Fungsi dan Sumber Vitamin E

Fungsi Vitamin E
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.

Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Sumber Vitamin E
Vitamin E boleh  didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, avokado, susu, oat, labu, kacang soya, ubi kentang, badam, dan gandum.


Kesan Kekurangan Vitamin E
• Cepat marah
• Kurang darah (sel darah merah cepat mati)
• Kurang tenaga, letih
• Malas 
• Kurang tumpuan
• Otot-otot lemah
• Kurang keinginan terhadap pasangan 
• Kerosakan sel-sel hati (demam kuning)
• Lemak tidak diserap dengan betul 
• Gastrik

Siapa yang perlukan Vitamin E?
  • Lelaki dan wanita 
  • Ingin kelihatan muda 
  • Mempunyai masalah jantung atau kolestrol 
  • Sukar mengandung 
  • Dingin melakukan hubungan kelamin 
  • dan lain-lain
Kekurangan Vitamin E :
Masalah kekurangan Vitamin E biasanya berkait rapat dengan sel badan yang tidak boleh menyimpan lemak sedangkan Vitamin E adalah bersifat larut lemak dan perlukan lemak untk bergerak ke bahagian yang diperlukan dalam badan.

Kekurangan Vitamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

Gejala – Gejala Kekurangan Vitamin E :
- Anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin)
- Masalah berkaitan system pembiakan
- Susah mengandung
- Senang keguguran
- Tanda penuaan pada kulit (age spots)
- Katarak
- Hilang nafsu seksual
- Rambut kering & gugur
- Kelemahan otot (myopathy)
- Luka lambat sembuh
- Kebas kaki (cramps)
- Penyakit berkaitan usus
- Mati pucuk
- Prostat membesar.

Jika Terlebih Vitamin E :
Vitamin E bertindak sebagai antikoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancar.

Terlebih dos Vitamin E mungkin menyebabkan dan mudah berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan