Kedai Buat Plat Nama Di Kota Damansara

Assalamualaikum

Sewaktu trip cruise Shaklee haritu lagi, cik sue sebenarnya terinspirasi nak buat plat nama group bisnes Shaklee cik sue. Masa BLNC haritu pun cik sue tengok ramainya leader yang bawa plat nama group masing-masing. Jeles tau.


Cik sue nak juga ada plat nama group bisnes sendiri. Baru seronok bergambar. Ada juga tanya kawan-kawan cik sue, ada yang tempah online dan ada yang buat di Sunway Piramid. Ermm, jauh juga kalau nak buat di Sunway Piramid tu kan.

Last sekali cik sue tanya la dalam group Warga Kota Damansara, diaorang cakap buat dekat One Utama. Keesokan harinya terus la pergi cari, dah tak sesabo lagi. Hehehe...

Ini lah hasilnya,


Tadaa...cantik tak?

Harga plat nama adalah mengikut saiz dan warna tulisan. Macam cik sue punya ni harganya RM79.90. Tulisan gold tambah RM10. Total semua harga RM89.90. Tulisan hitam je dapat percuma. Maximum tulisan adalah 12 huruf sahaja. 

Ngam ngam nama group cik sue ada 12 huruf. Hehe... 

Oh ya, buat plat nama ni sekejap je dah siap tau, tak sampai 5 minit pun.

Ada yang berminat nak join group bisnes Shaklee di bawah empayar cik sue? Jomlah korang yang tengah cari side income tu.. cik sue akan guide anda sampai dapat apa yang anda idam-idamkan.

Cik sue buat plat nama di Galaxy Gift One Utama. Ini alamat kedai tu.


One Utama Shopping Mall,
Lot S-202A, Level 2,
Old Wing Link Bridge,

Ada banyak lagi cawangan kedai Glaxy Gift ni tau. Rujuk pada gambar tu ye.



Ini gambar kedai dan sekitar kedai yang berdekatan dengan Glaxy Gift itu.


Naik tangga escelator nampak Isetan, kedai tu di sebelah kanan.


Sebelah kanan kedai Puzzle Planet.


Sebelah kiri kedai Novacell.


Bertentangan depan kedai Galaxy Gift ni ialah kedai Lovely lil Things.

Diharap entry ini dapat membantu korang yang tengah mencari kedai untuk buat plat nama. Share lah entry ni pada kawan-kawan korang yang tengah mencari kedai ini ye. Terima kasih.

0 Pembaca Setia:

Catat Komen