Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira melihat usaha ibu-ibu di luar sana yang sentiasa komited menyusukan anak walaupun sibuk bekerja untuk menambah pendapatan ekonomi keluarga. Tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak menyediakan susu perahan (ebm) semasa meninggalkan anak pada babysitter atau di pusat jagaan harian.
Hari ni saya ingin berkongsi cerita Puan Lilo yang telah berjaya menyediakan EBM penuh satu DEEP FREEZER dan 1 PETI SEJUK. Masha allah...banyaknya...Nak tahu rahsia Puan Lilo bagaimana boleh dapat sebanyak itu. Jom ikuti testimoni beliau. (klik imej untuk lebih jelas)
EBM 3 July 2012 |
EBM 9 September 2012 - Deep Freezer 1 |
EBM 9 September 2012 - Peti ais 2 |
Tips dari Puan Lilo |
Rahsia dan tips dari Puan Lilo:
1) Susukan bayi dengan kerap
2) Pam mengikut jadual serta konsisten, jika jadual mengepam mommies tunggang langgang, jangan lupa buat power pumping ye mommies :)
3) Minum air kosong 3L sehari
4) Percaya pada diri sendiri bahawa anda ada susu dan mampu menyusukan anak dengan susu ibu
Haa..sekarang anda dah tahu kan rahsia dan tips dari Puan Lilo, jadi saya harap kisah Puan Lilo ni dapat menjadi sumber inspirasi kepada mommies semua. Buat pengetahuan semua, oleh kerana Puan Lilo mempunyai susu serta bekalan EBM yang banyak, kini beliau telah menjadi ibu susuan kepada dua orang bayi lelaki yang comel.
Kepada mommies semua jangan cepat berputus asa dan teruskan usaha anda. Breastfeeding is a journey, so treasure the moment. “bottles fill his stomach, but breastfeeding fills his soul”― diane wiessinger. Sumber
Anda berminat mencuba set triple m ini?
Klik sini untuk order.
Sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).
Klik sini untuk order.
Sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).
0 Pembaca Setia:
Catat Ulasan