Selamat Hari Lahir Anakanda Afrina Yang Ke-4 Tahun

Alhamdulillah, tanggal 25 Mac 2018,puteri tunggal cik sue menyambut hari lahirnya yang keempat tahun. Tiada majlis harijadi besar-besaran pun. Kami hanya menyambut dengan ahli keluarga sahaja.

Kebetulan kedua ibu bapa cik sue  dan seorang adik dari Sabah ada di Kuala Lumpur baru pulang dari menunaikan umrah. Kami menyambut hari lahir Afrina di rumah kakak cik sue.



Ibu doakan semoga Afrina menjadi anak yang solehah, penyejuk mata hati kedua ibu bapa, anak yang taat perintah Allah dan Rasul, diringankan jodoh, dimewahkan rezeki yang berkat, serta berjaya di dunia dan juga akhirat. Aamiin ya Mujib.

Sempena hari lahir anakanda Afrina, cik sue menghadiahkan Flip Card Wow abc ni. Memandangkan tahun hadapan Afrina bakal ke tadika, jadinya sebelum ke tadika cik sue ajar sikit-sikit abc pada beliau menggunakan flip card ini.



Flip card wow abc ni bukan sahaja mengandungi huruf abjad tetapi juga nombor sehingga nombor 20. Kiranya ibu bapa boleh ajar membaca dan juga mengira. Ada disediakan sekali buku panduan penggunaan flip card wow ini.

Bagi ibu bapa yang mencari hadiah hari lahir untuk anak, boleh hadiahkan flip card wow ini. Salah satu bahan bantu mengajar yang sangat efektif dan berbaloi beli.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan