17 Tip Pemakanan Persediaan Hamil

Amalan pemakanan sebelum hamil amat penting untuk dititikberatkan. Tidak kira sama ada isteri atau si suami. Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat! Sebelum itu, amat penting untuk anda dan suami memastikan makanan yang diambil saban hari adalah sihat. Hal ini kerana kesuburan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan sihat.

1. Perbaiki gaya makanan
  • ambil makanan kurang lemak tetapi banyak serat
  • amalkan memakan hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju setiap hari
  • kekurangan sumber nutrien dalam tubuh boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan anda sukar meramal hari subur
  • sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat
2. Ambil suplemen tambahan
  • pengambilan suplemen tambahan sangat disarankan
  • ini kerana, ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan
3. Makan asid folik
  • pengambilannya terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida
  • ia dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis
  • penting di ambil dalam tiga bulan pertama kehamilan
  • memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang untuk hamil
  • disarankan mengambil sekurang-kuranya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan
  • jika mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kecacatan saraf, anda dinasihatkan untuk mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi (rujuk kepada doktor untuk jumlah dos)
  • merupakan vitamin larut air, jadi tubuh akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan
  • jika memasak sayur-sayuran yang kaya dengan folat, anda perlu menggunakan hanya sedikit air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air
4. Dapatkan berat badan yang ideal
  • mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambahkan sedikit berat badan jika anda terlalu kurus
  • perlu dilakukan agar kandungan anda tidak bermasalah
  • golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan
  • jika terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang
  • bagi yang bersaiz besar, mulakan rutin senaman secara teratur dan cuba kurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu
  • namun anda perlu ingat, penurunan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan ovulasi tidak berlaku
5. Hindari tabiat buruk
  • tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan nasihat doktor
  • kurangkan pengambilan minuman berkafein
  • jauhi daripada perokok atau rokok, kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak
Pemakanan Isteri
Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan.

1. Asid Folik
boleh diperolehi daripada sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam

2. Zat Besi dan Protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi. 
manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya daripada makanan tenusu, telur dan soya

3. Makanan lain
Antara jenis makanan yang dipercayai mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah tauge, kacang dal dan kacang botol

Diet Suami

1. Zink
  • Diet suami makanan mengandungi zink. fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat
  • zink dapat membantu meningkat paras testosteron dan jumlah semen lelaki
  • jumlah keperluan harian adalah 11mg
  • makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram
  • selain itu, terdapat juga vitamin yang mengandungi zink, antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate
  • Jika suami mengambil suplemen zink, elakkan memakannya serentak bersama kalsium atau susu, kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh
2. Betik
  • ia mengandungi vitamin C, baik untuk meningkatkan kualiti sperma
  • baik untuk mengamalkan vitamin C bagi pengeluaran sperma yang sihat
  • nutrien asid folik, kalsium dan vitamin D baik untuk meningkatkan penghasilan sperma
3. Kopi 
  • dipercayai dapat meningkatkan keaktifan sperma
  • namun jangan diambil secara berlebihan
Perlu dielakkan

1. Kafein
  • menurut kajian Amerika, pengambilan kafein lebih daripada 3 cawan kopi akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi
2. Alkohol
  • elakkan mengambil alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil
  • di pihak suami, mengambilnya berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron
  • untuk jangka masa panjang, buah zakar boleh menjadi lemah
3. Rokok
  • kajian Finland, mendapati 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul
  • malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlaku ejakulasi
  • si perokok perlu berhenti untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil
4. Ikan mengandungi merkuri
  • terdapat beberapa jenis ikan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi seperti jerung, todak dan makerel
  • merkuri boleh berkumpul di dalam tubuh dan boleh memudaratkan bayi yang bakal dikandung
  • amalkan makan ikan rendah kalori seperti salmon dan tuna
5. Makanan tertentu
  • daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai)
  • sushi mentah
  • produk tenusu tidak dipasteur
  • berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis
  • jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pramatang
  • pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul bagi mengelakkan listeriosis
Sumber Pa & Ma, Januari 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan