8 Tip Didik Anak Makan Secara Sihat


Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk makan dengan sihat. Walaubagaimanapun, tidak mustahil ada antara anda kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan makan secara sihat itu. Ada lapan panduan untuk anda menggalakkan anak-anak makan dengan betul sekaligus dapat mengekalkan berat badan  ideal untuk mereka.

1) Anda yang menetapkan apakah makanan yang akan dibeli dan dihidangkan kepada anak anda nanti. Walaupun mereka pasti memilih makanan yang kurang nutrisinya, anda sebagai orang dewasa bertanggungjawab apabila membuat keputusan makanan apakah yang perlu ada di rumah anda. Anak-anak anda akan makan apa sahaja yang tersimpan di dalam peti sejuk dan almari simpanan apabila mereka lapar.

2) Berikan kebebasan untuk anak anda memilih makanan yang dihidangkan untuk mereka. Tetapi harus diingatkan pilihan makanan adalah berdasarkan makanan yang anda tetapkan. Buatkan jadual untuk hidangan biasa dan juga waktu makan snek. Biarkan mereka pilih apa yang mereka suka dan berapa banyak yang mereka mahu makan.

3) Biarkan anak-anak anda berhenti makan apabila mereka sudah berasa kenyang. Berikan hidangan yang kecil dahulu kepada mereka supaya mereka makan tidak terlalu banyak.

4) Anak anda akan mula makan sejak dari kecil, oleh itu berikan pelbagai pilihan untuk mereka. Anda mungkin perlu hidangkan makanan baru beberapa kali untuk acara yang berbeza kepada si kecil untuk dia belajar menerimanya. Jangan paksa mereka untuk makan, tetapi berikan beberapa gigitan supaya mereka dapat merasa sendiri keenakan makanan tersebut. Yang penting jangan putus asa, lema kelamaan anak anda pasti akan suka.

5) Kira jumlah kalori minuman anak anda. Air bergas dan lain-lain minuman bergula akan menambah pengambilan kalori mereka. Apa yang terbaik untuk mereka adalah air dan juga susu. Jika anda ingin berikan jus, pastikan ia adalah 100 peratus jus, tetapi kanak-kanak tidak memerlukan terlalu banyak jus,cukup antara empat hingga enam auns setiap hari bagi si kecil yang ke tadika.

6) Sesekali berikan mereka makanan manis seperti kek cawan memang tak salah, asalkan jangan jadikan rutin dan pencuci mulut setelah hidangan utama. Percayalah jika mereka ada pilihan, anak-anak anda pasti memilih untuk memakan kek cawan daripada hidangan utama.

7) Jadilah contoh yang baik untuk anak-anak anda. Makan secara sihat adalah bermula daripada anda sendiri. Cubalah mengajar mereka cara makan yang baik. Pilih snek yang berkhasiat, makan di meja dan jangan lupa untuk makan pada waktu yang ditetapkan.

8) Hadkan masa menonton televisyen anak-anak anda. Apabila mereka menonton tanpa had, kanak-kanak akan cenderung untuk makan sambil menonton. Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang dihadkan waktu menontonnya dapat mengurangkan peratus lemak dalam badan mereka. Apabila mereka tidak menonton, anda dan si kecil boleh membuat aktiviti yang lebih menyihatkan. Lebih sihat dan menyeronokkan selain dapat meluangkan masa bersama.

Sumber: Pa& Ma, Januari 2013

1 ulasan:

  1. share juga yaa... :) sekilas info, situs yang Menjual Berbagai Macam Obat Herbal Super Ampuh Untuk mengobati penyakit Sipilis, Kutil kelamin, kencing nanah, Gonore, Kanker serviks, keputihan, Herpes dan penyakit lainnya http://caramengobatipenyakitkelamin.com/

    BalasPadam