Akhir-akhir ini ramai yang bertanya pada saya, bolehkah hanya Alfafa shaklee diambil untuk membanyakkan susu? Alhamdulillah, ini bermaksud, semakin ramai yang sedar, berminat & berinisiatif untuk memberikan susuibu untuk bayi mereka. Jadi, apa jawapannya? cukupkah hanya ALFALFA? Untuk menjawab persoalan ini, ibu-ibu boleh membaca artikel di bawah, yang saya dapatkan daripada blog Kak N.

Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?
milk booster

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. 

NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.
Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.

Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.

Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)

Lagi tentang alfafa? Klik di sini
Tahukah anda selain daripada melakukan senaman untuk membakar lemak, faktor pemakanan juga mampu menyumbang kepada penurunan berat badan. Berikut terdapat lima senarai makanan yang boleh membantu anda membakar lemak dan seterusnya menjadikan anda kelihatan enam tahun lebih muda dari usia sebenar.

1) Ikan salmon 

omega 3

Menurut kajian dalam British Journal of Nutrition, kandungan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan ini mampu menurunkan berat badan dengan membantu membakar lebih kalori. Cubalah untuk menikmati ikan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Selain itu, untuk mendapatkan hasil yang lebih memberangsangkan anda boleh menggabungkannya dengan aktiviti senaman.

2) Telur
telur

Menurut Jurnal American College of Nutrition, mereka yang mengambil telur sebagai sarapan pagi akan merasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama berbanding mereka yang memilih sarapan berunsurkan karbohidrat. Untuk itu, golongan ini akan cenderung untuk mengambil makanan yang sedikit dengan kalori yang kurang pada waktu makan tengah hari. Selain itu, separuh daripada kandungan protein telur sebenarnya terdapat dalam kuning telur.

3) Daging merah tanpa lemak

daging merah tanpa lemak

Merupakan sumber utama asid lemak omega 3 yang kebiasaannya rendah dalam kebanyakan diet. Sementara itu, protein yang terdapat dalam daging merah tanpa lemak mudah dicerna serta mempunyai rasa kekenyangan yang lebih tinggi berbanding daripada karbohidrat atau lemak. Faktor ini memudahkan anda untuk terus patuh kepada diet kerana ia menjadikan anda kurang untuk makan, mengelak daripada menikmati snek dan sebagainya.

4) Kacang almond

kekacang

Menurut kajian yang dijalankan  oleh International Journal of Obesity, menikmati segenggam almond sehari mampu membakar sebanyak 18 peratus lemak berbanding mereka yang hanya mengurangkan menu harian. Antara kacang lain yang turut menyumbang kepada penurunan berat badan adalah kacang brazil, buah berangan, hazelnut, walnut serta kacang tanah.

5) Epal
epal

Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kandungan serat yang tinggi iaitu sebanyak lima gram untuk setiap biji yang berukuran sederhana besar. Serat bermanfaat untuk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan selain mengurangkan masalah sembelit yang kerap dialami oleh mereka yang sedang berdiet. Antara buah-buahan lain yang baik untuk diet anda adalah pisang, blackcurrant, beri hitam, beri biru, anggur, raspberi, pear, buah delima, mangga dan sebagainya.
Sumber: Harmoni 15 Mei 2013
Air! Kita semua perlukan air, begitu juga dengan kanak-kanak. Pentingnya air sehingga 70 peratus daripada badan kita mengandungi air. Tanpa air, darah tidak dapat mengalir, nutrien-nutrien penting dan oksigen tidak dapat disebarkan. Dan tanpa air sisa kumuhan akan terkumpul dan tepu di dalam badan. Akibatnya badan akan bertoksin dan tubuh pula menjadi tidak sihat dan mudah terdedah dengan pelbagai serangan penyakit.

latih anak minum air

1) Cara terbaik untuk didik si kecil menyukai air kosong adalah dengan tidak menyediakan sama sekali minuman manis di rumah . Berbincang dengan anak-anak anda tentang kepentingan air sebagai sebahagian daripada diet mereka, dan tidak menerima minuman ringan sebagai pengganti.

2) Pastikan rumah anda mempunyai bekalan air mineral berbotol yang banyak. Deretan botol mineral bersaiz kecil bukan sahaja mudah diminum, malah mudah dicapai si kecil untuk dibawa ke mana sahaja. Anda juga boleh mengisi botol-botol yang telah kosong dengan air yang dimasak sendiri.

3) Jadi contoh! Adakah anak-anak anda melihat anda minum air? Jangan mengharapkan anak anda minum air jika anda tidak!. Kanak-kanak mempunyai potensi yang tinggi untuk meniru sebarang tingkah laku, samada baik atau buruk.

4) Adakah anak-anak anda mempunyai botol air mereka sendiri? Cawan mereka sendiri? Adakah mereka tahu bagaimana untuk mendapatkan minuman sendiri? Ini boleh diajar pada usia yang sangat muda. Percayalah, kanak-kanak suka melakukannya sendiri.

Pikat si kecil dengan pelbagai pilihan air buah-buahan yang bukan sahaja kelihatan menarik, malah lazat dan menyihatkan. Apa yang penting, tunjukkan kepada mereka campuran air kosong dan buah-buahan adalah minuman sampingan yang terbaik berbanding minuman  kordial yang mempunyai pewarna dan gula yang tinggi.
Sumber: Harmoni 15 Mei 2013
seks
Banyak pasangan menolak untuk mengadakan hubungan intim saat isteri hamil. Pelbagai alsan diberikan untuk tidak melakukan hubungan seksual. Sedangkan seks saat hamil memiliki banyak manfaat yang sangat penting bagi pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa.

Biarpun gaya atau posisi bercinta perlu diubah agar tidak memberikan impak negatif kepada bayi dalam kandungan namun hubungan intim sangat digalakkan saat hamil. Malah pakar perbidanan mengakui bahawa bercinta pada tiga bulan terakhir kehamilan amat baik untuk kesihatan mental dan hubungan suami isteri. Mengapa?

1) Penghasilan hormon oksitoksin
Dr. Paul Jenner dari Universiti Leicester, United Kingdom, menyatakan pasangan suami isteri memmerlukan banyak hormon oksitoksin saat menanti kelahiran cahaya mata. Dikenali sebagai hormon kasih sayang, oksitoksin dipercayai mampu mengikat pasangan suami isteri untuk lebih memahami dan menyayangi antara satu sama lain. Disebabkan itu, suami isteri dinasihatkan untuk melakukan hubungan intim seperti sedia kala kerana oksitoksin dapat dihasilkan dan dilepaskan melalui hubungan seksual.

2) Hilangkan stres
Seks semasa hamil berupaya menghilangkan sters yang dialami  sepanjang kehamilan. Tekanan demi tekanan yang dialami  saat hamil akibat perubahan hormon dan struktur tubuh dapat dikurangkan melalui hubungan intim. Orgasma yang kecap akan menghasilkan oksitoksin yang mengeluarkan endorfin. Kehadiran endorfin inilah yang membuatkan para isteri berasa tenang dan bahagia selain mampu meredakan kesakitan yang dialami terutama di bulan-bulan terakhir kehamilan. Pelukan dan belaian yang diterima saat saat berhubungan pula dapat menghentikan rasa penolakan di antara suami isteri, membuatkan saling menjaga dan mencintai sekaligus mengusir segala perasaan tidak enak yang dialami.

3) Lebih variasi
Selain dapat  meningkatkan ikatan di antara suami isteri, seks semasa hamil akan memberikan anda lebih variasi dalam bercinta. Ini kerana kebanyakan posisi dan gaya biasa perlu diubah agar tidak memberikan tekanan atau menganggu perkembangan janin selain keadaan perut yang semakin membesar. Dr. pepper Schwartz, professor sosiologi di University of Washington, amerika syarikat menyatakan posisi spooning antara posisi baru yang boleh dicuba oleh pasangan suami isteri.

4) Kenikmatan berbeza
Kehamilan akan meningkatkan aliran darah ke kawasan kemaluan. Keadaan itu mebuatkan organ intim menjadi lebih  sensitif sehingga peluang untuk mencapai orgasma menjadi sangat penting. Dr. Claire Jones, pakar kandungan dan perbidanan di Mount Sinai Hospital, Kanada menjelaskan bahawa vagina akan mengeluarkan lebih banyak cairan kerana peningkatan kadar hormon estrogen saat  hamil. Malah payu dara juga menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan dan rangsangan sehingga hubungan seksual semasa hamil menjadi lebih nikmat berbanding sebelum kehamilan.

BOLEHKAH SEKS MEMBAHAYAKAN BAYI?

Kajian perubatan telah mengesahkan bahawa hubungan seks saat hamil tidak akan menyebabkan masalah kesihatan atau kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang.

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami mengambil posisi atas. Penyumbat mukus tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga membantu melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks itu terjadi kerana jantung anda mengepam kuat bukan kerana bayi mengalami kesakitan.

Meskipun hubungan intim saat hamil amat penting, namun dalam keadaan tertentu persetubuhan tidak digalakkan. Terutama apabila si ibu mengalami pendarahan, sakit atau kekejangan abdomen, serviks yang lemah, pecah ketuban dan plasenta previa.

Wanita juga dinasihatkan untuk menghindari seks jika suami menghidap herpes genital bagi mengelakkan risiko jangkitan herpes genital terhadap bayi dalam kandungan.

Sumber: Harmoni 15 Mei 2013
Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama (tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun. Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.

Bayi baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu mudah hadam. Oleh itu bayi mudah lapar dan kerap ingin menyusu.

penyusuan eksklusif

Kuantiti kolustrum memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Dia hanya memerlukan 5-10 ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

Semakin kerap payu dara dikosongkan, semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi, kuantiti susu ibu akan bertambah mengikut kekerapan pengosongan payu dara.

Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payu dara dikosongkan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam samada dengan menyusukan bayi atau memerah payu dara apabila berjauhan dengannya.

Bayi berupaya untuk hidup, satu hingga dua hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya.

Anda digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi ketika ini dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu ibu.

Selain daripada hormon prolaktin dan oksitosin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh, kelenjar pituitari akan merembesakan hormon FIL sebagai petunjuk untuk memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti.

Anda perlu berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting. Pencucian yang hanya menggunakan air suam adalah lebih baik.

Ketika mengepam, bayi mahu menyusu. Utamakan dia. Hisapan bayi adalah rangsangan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak susu. Biarkan dia menyusu sepuasnya. Selesai menyusukannya, anda boleh kembali mengepam bagi memastikan payudara dapat dikosongkan dengan sebaik-baiknya.

Jika bayi cuma gemar menyusu di sebelah payudara, pam sebelah lagi payudara. Hal ini bagi memastikan bahagian berkenaan mendapatkan rangsangan yang sama berterusan menghasilkan susu.

Jika stok sedikit, amalkan power pumping setiap hari. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya, anda perlu mengepam 10 minit-rehat 10 minit- pam 10 minit- rehat 10 minit dan pam 10 minit dalam tempoh masa sejam.

Air adalah komponen utama susu ibu. Jadi anda perlu minum air minimum tiga hingga empat liter sehari. Sebaik-baiknya air kosong.

air masak

Amalkan zikir Ya Matin, 70 kali setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu. Waktu yang paling bagus ialah pada waktu malam dan Subuh. Boleh juga bacakan zikir itu dan hembus ke dalam segelas air sebelum diminum.
ya matin

Sebelum tamat tempoh cuti bersalin, anda perlu mengajar bayi menyusu susu ibu menggunakan kaedah alternatif selepas usianya 50 hari. Anda tidak boleh menyusukannya sendiri tetapi minta bantuan orang lain seperti ayah atau nenek kepada bayi melakukannya.

Sumber: Pa& Ma, Jun 2013

Rebutlah peluang menjana pendapatan dengan Shaklee
Memang diakui kehidupan di bandar besar terutama di KL Megapolitan ini sangat mencabar. Semuanya kena ada duit. Nak masuk toilet pon kena bayar duit. Kos hidup di sini memang besar walaupun keluarga belum lagi sebesar mana. Betul tak?

Kalau setakat seisi keluarga di bandar besar ini berpendapatan 5 ribu ke 6 ribu tu memang sekadar cukup makan sahaja. Nak kata selesa pun tak jugak. Nak kata susah pun tak jugak. Dapat gaji je habis membayar segala keperluan yang wajib dibayar setiap bulan. Nak simpan duit pon tak boleh. Itu pon nasib baik kalau takda berlakunya kecemasan seperti anak sakit demam, kereta rosak atau ada hal mustahak di kampung. Memang kadang-kadang tu stress menikam jiwa dibuatnya. Bak kata orang duit tu cukup cukup makan je.

Satu usaha perlu dibuat. Tindakan segera perlu dilaksanakan untuk menjana pendapatan keluarga. Saya mula terfikir untuk cari side income setelah anak kedua saya Amsyar Shafie dilahirkan. Kos kehidupan semakin hari meninggi. Tapi kualiti kehidupan tak juga semakin meninggi. Alhamdulillah saya telah ditemukan dengan Shaklee. Itupun secara kebetulan kerana saya memang mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil, berpantang dan menyusu. Dalam kepayahan survive di bandar besar ini, Allah telah membuka jalan kepada saya. Yang pasti kita kena selalu berdoa kepadaNYA dan berusaha untuk memajukan diri.

Mesti nak tahukan kenapa saya pilih Shaklee? Kenapa saya sangat mencintai bisnes Shaklee ini? Nak tahu bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee? Jemput baca entri ini sampai habis ^_^

Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!
Saya seorang pemalu dan saya tidak ada pengalaman berniaga pun. Saya tak pandai nak terangkan produk. Saya tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang saya jual. Tapi di Shaklee dalam group Euphoria saya hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja iaitu menaip di laptop atau pun di smartphone! Saya percaya anda juga mampu melakukannya.

Memberikan saya masa kerja yang fleksibel


Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada rumah sambil-sambil menjaga anak dan suami, maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet kita tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin kita cuma perlukan 1 jam untuk update blog dan facebook, 1 jam untuk membalas emel, 30 minit untuk merangka pelan bisnes anda, 1 jam berurusan dengan pos laju dan 30 minit cod vitamin. Lagi 20 jam adalah kepunyaan suami dan anak-anak kita! Best tak?

Tidak perlu menyimpan stok
Kenapa? Tak percaya ke? Cara menjual barang di Shaklee senang sahaja. Cuma perlu rasai dan kongsi pengalaman anda. Apabila mendapat pesanan dari pelanggan saya cuma perlu emel kepada Shaklee dan biarkan mereka yang packing dan poskan untuk pelanggan saya. Mudahkan? Kalau anda sedang bercuti-cuti di oversea pun anda masih boleh membuat perniagaan anda ini! Boleh juga simpan stok sedikit untuk cod atau pun nak pos sendiri.

Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya
Shaklee memang MLM. Group Euphoria telah mencetuskan revolusi MLM. Cara konvesional MLM yang lapuk sudah dipinggirkan. Semuanya berasaskan online. Anda juga akan diserap ke group online untuk mendapatkan tips dan coaching dari leader. Shaklee bukan skim cepat kaya atau pun MLM yang hanya menjaja marketing plan sahaja. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Kalau anda menyertai saya pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan saya, maka anda akan mendapat bonus LEBIH daripada saya. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada saya, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada saya. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes 'siapa banyak kaki dia banyak duit' tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil 'siapa paling rajin dia banyak duit'.

Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!
Istimewanya Shaklee adalah kerana kekuatan produknya. Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk kita kena pastikan produk itu berkualiti dan selamat. Produk yang berkualiti akan meraih kepercayaan daripada pengguna. Kepercayaanlah yang akan membina nama kita dalam dunia perniagaan dan akan berlakunya pembelian berulang. Kita juga berasa puas dan seronok apabila dapat menggembirakan orang lain dengan produk yang berkualiti dan selamat.

Jaringan Euphoria memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya
Saya diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang suri rumah.



Bermula dengan modal serendah RM65 ataupun tanpa modal langsung
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee. 

Caranya senang sahaja. 
  • Hubungi saya untuk menyertai keluarga Shaklee OLINE SHOP di bawah naungan group Euphoria
  • Saya akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda.
  • Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 (Sila tambah RM10 untuk kos pengeposan)
  • Atau pun membeli produk Shaklee bernilai RM660 dan anda mendapat keahlian secara percuma
Banyak lagi sebenarnya cerita best mengenai bisness Shaklee ni. Sengaja saya simpan sedikit cerita best ini walaupun saya mampu untuk menceritakan kesemuanya. Nak tahu lagi kenalah join bisness ini. Lakukan anjakan paradigma terhadap diri anda. Titik tolaknya bermula selepas anda membaca entri ini. Jom menjana pendapatan dengan Shaklee. Sumber

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran keahlian Shaklee boleh hubungi saya di:
SMS/CALL/WHATSAPP: 013 4774 285
Sumber makanan harian protein boleh diperolehi daripada ayam, kekacang, daging, ikan dan banyak lagi. Namun, protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.

Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang tinggal dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil dari masakan kita tadi. Memperkenalkan protein soya Shaklee iaitu ESP.
kesan kekurangan protein
Protein adalah asas kehidupan sel-sel tubuh kita. 25% daripada tubuh kita terdiri daripada protein - kuku, rambut, kulit dan otot. Oleh itu, secara tidak langsung, protein juga adalah 'makanan' kepada sel-sel tubuh kita. Tubuh kita memerlukan protein yang cukup dan juga berkualiti demi membantu untuk memperbaiki sel-sel yang rosak, mengganti sel-sel yang lama dan membina sel-sel baru yang sihat. Sel-sel tubuh yang sihat pula penting demi membantu penyerapan optimum nutrien ke dalam tubuh kita.


Risiko Kekurangan Protein
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP

  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Faedah Minum ESP Untuk Anda

  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut)
  • Ibu yang menyusukan: menambah dan mengekalkan milk supply; increase berat badan bayi secara sihat. ESP juga membantu menganjalkan payudara terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang  telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.
Bagaimana Cara Bancuhan ESP yang Betul?
Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air kosong atau air kegemaran anda seperti air milo, horlicks, twister dan sebagainya. Pastikan TIDAK dibancuh dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.

Namun diingatkan, ESP tidak boleh diambil lebih daripada 3 sudu besar sehari. Ini kerana protein akan membebankan buah pinggang anda untuk memproses sumber makanan tersebut. 

Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 


Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.

Salam semua. Hari ni saya nak berkongsi mengenai HOT suplemen daripada Shaklee iaitu ESP. ESP memang terbaik! Jujur saya katakan saya sendiri masa first time ambik ESP setahun lepas terus jatuh cinta sebab efek dan kesan positif yang saya dapat daripada ESP ni. Masa tu, kesan pengambilan ESP yang saya nampak :
  • Susu badan pekat & nampak lemak berkrim
  • Amjad menyusu kejap je.. tapi tidur lena
Apa itu ESP?
ESP ialah protein. Kenapa protein penting bagi tubuh badan kita? Sebabnya, Protein adalah makanan terpenting tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang,kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma,entibodi, enzim, hormon,hemoglobin dan sel-sel.

Manakala sel-sel di dalam tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau rosak dengan tisu-tisu yang baru.
Apa yang best tentang ESP Shaklee?
1) Sumber "protein lengkap"dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
2) Berasaskan tumbuhan (non GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
3) Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.
4) Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon yang sempurna.
5) Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah
6) Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1gm dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
7) Paling penting ia tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis dan pengawet tiruan.
8) Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
9) Rasa 'plain' yg sangat istimewa.

Kelebihan ESP?
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Menganjalkan kulit  dan meganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Memberi rasa kenyang yang lebih lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan
  • Mengawal paras kolesterol
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik
Kesimpulannya:
ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama untuk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.

Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda. Kenapa perlu pilih ESP Shaklee?
Sebab ESP dijamin bersih dan selamat kerana ia non-GMO, diproses dengan air (bukannya dengan alkohol) untuk mengekalkan kualitinya.

Bonusnya kulit gebu, cantik berseri dan lebih anjal daripada biasa!  

Testimoni ESP: (Klik imej untuk lebih jelas)

breast anjal

esp sedap

kulit cantik

Siapa yang belum cuba ESP, cuba-cubalah! Saya jamin anda pasti jatuh hati nanti!

Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.

Kelahiran seharusnya bermula dengan situasi yang menyenangkan dan bukannya menyakitkan. Untuk itu, anda perlu sentiasa tenang, yakin dan bebaskan diri daripada segala ketakutan.

gentle birth

Hal ini kerana ketakutan melampau menyebabkan tubuh mengalami ketegangan sekaligus meghalang keupayaan anda untuk melahirkan bayi secara normal. Secara tidak disedari, ia menjadi punca proses kelahiran yang panjang dan penuh kesakitan. Ketakutan hanya akan menyebabkan anda semakin tertekan. Malah, ia merupakan punca utama kesakitan yang biasa dialami oleh wanita ketika dalam proses bersalin.

Apabila anda takut, tubuh menegang dan mengatur minda untuk "berlawan". Hal ini kerana tubuh sering kali mengutamakan organ pertahanan dan mengalirkan darah serta oksigen daripada organ pertahanan yang tidak penting seperti rahim. Oleh sebab itulah, secara tidak langsung, ia akan menyebabkan otot-otot kelahiran tidak mampu berfungsi secara normal sehingga menjurus kepada kesakitan dan ketidakselesaan yang lebih teruk.

Jadi, cuba untuk kekal bertenang sepanjang masa. Minum jika dahaga, makan apabila lapar dan tidur jika mengantuk. Buatlah apa sahaja yang boleh membuatkan anda tenang dan gembira. Ketahuilah, pernafasan menggunakan abdomen dalaman membolehkan anda kekal relaks, tenang dan selesa. teknik pernafasan yang sama direka bagi menggalakkkan pembukaan serviks. Dengan itu, tempoh proses kelahiran dapat dipendekkan. Malah, anda tidak perlu bersusah payah meneran secara paksa kerana bayi akan meluncur keluar dengan mudah sebaik tiba masanya.

Kebanyakan wanita yang mengamalkan hypnobirthing tidak memerlukan bantuan ubat penahan sakit atau bius kerana proses kelahiran yang dilalui adalah terkawal. Anda juga tidak perlu berhadapan dengan sebarang kesan sampingan akibat penggunaan ubat penahan sakit yang mengandungi dadah. Sudah pasti, anda tidak akan mempunyai masalah untuk menjalinkan hubungan dan menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran. Semuanya hasil daripada ketenangan dan keyakinan diri.

Kelebihan hypnobirthing
1) Teknik pernafasan hypnobirthing membuatkan anda tenang sekaligus mengelakkan sindrom Takut-Tegang-Sakit, sebelum semasa dan selepas kelahiran.

2) Mengurangkan penggunaan ubat penahan sakit. Malah, dalam kebanyakan kes, ia langsung tidak diperlukan.

3) Memendekkan fasa pertama proses bersalin.

4) Mengelakkan rasa letih sepanjang proses bersalin. Anda akan sentiasa segar, tidak mengantuk dan kekal bertenaga apabila tiba waktu bayi dikeluarkan.

5) Mengurangkan risiko masalah pernafasan agar anda mampu mengekalkan bekalan oksigen berpanjangan kepada bayi.

6) Mengurangkan keperluan episiotomi.

7) Membantu proses pemulihan di dalam masa yang singkat.

INFO: Mengira  kontraksi boleh membuatkan anda menjadi cemas. Seterusnya menghalang hormon oksitosin untuk sentiasa berada dalam tubuh.
Sumber: Pa & Ma, Jun 2013

Boleh join group The Gentle Birthing Group Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kelahiran alami.
Perasaan yang mengalir dalam diri kala melihat bayi disusukan secara langsung daripada payudara adakala sukar digambarkan dengan kata-kata. Sambil menyusu, hati si ibu sanagat bahagia melihat keletah si kecil. Bukaan mulutnya, jari jemarinya yang kecil meraba-raba badan ibunya malah ada yang masuk ke mulut ibu, mengusap-usap pipi ibu. Ahhh...indahnya! Namun malangnya, tidak semua ibu berpeluang menikmati saat ini kerana ada yang terpaksa meghentikan penyusuan susu ibu. Kenapa? Jom ikuti kupasan isu ini.

sebab ibu tidak menyusu

Kurang ilmu penyusuan
Ramai ibu berpendapat penyusuan itu benar-benar semulajadi di mana susu akan keluar apabila bayi dilahirkan. Jadi, ibu tidak akan menghadapi apa-apa masalah dan seterusnya berjaya menyusukan sehingga anak berusia dua tahun.

Hakikatnya, penyusuan susu ibu perlu dipelajari! Ketahui bagaimana tercetusnya susu, dari mana ia dihasilkan, apakah pengaruh dalaman atau luaran terhadap pengeluarannya dan lain-lain. Susu ibu sememangnya ada. Namun, jika ia diambil mudah, dikhuatiri anda akan melatah. Anak menangis, disangka susu berkurangan. Apabila anak tidak boleh tidur, anda beranggapan susu tidak cukup.

Kekurangan sokongan
Bagi anda yang baru melahirkan, pasti perlu menjalani rawatan selepas bersalin. Jadi, keadaan tersebut membatasi beberapa perkara. Kadang kala emosi anda menjadi tidak stabil akibat tertekan dengan masalah tertentu. Beringatlah! anda dan bayi perlu mempunyai ruang yang luas dalam usaha saling memahami.

Di sini, sokongan insan ketiga terutamanya suami, amat diperlukan. Oleh sebab itulah, komunikasi di antara anda, suami mahupun ahli keluarga yang lain penting untuk mewujudkan pemahaman yang selari dalam proses penyusuan si manja.

Penat dan stress
Anda dan bayi mengambil masa untuk saling memahami. Belajar tentang apa yang dia mahu dan perlu. Ada kalanya anda berasa penat semasa menyusukan dan tertekan apabila penyusuan memakan masa yang panjang. Situasi bekerja yang memerlukan tumpuan menjadikan anda sibuk. Apabila penat, anda rasa sukar untuk meneruskan penyusuan.

Khuatir anak tidak cukup susu
Apabila bayi menangis, sering kali ia dikaitkan dengan "tidak cukup susu". Ditambah pula dengan orang sekeliling yang turut mengiakan tanggapan itu. Risau bayi terhidrat dan tidak sanggup mendengar tangisannya membuatkan anda memberikannya susu formula.

Hamil
Penyusuan semasa hamil sering dikaitkan dengan keguguran hingga membuatkan ibu hamil risau keselamatan kandungannya. Apatah lagi, pengecutan rahim yang dialami membuatkan ibu khuatir ia boleh memudaratkan kandungan.
Sumber: Pa & MA, Jun 2013
Kitaran haid tidak normal sering menganggu segelintir para ibu selepas bersalin. Ini biasanya dialami beberapa bulan pertama selepas proses kelahiran. Haid ialah darah alami yang keluar dari perempuan yang sihat. Ia adalah tanda seseorang wanita itu sihat dan normal dan menunjukkan bahawa seseorang wanita itu subur dan sudah bersedia untuk hamil.

period cycle tidak teratur

Namun, wanita yang mengalami kitaran haid tidak normal selepas bersalin, ia menjadi igauan kerana jika tidak berhati-hati mungkin berlaku 'ter accident' hamil semasa bayi masih kecil. Ini kerana apabila kitaran haid normal iaitu tetap dan teratur, mudah untuk anda merancang keluarga secara semula jadi. Dengan ini, anda boleh menjangka waktu  subur dan berhati-hati semasa melakukan hubungan intim bersama suami.

Haid tidak normal berlaku selepas melahirkan antaranya disebabkan penyusuan susu ibu, berlebihan hormon prolaktin dan pengambilan pil perancang.

Penyusuan susu ibu
Apabila wanita itu melahirkan bayi, badan akan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai prolaktin. Hormon ini akan merangsang pengeluaran susu ibu dan pada masa yang sama menyekat pengeluaran jumlah hormon astrogen dalam badan yang memainkan peranan untuk kitaran haid anda.  Normal jika anda tidak mendapat haid semasa anda melakukan penyusuan susu ibu. Keadaan ini berlaku kerana badan ibu menghasilkan hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya haid. Gangguan kitaran haid berlaku kerana hormon prolaktin tinggi semasa penyusuan.

Dalam tempoh ini, ada juga ibu mendapat haid dalam tempoh yang  singkat, panjang dan haid yang banyak. Namun ia boleh dianggap normal jika berlaku dalam satu tempoh kitaran haid yang tidak lama. Tetapi tidak normal jika ia berlarutan dan  proses penyusuan sudah terhenti dan masih tidak mendapat haid sekurang-kurangnya dua atau tiga kali kitaran. Segera berjumpa pegawai perubatan untuk mendapat pemeriksaan lanjut. Malah dalam tempoh ini juga ada wanita yang melakukan penyusuan susu ibu tetap hamil! Jadi berhati-hatilah!

Penyusuan badan dikatakan mampu mengelakkan kehamilan dalam masa empat hingga enam bulan selepas kelahiran (jika penyusuan secra eksklusif). selepas tempoh ini, anda mungkin terdedah kepada kehamilan.

Berlebihan hormon prolaktin
Ada segelintir ibu mengalami haid tertunda, putaran haid lebih lama atau kurang serta tidak mengalami haid selepas melahirkan si manja sepanjang tahun. Malah ibu ini juga tidak menyusui bayi secara eksklusif. Kajian ada menunjukkan 10-30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yang terus menerus meskipun darah nifas sudah berhenti.

Gangguan hormon ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid. Situasi ini dikenali sebagai hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan tertundanya masa haid, situasi ini juga menyebabkan amenorrhea iaitu suatu keadaan apabila ibu tidak mengalami haid sepanjang tahun. Bahkan ada juga wanita yang mengalami masalah oligomenorrhea (putaran haid lebih lama daripada 35 hari), atau polymenorrhea (putaran haid kurang daripada 21 hari).

Pengambilan pil perancang
Ibu yang mengambil ubat pencegah hamil seperti pil, suntikan atau implan menggalakkan peningkatan hormon prolaktin.

Bagaimanapun perelu diingat , gangguan haid boleh  terjejas akibat pengambilan pil yang tidak mengikut peraturan betul. Perlu berjumpa doktor untuk memastikan pil yang betul. Namun, jika sepanjang tahun anda dapati haid masih belum ada, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lamjut. Lazimnya pegawai perubatan akan melakukan serangkai pemeriksaan seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsy rahim, pemeriksaan USG, histeroskopi dan lain-lain.

Setelah memperoleh diagnosis ke atas gangguan kitaran haid anda akan diberi suplemen zat besi dan ubat-ubatan untuk menstabilkan hormon anda supaya kitaran haid anda kembali normal.

INFO: Mazhab Shafie menetapkan bahawa tempoh haid yang paling pendek ialah sehari semalam. Kebiasaan haid ialah enam atau tujuh hari dan paling lama ialah 15 hari 15 malam. Waktu suci pula ialah sekurang-kurangnya 15 hari. Tempoh haid dikira daripada hari pertama haid keluar.
Credit: Pa & Ma, Jun 2013
Ramai customer yang beli set ni, rata-ratanya memberikan komen yang sangat positif. Jom kita tengok apa komen mereka. (Sila klik pada imej untuk lebih jelas.)






Rasa air yang sedap, harga yang berpatutan, mudah dibawa kemana-mana,filter yang berkesan...itu kata mereka. Anda bagaimana? Berminat untuk mencuba? Hubungi saya di salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.
MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

penuras air

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat.
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

* Semua penawar yang mahu digunakan perlu lakukan ujian pada kulit anak dahulu. Oleskan sedikit bahan yg mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST.. 

Asalnya adalah Wet Socks Remedy / Rawatan Stokin Basah Untuk Demam. 

Teknik hidroterapi ini boleh dilakukan di rumah dan boleh membantu mengurangkan demam, menurut University of Maryland Medical Center. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stokin basah pada kaki anda. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). 

Semasa tidur, badan anda akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stokin selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam anda.

Walaubagaimanapun, selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria, iaitu :

1. GARLIC SOCKS MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM


Letakkan bawang putih pada stokin anak. 

Cara untuk bayi atau anak kecil :
1. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang-lubang.

2. Ambil sehelai lagi stokin, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). 

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa
Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. 

3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 

Garlic enters your system and heads straight for the lungs. Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

*ONION SOCKS menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.
*Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.

2. LEMON SOCKS MERAWAT DEMAM


merawat demam

Cara merendam stokin dengan jus lemon.

1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.

2. Rendam stokin beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stokin basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stokin jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stokin yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stokin kering)

Cara hirisan lemon :

1. Hiris lemon nipis-nipis.

2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut dengan stokin.

3. Pakaikan stokin semalaman.

4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.

3. APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL MERAWAT DEMAM

acv

1. Ambil ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam.

2. Rendam stokin beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stokin basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stokin jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stokin yang kering pula (1 kain basah dengan ACV, lapis dengan 1 stokin kering)

*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.

Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?
Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

Kenapa di kaki?
Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)

Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .
egg yolk

JEL LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.
aloe vera
Credit