Kepentingan Protin



Protin adalah bahan utama dalam pempentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.Ia juga merangsang fungsi psikologi. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu Asid Amino?

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Asid amino tak perlu dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia, manakala asid amino perlu tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Sembilan rantai asid amino perlu untuk tubuh ialah:
  1. Phenylalanine
  2. Valine
  3. Threonine
  4. Tryptophan
  5. Isoleucine
  6. Methionine
  7. Leucine
  8. Lysine
  9. Histidine
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Sekarang anda sudah jelas berkenaan apa itu protin, asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Nantikan entry seterusnya mengenai perbezaan shaklee ESP serta manfaatnya. Stay tune k ^__^..

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan