Khasiat Nenas Md2 (Nenas Manis MD2)

Assalamualaikum.

Setiap hari Ahad di kawasan perumahan cik sue ada Pasar Tani. Kadang-kadang cik sue akan ke pasar tani untuk membeli barang-barang dapur dan juga bersarapan pagi di sana. Ada disediakan meja , kerusi dan air teh percuma.

Salah satu gerai yang cik sue suka singgah ialah gerai nenas manis MD2. Menurut tuan gerai, nenas ini dibawa dari Johor. Rasa buah nenas adalah manis. Mata pada buah nenas jika tidak dipotong pun  tidak akan menggatalkan lidah.


Antara khasiatnya ialah rendah dalam lemak tepu, kolesterol dan natrium. Ia merupakan sumber penting serat, tiamin, vitamin B6, tembaga, serta vitamin C dan magnesium. Ia juga mempunyai sifat diuretik dan detoksifikasi. Nanas segar seperti MD2 mudah diterima di pasaran antarabangsa kerana kandungan gula, rupa, warna, jangka hayat yang panjang, kematangan dan jenama.

Turut di jual di gerai ini ialah jus nenas yang beharga RM3 sebotol. Sangat sedap jusnya.


Buah nenas di jual mengikut saiz buah. Rata-rata yang cik sue lihat beharga dari RM10++ ke atas sebiji.

Musim musim panas ni elok la buat jus nenas ini sebagai ubat batuk semulajadi. Korang suka makan buah nenas tak?


0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan