Slimming Set Ibu Menyusu

Untuk makluman anda, penyusuan sebenarnya membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi. Ini kerana, setiap kali anda menyusukan bayi anda, 500 kalori dibakar didalam tubuh anda. Jadi, jika difikir secara logik, sepatutnya berat badan mesti berkurangankan? Tapi mengapa ramai ibu-ibu menyusu yang mengadu lapar dan berat badan semakin bertambah? Jom kita tengok faktor kenaikan berat badan: 

Faktor-Faktor Berat Badan Meningkat:
• Pengambilan makanan / jumlah kalori melebihi penggunaan tenaga. Walaupun ibu-ibu membakar banyak kalori, tetapi banyak juga makanan yang diambil. Ha.. camne tu? 

• Makanan yang berlebihan diambil ini akan disimpan didalam badan dan menjadi lemak. 

• Ibu-ibu menyusu lebih cenderung berasa lapar setiap kali lepas menyusukan bayi/setiap kali selepas pam. Ini kerana badan anda telah membakar kalori, tetapi malangnya bila lapar anda terus mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Sepatutnya anda minum air apabila berasa lapar dan makan buah-buahan, bukan snek ya.. 

• Sistem penghadaman yang lemah - ramai diantara kita menghadapi masalah berat badan berlebihan kerana sistem penghadaman kita tidak mampu bekerja dengan baik. Akibatnya, lemak-lemak yang terkumpul tidak dapat dikeluarkan dengan baik. 

Cara Mengatasi:
• Banyakkan minum air 3-4 Liter sehari, kerana ibu menyusu perlukan air yang banyak untuk menggantikan air yang keluar semasa sesi menyusu dan mengepam. Selain daripada itu, pengambilan air yang mencukupi akan membuatkan seseorang itu kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan berat dan snek. 

• Mengambil makanan cukup sekadar yang perlu. Walaupun ibu menyusus tak boleh berdiet, kerana dikhuatiri mengganggu penghasilan susu, namun ibu perlu tahu yang pengambilan makanan yang berlebihan juga akan menyumbang kepada kenaikan berat badan. Jadi makanlah secara bijak.

• Selepas menyusu anak, jika terasa lapar, minum 2 gelas air kosong untuk mengenyangkan perut, dan jika berasa lapar juga, ambillah buah-buahan untuk mengalas perut. Jangan ambil snek ya.

• Buat senaman bagi membantu meningkatkan kadar metabolisme badan seterusnya meningkatkan fungsi sistem penghadaman. Senaman yang berterusan akan membakar kalori dan membentuk semula tubuh badan. 

• Jika anda tiada masa bersenam, suppliment adalah pilihan yang paling bijak, kerana melalui suppliment anda dapat memecahkan lemak dan mengurangkan selera makan. Walaupun suppliment adalah pilihan terbaik untuk ibu yang sibuk, namun bukan semua produk slimming boleh diambil oleh ibu menyusu. Yang pasti Slimming Set Shaklee SELAMAT diambil oleh semua ibu menyusu dan tidak memberi kesan sampingan kepada penyusuan mahupun bayi itu sendiri.

Bagi yang berminat mencuba set slimming, ini adalah antara suppliment yang membantu mengurangkan berat badan di kalangan ibu-ibu menyusu :
Lecithin - untuk memecahkan lemak 
Alfalfa - untuk detoks / buang lemak yang dipecahkan
Energizing Soy Protein (ESP) - memberi tenaga dan rasa kenyang yang lama

set slimming untuk ibu menyusu
Saya kongsikan salah satu testimoni di group eksklusif pelanggan kami: (klik imej untuk pembesaran)
Berat turun 20kg dengan set slim ibu menyusu
Berminat untuk mencuba?? Sila hubungi saya untuk konsultasi percuma beserta pesanan anda.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan