5 Sebab Ibu Tidak Menyusu

Perasaan yang mengalir dalam diri kala melihat bayi disusukan secara langsung daripada payudara adakala sukar digambarkan dengan kata-kata. Sambil menyusu, hati si ibu sanagat bahagia melihat keletah si kecil. Bukaan mulutnya, jari jemarinya yang kecil meraba-raba badan ibunya malah ada yang masuk ke mulut ibu, mengusap-usap pipi ibu. Ahhh...indahnya! Namun malangnya, tidak semua ibu berpeluang menikmati saat ini kerana ada yang terpaksa meghentikan penyusuan susu ibu. Kenapa? Jom ikuti kupasan isu ini.

sebab ibu tidak menyusu

Kurang ilmu penyusuan
Ramai ibu berpendapat penyusuan itu benar-benar semulajadi di mana susu akan keluar apabila bayi dilahirkan. Jadi, ibu tidak akan menghadapi apa-apa masalah dan seterusnya berjaya menyusukan sehingga anak berusia dua tahun.

Hakikatnya, penyusuan susu ibu perlu dipelajari! Ketahui bagaimana tercetusnya susu, dari mana ia dihasilkan, apakah pengaruh dalaman atau luaran terhadap pengeluarannya dan lain-lain. Susu ibu sememangnya ada. Namun, jika ia diambil mudah, dikhuatiri anda akan melatah. Anak menangis, disangka susu berkurangan. Apabila anak tidak boleh tidur, anda beranggapan susu tidak cukup.

Kekurangan sokongan
Bagi anda yang baru melahirkan, pasti perlu menjalani rawatan selepas bersalin. Jadi, keadaan tersebut membatasi beberapa perkara. Kadang kala emosi anda menjadi tidak stabil akibat tertekan dengan masalah tertentu. Beringatlah! anda dan bayi perlu mempunyai ruang yang luas dalam usaha saling memahami.

Di sini, sokongan insan ketiga terutamanya suami, amat diperlukan. Oleh sebab itulah, komunikasi di antara anda, suami mahupun ahli keluarga yang lain penting untuk mewujudkan pemahaman yang selari dalam proses penyusuan si manja.

Penat dan stress
Anda dan bayi mengambil masa untuk saling memahami. Belajar tentang apa yang dia mahu dan perlu. Ada kalanya anda berasa penat semasa menyusukan dan tertekan apabila penyusuan memakan masa yang panjang. Situasi bekerja yang memerlukan tumpuan menjadikan anda sibuk. Apabila penat, anda rasa sukar untuk meneruskan penyusuan.

Khuatir anak tidak cukup susu
Apabila bayi menangis, sering kali ia dikaitkan dengan "tidak cukup susu". Ditambah pula dengan orang sekeliling yang turut mengiakan tanggapan itu. Risau bayi terhidrat dan tidak sanggup mendengar tangisannya membuatkan anda memberikannya susu formula.

Hamil
Penyusuan semasa hamil sering dikaitkan dengan keguguran hingga membuatkan ibu hamil risau keselamatan kandungannya. Apatah lagi, pengecutan rahim yang dialami membuatkan ibu khuatir ia boleh memudaratkan kandungan.
Sumber: Pa & MA, Jun 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan