4 Alasan Seks Penting Saat Hamil

seks
Banyak pasangan menolak untuk mengadakan hubungan intim saat isteri hamil. Pelbagai alsan diberikan untuk tidak melakukan hubungan seksual. Sedangkan seks saat hamil memiliki banyak manfaat yang sangat penting bagi pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa.

Biarpun gaya atau posisi bercinta perlu diubah agar tidak memberikan impak negatif kepada bayi dalam kandungan namun hubungan intim sangat digalakkan saat hamil. Malah pakar perbidanan mengakui bahawa bercinta pada tiga bulan terakhir kehamilan amat baik untuk kesihatan mental dan hubungan suami isteri. Mengapa?

1) Penghasilan hormon oksitoksin
Dr. Paul Jenner dari Universiti Leicester, United Kingdom, menyatakan pasangan suami isteri memmerlukan banyak hormon oksitoksin saat menanti kelahiran cahaya mata. Dikenali sebagai hormon kasih sayang, oksitoksin dipercayai mampu mengikat pasangan suami isteri untuk lebih memahami dan menyayangi antara satu sama lain. Disebabkan itu, suami isteri dinasihatkan untuk melakukan hubungan intim seperti sedia kala kerana oksitoksin dapat dihasilkan dan dilepaskan melalui hubungan seksual.

2) Hilangkan stres
Seks semasa hamil berupaya menghilangkan sters yang dialami  sepanjang kehamilan. Tekanan demi tekanan yang dialami  saat hamil akibat perubahan hormon dan struktur tubuh dapat dikurangkan melalui hubungan intim. Orgasma yang kecap akan menghasilkan oksitoksin yang mengeluarkan endorfin. Kehadiran endorfin inilah yang membuatkan para isteri berasa tenang dan bahagia selain mampu meredakan kesakitan yang dialami terutama di bulan-bulan terakhir kehamilan. Pelukan dan belaian yang diterima saat saat berhubungan pula dapat menghentikan rasa penolakan di antara suami isteri, membuatkan saling menjaga dan mencintai sekaligus mengusir segala perasaan tidak enak yang dialami.

3) Lebih variasi
Selain dapat  meningkatkan ikatan di antara suami isteri, seks semasa hamil akan memberikan anda lebih variasi dalam bercinta. Ini kerana kebanyakan posisi dan gaya biasa perlu diubah agar tidak memberikan tekanan atau menganggu perkembangan janin selain keadaan perut yang semakin membesar. Dr. pepper Schwartz, professor sosiologi di University of Washington, amerika syarikat menyatakan posisi spooning antara posisi baru yang boleh dicuba oleh pasangan suami isteri.

4) Kenikmatan berbeza
Kehamilan akan meningkatkan aliran darah ke kawasan kemaluan. Keadaan itu mebuatkan organ intim menjadi lebih  sensitif sehingga peluang untuk mencapai orgasma menjadi sangat penting. Dr. Claire Jones, pakar kandungan dan perbidanan di Mount Sinai Hospital, Kanada menjelaskan bahawa vagina akan mengeluarkan lebih banyak cairan kerana peningkatan kadar hormon estrogen saat  hamil. Malah payu dara juga menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan dan rangsangan sehingga hubungan seksual semasa hamil menjadi lebih nikmat berbanding sebelum kehamilan.

BOLEHKAH SEKS MEMBAHAYAKAN BAYI?

Kajian perubatan telah mengesahkan bahawa hubungan seks saat hamil tidak akan menyebabkan masalah kesihatan atau kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang.

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami mengambil posisi atas. Penyumbat mukus tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga membantu melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks itu terjadi kerana jantung anda mengepam kuat bukan kerana bayi mengalami kesakitan.

Meskipun hubungan intim saat hamil amat penting, namun dalam keadaan tertentu persetubuhan tidak digalakkan. Terutama apabila si ibu mengalami pendarahan, sakit atau kekejangan abdomen, serviks yang lemah, pecah ketuban dan plasenta previa.

Wanita juga dinasihatkan untuk menghindari seks jika suami menghidap herpes genital bagi mengelakkan risiko jangkitan herpes genital terhadap bayi dalam kandungan.

Sumber: Harmoni 15 Mei 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan