Perlu diingat, jangka masa dan kesan perubahan adalah berbeza mengikut individu ya. Lain badan, lain mekanismenya. Jadi berbezalah proses perubahan itu. Tetapi asasnya jika anda disiplin makan produk-produk ni, kawal pemakanan anda, melakukan senaman setiap hari dalam setengah jam (apa jua walaupun lompat2 pakai getah skipping :) Ikut dengan disiplin apa yang saya nasihatkan, Insyaallah..kejayaan turun berat badan MENJADI MILIK ANDA!!

Di bawah ni adalah testimoni benar dari pengguna Shaklee yang berjaya menurunkan  berat badan dengan rangkaian SET SLIMMING TERBAIK ni.









Anda berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk konsultasi dan pesanan. Jom turunkan berat badan secara SIHAT bersama Shaklee.


Rangkaian produk Shaklee ada menyediakan set untuk pengurusan berat badan. Jangan tak tahu, untuk ibu yang menyusukan anak pun, kami ada menyediakan slimming set yang sesuai dengan anda. Haaa... happy tak?? Program diet Shaklee bukanlah menahan lapar sepanjang hari, ianya dijamin selamat dan berkesan jika anda patuhi caranya.


1) DETOX
Detox sangat diperlukan untuk membersihkan usus-usus kita daripada lemak, toksin dan lendir. Ia akan dikeluarkan melalui air besar. Apabila usus kita dah bersih dan cun, barulah mudah untuk ia membuat kerjanya - iaitu dapat mengoptimumkan penyerapan nutrien!

Suplemen Shaklee yang mempunyai fungsi sebagai detox adalah: Herb Lax dan Alfafa.

Bagi ibu yang menyusukan anak serta pada mereka yang tidak ada masalah sembelit, Alfafa adalah lebih sesuai dengan anda. Herb Lax pula sesuai bagi mereka yang tidak menyusukan anak serta mempunyai masalah sembelit.

2) BUANG LEMAK
Lecithin atau Omega Guard membantu dalam penyingkiran lemak. Ini adalah kerana fungsi utamanya adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Ini adalah apabila dia 'bertemu' dengan lemak lemak degil, dia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tu dan seterusnya membawa lemak tu keluar dari badan.

3) BINA OTOT DENGAN PROTEIN
Mengapa perlukan protien? Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Kerana protein berperanan untuk meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, ia membuatkan kita membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Fakta lain yang menarik ialah ia mampu membantu membakar kalori kita sehingga 35%! Hebat kan?

Di Shaklee kami mempunyai 2 cadangan:
i) Untuk ibu yang menyusukan, anda boleh mengambil Energizing Soy Protein (ESP) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.
Bonus ianya mempercepatkan penghasilan susu badan dan kalau dimakan secara istiqamah akan membuatkan kulit anda menjadi gebu*


ii) Untuk yang tidak menyusukan anak, anda boleh mengambil Cinch Shake Mix. Cinch ini diperkasa dengan Leucine yang mana mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak. Anda akan kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot.


Jadi untuk memastikan kejayaan anda dalam mengawal berat badan, pastikan anda:
  • Kawal pengambilan kalori makanan anda (Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan manis)
  • Minum air dengan banyak 2-3 L sehari (Air akan membantu anda mudah lawas, flush semua toksin dalam badan dan mengurangkan kepekatan darah)
  • Berdisiplin dalam mengambil suplemen di atas
  •  Membuat senaman selama 30 minit setiap hari / at least 3x seminggu
  • Berdoa dan tawakal pada Allah
Secara ringkasnya, Set Slimming Shaklee ini:

1) Untuk yang menyusukan anak:
  •  Alfalfa
  •  ESP
  • Lecithin /Omega Guard
2) Yang tidak menyusukan anak:
  • Herb Lax /Alfafa
  • Cinch Shake Mix / ESP
  • Lecithin /Omega Guard
Hubungi saya untuk pilihan mengikut budget anda serta jadual pengambilan supplemen ini.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Apakah kelebihan vitalea?

Ianya dikatakan KILLER product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. Dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tablets vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk. Namun, mampukah kita untuk mengambil kesemua 40 jenis lauk pauk tersebut??

Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan Vitalea . Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vitamin, 7 galian dan zat besi banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

Ibu2 yang hamil dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak. Mengapa ada sesetengah ibu yang hamil mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka. Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata2. Apakah kekangan yang dimaksudkan? 
  • ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
  • peraiaran / laut yang telah tercemar
  • tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
  • selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati (sumber terhad) dan harga yang tidak menentu
Kekangan ini membuatkan kita disaranankan menambah supplement dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan.

Berikut adalah testimoni berkenan khasiat yang diperoleh selepas pengambilan Vitalea:




Apabila sel sihat... tisu jadi sihat... bila tisu sihat... organ jadi kuat... maka badan pun jadi sihat dan kuat.... tak percaya? Mai ler order...


Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang PERTAMA dicipta  di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral"dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vitalea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. Ia merupakan multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Penggunaan harian, Vitalea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
Perbezaan Shaklee:
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Vitalea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan da potensi produk
Vitalea Iron Formula:
  • Mengandungi 120 tablet / 60 sajian
  • Harga Semenanjung Malaysia : RM88.75
  • Harga Sabah Serawak : RM93.75
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

ESP bukan sahaja untuk diminum malah ia juga sangat sesuai untuk dibuat masker.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah oat, ESP dan fresh milk. Simple je kan? Sambil-sambil minum bolehlah disapu pada muka sekali. Hasilnya? Sudah pasti menjadikan kulit anda lebih halus, gebu dan lebih cerah.

Waaaahhhh ESP yang MARVELLOUS!! 1001 kegunaan dan tak lupa juga bolehlah nak sental badan dengan lulur ESP.

Dapatkan ESP hari ini juga!
Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang sedar pentingnya keperluan supplemen dalam mengisi ruang nutrisi dalam badan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen bukanlah ubat sebaliknya ia membantu mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan oleh badan. Nutrien yang berlebihan atau tidak diperlukan akan dibuang oleh badan. Apabila badan mempunyai nutrisi yang cukup, maka setiap sel, organ, sistem akan bergerak dengan lancar dan menjadikan individu lebih sihat. 

Oleh itu, kami TIDAK mencadangkan pengambilan supplemen untuk bayi di bawah usia setahun, kerana keperluan utama bayi ketika ini adalah susu. Dan susu yang terbaik di dunia adalah SUSU IBU. Melalui susu ibu, nutrient yang diperlukan akan disalurkan kepada bayi. Walaupun, pemakanan bayi bermula ketika bayi berusia 6 bulan, itu hanyalah perkenalan kepada pemakanan. Makanan utamanya masih susu ibu.

Sebaliknya apabila anak mencecah usia 1 tahun, susu ibu menjadi pelengkap sahaja manakala makanan utamanya adalah makanan biasa. Oleh itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak mendapatkan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, makanan dingin beku dan makanan rapu.

Tidak dinafikan dengan situasi sekarang di mana ibu bapa perlu keluar bekerja, makanan yang sihat tidak sempat disediakan oleh ibu dan kebanyakannya lebih selesa untuk membeli di luar yang tidak terjamin kebersihan dan kualiti nutrisnya. Di sinilah sebaiknya mengambil makanan tambahan (supplemen) untuk mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan.

Gambarajah di bawah adalah cadangan supplemen untuk kanak-kanak:



Vita-Lea® for Children Chewable
• Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
• Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
• Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
• Baik untuk kesihatan
• Sumber harian tambahan bagi vitamin B
Bagi anak-anak yang aktif dan tidak suka dengan vitamin berbentuk pil, ada pilihan buat mereka. Iaitu Mealshakes.
Meal Shakes
• Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
• Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
• Rendak lemak dan rendah glisemik
• Sumber protein dan kalsium
• Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
Chewable Vitamin C
Pastikan anda memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Kepentingan nutrisi ini bukan sahaja untuk tumbesaran tubuh badan mereka, tetapi juga untuk otak yang cerdas.
Ringkasnya,Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan badan mereka, membina & menguatkan sel-sel tisu dalam badan, dan turut penting untuk gusi & gigi.
Omega Guard
OmegaGuard ialah sumber minyak ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3, termasuklah DHA dan EPA.
- menggalakkan fungsi otak.
- untuk kesihatan sistem saraf dan fungsi mata.
- mengurangkan keradangan.
- menambahkan kolesterol baik di dalam badan (HDL)

PERHATIAN:
1-3 tahun: Omega guard,mealshake
4-12 tahun: Omega guard,mealshake,vitalea children,chewable vitamin c
13 tahun ke atas: boleh ambil semua vitamin dewasa
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Ramai di antara ibu bapa bertanyakan pada saya ada tak supplemen yang sesuai untuk kanak-kanak? Tentulah ada, kerana Shaklee sesuai untuk semua golongan dan juga peringkat umur.

Apakah itu Mealshakes?
Hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi-buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya lactabulmin (sejenis susu) dan lain-lain. Mealshakes dihasilkan untuk semua golongan iaitu bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Mealshakes merupakan pilihan yang bijak.

Manfaat Utama:
  • Nutrisi Lengkap- Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh- Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu Tumbesaran- Mengandungi asid folik, boitin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Antioksida- Mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah- Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi- Kaya dengan serat larut untuk membantu mebuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan Rasanya- Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi;penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
Mengenai Mealshakes Shaklee:
  • 544 gram/ 16 sajian
  • Perisa Vanilla
  • Harga Semenanjung Malaysia: RM113.75
  • Harga Sabah Serawak: RM121.25
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi saya untuk konsultasi dan pesanan.

Seringkali kita mendengar keluhan dari ibu bapa berkenaan anak tidak suka / mahu makan, terlampau memilih makanan,maslah sembelit,kerap batuk,demam dan selsema semasa di taska. Masalah ini menyebabkan ibu bapa juga stress kerana terpaksa mengambil cuti bagi menjaga anak masing-masing di rumah.

Sesiapa sahaja yang bergelar ibu bapa sentiasa memastikan anak-anak mereka membesar dengan sihat. Setiap ibu ingin melihat anak mereka cerdik belajar, dari saat dia memasuki tadika. Hal ini juga bermakna mereka memerlukan sistem imun yang kuat untuk melindungi mereka daripada jangkitan penyakit apabila mereka bercampur gaul dan bermain dengan kanak-kanak lain di luar rumah.

Oleh itu tiada salahnya jika anda sebagai ibu bapa mengeluarkan sedikit perbelanjaan dengan membeli supplemen semulajadi ini iaitu MEALSHAKES yang mana sesuai untuk seisi keluarga. Tidakkah anda sebagai ibu bapa berasa bersalah untuk terus membekalkan ubat doktor yang mengandungi "dadah" kepada anak-anak anda yang masih kecil??

Berikut adalah testimoni selepas pengambilan MEALSHAKES, anak sudah ada selera untuk makan:






Di bawah adalah testimoni MEALSHAKES, menguatkan imuniti kanak-kanak:


Sebagai ibu bapa yang prihatin, pilihan terbaik terletak di tangan anda. Andalah yang menentukan tahap kesihatan yang terbaik buat anak-anak anda. Selain pelajaran yang terbaik yang kita sediakan pada anak-anak kita, apa salahnya jika melabur sedikit wang menyediakan makanan terbaik buat anak-anak anda juga. Tepuk dada, tanyalah minda ^__^.....

Hubungi saya untuk konsultasi dan order.


Salam dan selamat pagi.. Energizing Soy Protein (ESP) ~ Our HOT SELLING Products.. pagi ni saya nak kongsikan resipi-resipi best yang anda boleh bancuh bersama ESP.
Masa Pengambilan ESP
Ikut keselesaan anda..
  • Pagi boleh
  • Diantara waktu selepas sarapan nak ke makan tengahari
  • Petang (tea time)
  • Malam sebelum tidur
  • Tengah malam ketika terjaga dan rasa lapar
  • Ketika bersahur atau berbuka puasa
  • Bagi ibu menyusu ~ sebelum atau selepas mengepam 
NOTA PENTING 
  • JANGAN BANCUH protien dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi
  • JANGAN ambil lebih dari 3 sudu besar sehari.. (berat buah pinggang untuk proses protein yang berlebihan)
Selamat mencuba  (^__^)


Kelebihan ESP ialah ia menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol, menyokong kesihatan jantung dan prostat dan juga mengawal paras gula dalam darah.

Tetapi persoalannya, bagaimana?
Ini kerana ESP rendah indeks glisemik iaitu 39 kurang daripada 55! Apa itu Indeks Glisemik (GI)?
INDEKS GLISEMIK menetapkan TAHAP KARBOHIDRAT berdasarkan KESANNYA terhadap PARAS GULA dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. Maka dengan ini dapat MENGEKALKAN TAHAP GULA DALAM DARAH yang rendah dan ini AMAT  dan PENTING BAGI MENGURANGKAN BERAT BADAN kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Berikut ialah testimonial pengguna ESP yang telah berjaya menurunkan kadar kolesterol beliau dari 5.2 kepada 3.7 setelah mengambil ESP.



Inilah sebabnya ESP dikatakan MULTITASKING!!

Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 


Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.


Saya pasti ramai daripada anda telah mendengar tentang masker yogurt terutama di spa dan salun kecantikan. Tetapi adakah anda tahu apa manfaat yogurt kepada kulit anda?

1. Membantu memberi kelembapan kepada kulit dan menjadikan kulit anda licin
2. Melegakan untuk kulit terbakar
3. Melegakan kegatalan kulit kepala

dan apabila digabungkan dengan ESP, yang diperbuat daripada kandungan protein yang tinggi (seperti yang anda tahu, protein adalah nutrien penting dalam membaiki dan membina sel-sel & tisu dalam badan kita, ia akan juga membantu memulihkan kecergasan kepada kulit anda, membantu melembapkan kulit anda dengan lebih berkesan walaupun tona kulit anda tidak sekata.

Cara Membuat Masker ESP
masker esp
  • Gunakan 1 cawan yogurt perisa ASLI sebagai base masker.
  • Tambah 1 sudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul sehingga rata.
  • Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali di kawasan mata.
  • Biarkan 10-15 minit/ sehingga kering.
  • Best time: selepas mandi pagi.
Credit: Iffah Anuar

Selamat mencuba (^___^)

Nak ESP?  Hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).

Apa itu gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.

Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Tanda-tanda gastrik
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
  • Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
  • Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.
  • Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
Punca penyakit gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap.

Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Tanda-tanda lain
  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi. 
  • Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala. 
  • Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam. 
  • Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal. 
  • Sakit perut yang kadang kala teramat sakit. 
  • Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut. Sumber
Bagaimana ESP membantu?
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.

Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asik hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan.

Testimoni ESP bersama pesakit gastrik

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul...


gastrik



Tepuk dada tanya selera. Adakah anda mahu bergantung selama-lamanya kepada ubat yang lama kelamaan akan memberikan kesan negatif kepada tubuh badan kita?

Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.
Wowww,Vitamin E kini dengan extract biji anggur!

PENGENALAN
Ekstrak biji anggur adalah nutrien utama yang berasal dari benih anggur tetapi ditemui dalam kulit dan batang. Ia mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat dan mempunyai sebatian pelindung yang dikenali sebagai flavonoid. 

Ini termasuk proanthocyanidins oligomerik (OPC), quercetin, catechin, asid ellagic dan reveratrol, yang juga terdapat dalam wain merah. OPCs mungkin sehingga lima puluh kali lebih kuat daripada vitamin E dan dua puluh kali lebih kuat daripada vitamin C dalam segi aktiviti penyerapan antioksidan mereka.


ANTARA KEBAIKAN BIJI ANGGUR

Ekstrak biji anggur umumnya dapat membantu merawat masalah kesihatan berikut:
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Pencegahan aterosklerosis
  • Komplikasi disebabkan oleh kencing manis
  • Sembelit
  • Suplemen antioksidan
  • Kerapuhan kapilari dan mudah lebam
  • Lemah penglihatan dan masalah mata
  • Penyakit degeneratif (cth. Kanser)
  • Penyembuhan luka
  • dan lain-lain
Ekstrak biji anggur mempunyai ciri-ciri anti-penuaan seperti kulit kendur dan kedut adalah disebabkan oleh kerosakan radikal bebas kepada sel-sel kulit. 

Ekstrak biji anggur mengandungi beberapa sumber terkaya proanthocyanidins OPCs atau oligomerik, yang menjadikan ia antioksidan yang sangat kuat. 

Penggunaan ekstrak biji anggur dengan gaya hidup sihat dan pemakanan yang betul boleh mengubah banyak kerosakan yang telah menyebabkan kedut dan kendur.

KESIMPULAN
Vitamin E bukan sahaja baik untuk KESIHATAN malah untuk KECANTIKAN juga. Jom dapatkan Vitamin E anda sekarang juga. Anda pasti jatuh chenta!
Kepada peminat Vit E a.k.a Vitamin Cinta, vitamin untuk anti-penuaan, vitamin untuk kekal cantik, vitamin untuk kesihatan jantung, vitamin untuk meningkatkan libido dan meningkatkan kesuburan..VIT E complex dari shaklee NOW UPGRADE formula with GRAPE SEED EXTRACT!!!

Jom tengok kelebihan GRAPE SEED EXTRACT yang terkandung dalam pek baru VITA-E COMPLEX SHAKLEE:

* Mengikut kajian saintifik Grape Seed Extract terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika diamalkan secara konsisten.

* Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.


KENAPA GRAPE SEED EXTRACT?

* Sebabnya dalam Grape Seed Extract terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain.

* OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengoksidaan.

* OPC juga adalah 50 KALI GANDA lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 KALI GANDA lebih kuat daripada Vitamin C.

* OPC berfungsi memusnahkan ‘radikal bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak MEMBANTU MENGATASI MASALAH KANSER bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.

* Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kolagen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya antara makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.

* Sekaligus ia juga baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan.

* Selain daripada kehebatan Grape Seed Extract dari sudut kajian saintifiknya itu, kelebihan anggur juga turut termuat di dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah antara sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.

* Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengenai buah anggur.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Fungsi Vitamin E
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.

Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Sumber Vitamin E
Vitamin E boleh  didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, avokado, susu, oat, labu, kacang soya, ubi kentang, badam, dan gandum.


Kesan Kekurangan Vitamin E
• Cepat marah
• Kurang darah (sel darah merah cepat mati)
• Kurang tenaga, letih
• Malas 
• Kurang tumpuan
• Otot-otot lemah
• Kurang keinginan terhadap pasangan 
• Kerosakan sel-sel hati (demam kuning)
• Lemak tidak diserap dengan betul 
• Gastrik

Siapa yang perlukan Vitamin E?
  • Lelaki dan wanita 
  • Ingin kelihatan muda 
  • Mempunyai masalah jantung atau kolestrol 
  • Sukar mengandung 
  • Dingin melakukan hubungan kelamin 
  • dan lain-lain
Kekurangan Vitamin E :
Masalah kekurangan Vitamin E biasanya berkait rapat dengan sel badan yang tidak boleh menyimpan lemak sedangkan Vitamin E adalah bersifat larut lemak dan perlukan lemak untk bergerak ke bahagian yang diperlukan dalam badan.

Kekurangan Vitamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

Gejala – Gejala Kekurangan Vitamin E :
- Anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin)
- Masalah berkaitan system pembiakan
- Susah mengandung
- Senang keguguran
- Tanda penuaan pada kulit (age spots)
- Katarak
- Hilang nafsu seksual
- Rambut kering & gugur
- Kelemahan otot (myopathy)
- Luka lambat sembuh
- Kebas kaki (cramps)
- Penyakit berkaitan usus
- Mati pucuk
- Prostat membesar.

Jika Terlebih Vitamin E :
Vitamin E bertindak sebagai antikoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancar.

Terlebih dos Vitamin E mungkin menyebabkan dan mudah berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.
Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

Vitamin E dikira dalam unit IU (international units) yakni 1 IU bersamaan 1mg. Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols dan tocotrinols yang terdiri dari komponen2, alpha, beta, gamma dan delta. 

Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif, malah IU dikira berdasarkan alpha-tocopherols. Akan tetapi, komponen yang mempunyai nilai ) dalam IU seperti gamma-tocopherols adalah penting dalam menjana antioksidan.

Perbezaan Vitamin E Shaklee Dan Vitamin E Biasa

Vitamin E Shaklee:

~ Bersumber semulajadi
~ Pada label ada huruf ‘d’ (ini bermakna ia adalah sumber asli)
~ Lebih mudah diserap oleh badan

Vitamin E Biasa :

~ Vitamin Sintatik
~ Pada label ada huruf ’l’ (ini bermakna sumber tiruan atau sumber kimia)
~ Tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudian hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Kebaikan Utama Vitamin E :

* Bertindak sebagai antikoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Ini mengurangkan risiko penyakit strok akibat darah beku dan penyakit jantung.

* Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik.

* Membantu menjaga permukaan dalam salut darah agar sentiasa licin – mengelakkan pembentukan plak kolesterol.

* Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel badan kita.

* Vitamin E dpt membantu pembesaran tulang yang sihat dengan melawan bahan kimia dan asid yang boleh menggangu pembentukan tulang.

* Vitamin E membantu fungsi sistem badan seperti :
- Sistem saraf
- Sistem otot
- Sistem pembiakan (proses pembentukan gen)

Ringkasan Kebaikan Vitamin E :
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • Anti oksidan.
  • Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Anda buntu bagaimana untuk memilih soya terbaik? Di bawah ini adalah senarai 7 kriteria bagaimana untuk memilih soya terbaik lagi berkualiti tinggi.
  1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni. 
  2. Soybean tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan 
  3. Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped. 
  4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang 
  5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat. 
  6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result. 
  7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium. Sumber
ESP Shaklee sudah semestinya memenuhi standard kriteria di atas ini. Harganya adalah setanding dengan kualiti yang dimilikinya. Tidak ada keraguan lagi, kerana ESP Shaklee telah menjalani pelbagai ujian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Tepuk dada, tanyalah selera anda....
Improved Formula Vitamin C Plus - with Citrus BioFlavonoid
Apa yang menyebabkan Vitamin C Shaklee ini BERBEZA dengan Vitamin C jenama lain?

1. Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik! - Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas!

2. Vitamin C Shaklee bersifat 'Sustained Release' - Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti! 

3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren! - Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Hebat kan?

 4. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids bersamanya - Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!

 5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan - Semuanya natural! Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang natural dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang paling tepat sekali!
Apakah ESP? 
Energizing Soy Protein atau singkatannya ESP adalah satu produk unggul dan premium yang dihasilkan oleh syarikat makanan tambahan semulajadi tertua di dunia, Shaklee Corporation. 

ESP merupakan serbuk protein yang di hasilkan daripada kacang soya baka tulen, atau dalam bahasa sains dikenali sebagai Non-GMO (Non genetically modified organism) iaitu kacang soya asli yang tidak mengalami perubahan sturktur genetik melalui pelbagai kaedah dalam kejuruteraan genetik. 

Ini bermakna serbuk soya ESP adalah serbuk soya yang tulen.

Apakah kebaikan ESP? 

1. Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.

2. Ia diproses di bawah suhu rendah untuk mengekalkan kualiti protein.

3. Setiap tin ESP berasal dari 30kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

4. Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

5. ESP mempunya indeks glisemik (GI) yang rendah, oleh itu tenaga dari ESP dilepaskan perlahan-lahan ke dalam darah untuk jangka masa yang panjang, jadi badan akan mendapat bekalan tenaga yang optimum untuk tempoh masa yang panjang.

6. ESP mengandungi Isoflavone yang terbukti secara klinikal boleh mengurangkan hot flushes di kalangan wanita menopause,menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan mencegah osteoporosis.

7. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas sehingga ke golongan warga tua.

8. Rasanya sedap dan berkrim disukai semua :)

Berikut adalah kajian klinikal berkenaan isoflavone:
  1. Awet Muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  2. Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan Isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  4. Kulit Remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  5. Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  6. Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaikimasalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  7. Membaiki Memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Adakah ESP halal? 
Berikut adalah pengesahan HALAL bagi ESP dan semua produk Shaklee Corporation.

Sijil halal Shaklee
Apakah Fungsi protein / asid amino untuk tubuh manusia? 

Fungsi protein untuk tubuh manusia adalah sangat besar. Banyak dari proses pertumbuhan tubuh manusia dipengaruhi oleh protein yang terkandung di dalam tubuh kita.

1. Kandungan protein dalam tubuh manusia mencapai 1/6 dari berat tubuh manusia.

2. Protein sangat penting untuk perkembangan setiap sel dalam tubuh. (kulit, rambut,kuku, otak, organ, saraf, dan banyak lagi)

3. Untuk menjaga kekebalan tubuh melalui sistem imuntitubuh. Antibodi tubuh dihasilkan daripada protein.

4. Protein diperlukan untuk membina bahan senyawa kimia seperti enzim dan hormon yang berperanan penting dalam mengatur berbagai proses yang terjadi di dalam tubuh.

5. Protein digunakan sebagai bahan bakar apabila keperluan energi tubuh tidak dipenuhi oleh karbohidra dan lemak. (contohnya semasa kebuluran).

Apa akan terjadi jika manusia tidak mendapat protein yang secukupnya? 

Seseorang yang kekurangan protein akan mengalami masalah berikut :

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
18. Bagi kanak-kanak, kekurangan protein menyebabkan terganggunya perkembangan tumbesaran tubuh, otak dan minda
19. Kekurangan protein yang kritikal pada kanak-kanak akan mengakibatkan kwashiorkor dan kerencatan akal
dan banyak lagi kesan buruk akibat kekurangan protein. 

Kanak-kanak yang menghidapi kwashiorkor 
Apakah sumber protein yang baik? 

Terdapat dua jenis protein dari sumber makanan iaitu:

1. Protein kelas pertama - iaitu yang mengandungi kesemua 9 rantai asid amino perlu. Contoh protein ini  ialah daging, ikan, ayam dan kacang soya.

2. Protein kelas kedua - semua protein dari sumber tumbuhan kecuali kacang soya.

Kacang soya adalah sumber protein yang sangat baik kerana :

1. Mengandungi dua kali lebih protein dari daging,
2. 4 kali lebih protein dari telur
3. 12 kali lebih dari protein susu
4.  Rendah lemak,
5. Tanpa kolesterol
6. Mudah diserap oleh badan manusia



Protin adalah bahan utama dalam pempentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.Ia juga merangsang fungsi psikologi. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu Asid Amino?

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Asid amino tak perlu dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia, manakala asid amino perlu tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Sembilan rantai asid amino perlu untuk tubuh ialah:
  1. Phenylalanine
  2. Valine
  3. Threonine
  4. Tryptophan
  5. Isoleucine
  6. Methionine
  7. Leucine
  8. Lysine
  9. Histidine
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Sekarang anda sudah jelas berkenaan apa itu protin, asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Nantikan entry seterusnya mengenai perbezaan shaklee ESP serta manfaatnya. Stay tune k ^__^..