiran sihat, maka kita pun akan sihat.

Inilah "The Law of Attraction" 
Hukum Tarik Menarik, merupakan Sunnatullaah yang berlaku di alam semesta

*You are what you think

Selalulah berfikir yang positif dan jangan pernah biarkan fikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita. 

Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, yaitu : Berusaha optimal dan berdoa.

Sedangkan selanjutnya itu Kuasa ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata, Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah, maka ALLAH berfirman, " Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad).

Fikirkan yang baik-baik, berkata yg baik, Bertindaklah yang Baik Baik, dan Insyaa Allah yg datang juga yang Baik Baik!

Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.

Robbana Taqobbal Minna
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), Aamiin...

Credit telegram: Mujahidah Cilik
Assalamualaikum.

Sebelum ni jika nak renew SSM, cik sue akan pergi ke Plaza Alam Central Shah Alam. Agak jauh dari rumah juga. Bila dapat tahu sekarang ni sudah boleh renew di BSN, cik sue pun cubalah.


Jom cik sue kongsi step by step bagaimana renew SSM di BSN.

1) Isi borang permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan. Pastikan anda ingat nombor pendaftaran dan nama syarikat korang yer. Kemudian pilih la nak renew berapa tahun. 1 tahun RM60.


2) Buat bayaran

3) Bayaran GST ialah RM3.71


4) Selepas selesai bayaran dibuat, tunggu sijil baru SSM yang akan diberikan nanti. Sekejap je, tak sampai 10 minit tunggu dah selesai.


Senang rupanya renew SSM di BSN ni. Cepat dan mudah je. Korang pun boleh cuba. Walk in ke cawangan BSN berdekatan anda.
Teringat pengalaman cik sue sewaktu hamil anak sulong, sakit tulang tongkeng (di tengah-tengah bahagian punggung). Doktor pun tak berani nak bagi ubat makan dan tidak syorkan mengurut. Dapatlah MC tiga hari dari dari doktor.

Untuk anak kedua sampai anak keempat sakit belakang seiring dengan perkembangan usia kandungan.

cara atasi sakit belakang ketika hamil

Di sini cik sue share 6 tips cara mengurangkan sakit sendi dan belakang ketika hamil.

1) Melakukan senaman regangan
Ia membantu meningkatkan fleksebiliti sendi, otot dan juga ligamen. Ia juga membantu mengurangkan sakit di bahagian belakang. Ia juga turut menguatkan otot-otot, dan ligamen bahagian belakang badan.

2) Melakukan urutan
Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Untuk bantuan, boleh dapatkan perkhidmatan dari tukang urut professional atau chiropractic.

3) Postur duduk yang baik
Elakkan dari duduk membongkok. Duduk beralaskan kusyen yang lembut.

4) Berenang
Aktiviti berenang dapat melegakan sakit belakang.

5) Menggunakan bantal maternity
Tidur mengiring dengan bantal diletakkan di bawah perut, di celah kangkang, di belakang badan dapat membantu mengurangkan sakit pinggang.

6) Mengambil suplemen kalsium dan omega-3
Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, fosfurus, zink dan sebagainya yang membantu menguatkan tulang, mengurangkan kebas, kekejangan dan sakit sendi.

Omega Guard mengandungi asid lemak omega -3 yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia merupakan suplemen anti karadangan yang sangat baik. Ia membantu memelihara fungsi-fungsi sendi.

Jemput tonton video ini untuk penjelasan lebih lanjut.


Semoga tips ini dapat membantu mengurangkan sakit belakang ibu ibu hamil. Selamat menempuhi alam kehamilan dengan ceria dan sihat.

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kecantikan dan kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Assalamualaikum.

Cik sue copypaste mesej ni dari grup telegram. Sama-sama muhasabah diri. Ingatan untuk diri sendiri juga.

Astaghfirullah...😢
.
Seorang ustaz ada berkata dalam kuliahnya....
Katanya, simpanan2 itu akan ada hisabnya di hari kemudian
Astaghfirullah….
.
Aduuh..!!!
Misalnya... simpanan telekung yang tak dipakai,..baju-baju yang beli banyak tak di pakai..
simpanan yang lain... aduhhh....

Ada blaus cantik yang saya jahit tapi tak pernah dipakai….
ada kain yang di beli tak pernah dipakai..,
ada puluhan tudung entah bila mahu dipakai….
Ada banyak selendang yang hanya sesekali saja dipakai…
Ada kasut sampai berdozen..
Ada sandal selemari,
ada beg tangan segudang…
Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih bagus , tak pernah dipakai dan tak ada rencana dipakai….
ada gamis2 satu lemari,
ada baju dinner yang entah bila mahu dipakai..
Ada….Tupperware2 penuh lemari yang hanya sebagai perhiasan. 
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
(Masih panjang listnya)

Yang kita pakai dan kita sedekahkan itulah yang bermanfaat..!!!
yang simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di Hisab..
dan akan menyusahkan diri kita sendiri..!!! .

kerana semua yang di beli berawal dari Nafsu..!!!
Nafsu ingin mempunyai ini..itu..,
lihat orang punya..
ingin beli juga…
walau gak berguna bagi diri kita…,
…ternyata saya masih termasuk golongan orang yang menumpuk numpuk barang… 😪
Dan semua itu ada hisabnya
(perhitungannya) kelak di akhirat…. .

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.

Rasulullah bersabda :
“Wahai segenap wanita, bersedekahlah,
dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Perlu diingatkan…!
bahwa sedekah menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api.

QS.At- Taubah: 35
~(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahanam,
~Lalu dengan itu diseterika dahi, dada dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka,
“inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri..,
~Maka rasakanlah
(akibat dari) apa yang kamu simpan itu.

QS.Al-Baqarah: 195
~Dan belanjakanlah (harta bendamu) dijalan Allah,
~dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
~Kerana sesungguh nya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik
Assalamualaikum.


Klik banner untuk join giveaway ini.

Bila Shaklee announce produk skincare yang terbaru bakal masuk cik sue sangat teruja.

Dulu Nutriwhite, sekarang Youth.

youth shaklee

Masa BLNC haritu dengar talk pasal Youth ni. Mengambil masa 8 tahun sebelum terciptanya produk ni dan mempunyai 8 paten. So takde sesape bole tiru formula Shaklee.

Ianya 100% vegan. Muscadine grape yang ada dalam vivix tu pun ada dalam Youth tau u olls.

Memang kena sangat dengan tagline Youth ni, kekal muda jelita.

Ianya sesuai untuk semua jenis kulit.

Korang yang ada masalah jerawat, jeragat, kedut di mata, parut di wajah, tona tak sekata, pigmentasi dan sebagainya, boleh selesai dengan Youth ni jika konsisten pakai.

Bole lihat testimoni mereka mereka ini. Itu pun baru pakai tak sampai sebulan dah nampak perbezaan ketara kan.

Testimoni 1: Master Adilah mempunyai masalah kulit berjerawat dan parut jerawat. Selepas memakai YOUTH nampak parut jerawat makin pudar.


Testimoni 2: Master Norsyaheera mempunyai masalah kulit kusam. Selepas menggunakan YOUTH nampak kulit makin glowing.


Testimoni 3: Master Rozyta mempunyai masalah kedut di bahagian mata. Selepas penggunaan YOUTH, kedutan di bahagian mata semakin berkurang.


Testimoni 4: Puan NG mempunyai masalah eyebag. Selepas menggunakan YOUTH, kelihatan eyebag beliau sudah hilang.


Testimoni 5: Master VJ mengalami masalah pori besar. Selepas menggunakan YOUTH, kelihatan pori makin mengecil dan kulit semakin cerah.


Testimoni 6: Master Naquib mempunyai masalah kulit berparut. Selepas menggunakan YOUTH, parut di wajah nampak semakin pudar.


Kalo 100 hari lagi la cantik manis kulit mereka tu kan.

Testimoni ini adalah dari pelbagai peringkat umur 20, 30, 40 dan 50 tahun.

Cik sue pun baru seminggu pakai. Terasa kulit sangat lembut. Masalah jeragat belum nampak pudar lagi. Kita tunggu lagi sebulan ok.


Amacam, rasa teruja tak melihat testimoni mereka yang telah menggunakan set Youth ini? Jom order dengan cik sue. Konsultasi terbaik untuk anda.

Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kecantikan dan kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.
Kelmarin cik sue cerita mengenai set Youth Complex secara umum. Harini cik sue nak memperkenalkan setiap satu produk yang terdapat di dalam set Youth ini. Produk ini bakal dirasmikan pada bulan Mac 2018 nanti.

Senarai produk dalam set penjagaan kulit Youth ialah:-


1) Luminous Gel Oil Cleanser (125ml)


cleanser

3 dalam 1, tidak mengandungi sabun, pH seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya.

Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang menghaluskan.

2) Perfecting Skin Toner (177ml)


toner

Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang meremajakan

3) Youth Activating Serum (30ml)


serum

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan Youth Complex ini yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda tampak lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Bahan-bahan Utama
Youth Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A berkapsul

4) Age Defense Moisturizer SPF 50 (50ml)


Perlindungan untuk kulit anda lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan nutrien botani melembapkan kulit anda dan menambaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Bahan-bahan Utama
SP 50 Vital Repair+ Complex, Muscadine Grape Extract

5) Advanced Renewal Night Cream Light (50ml)


night cream

Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus serta antioksida lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. Campuran botanikal khas membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin membuatkan kulit anda kelihatan muda, licin dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+ Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

6) Radiance C+E (60 kapsul)


youth radiance c and e

Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dari vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Tingkatkan keserian dengan Radiance C+E. Ianya adalah produk rawatan intensif khas yang menyediakan anti penuaan tambahan dengan kebaikan, termasuk pengurangan garis halus dan kedutan, penambah baikan tekstur kulit, mencerahkan, mencerahkan bintik hitam, untuk lebih muda berseri.

Bahan-bahan utama
20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi 
Untuk penggunaan selama 60 hari

Jom pre-order set ini dari cik sue. Pelbagai free gift menanti anda. Jemput tonton video ini jika ingin tahu apa yang bakal anda dapat nanti.



Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kecantikan dan kesihatan anda. Segera hubungi Sue 011 1090 4139 untuk saya bantu anda.

faedah mendaftar ahli shaklee

Pembelian online dengan kad kredit atau debit, sila klik butang di bawah.


Cash on delivery (COD) di sekitar Kota Damansara, Tropicana, Subang Air Pot, Bandar Utama, Sri Damansara, Sungai Buloh. Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 011 1090 4139. Konsultasi premium, khas buat semua pelanggan saya sahaja.