Latih Si Kecil Minum Air Kosong

Air! Kita semua perlukan air, begitu juga dengan kanak-kanak. Pentingnya air sehingga 70 peratus daripada badan kita mengandungi air. Tanpa air, darah tidak dapat mengalir, nutrien-nutrien penting dan oksigen tidak dapat disebarkan. Dan tanpa air sisa kumuhan akan terkumpul dan tepu di dalam badan. Akibatnya badan akan bertoksin dan tubuh pula menjadi tidak sihat dan mudah terdedah dengan pelbagai serangan penyakit.

latih anak minum air

1) Cara terbaik untuk didik si kecil menyukai air kosong adalah dengan tidak menyediakan sama sekali minuman manis di rumah . Berbincang dengan anak-anak anda tentang kepentingan air sebagai sebahagian daripada diet mereka, dan tidak menerima minuman ringan sebagai pengganti.

2) Pastikan rumah anda mempunyai bekalan air mineral berbotol yang banyak. Deretan botol mineral bersaiz kecil bukan sahaja mudah diminum, malah mudah dicapai si kecil untuk dibawa ke mana sahaja. Anda juga boleh mengisi botol-botol yang telah kosong dengan air yang dimasak sendiri.

3) Jadi contoh! Adakah anak-anak anda melihat anda minum air? Jangan mengharapkan anak anda minum air jika anda tidak!. Kanak-kanak mempunyai potensi yang tinggi untuk meniru sebarang tingkah laku, samada baik atau buruk.

4) Adakah anak-anak anda mempunyai botol air mereka sendiri? Cawan mereka sendiri? Adakah mereka tahu bagaimana untuk mendapatkan minuman sendiri? Ini boleh diajar pada usia yang sangat muda. Percayalah, kanak-kanak suka melakukannya sendiri.

Pikat si kecil dengan pelbagai pilihan air buah-buahan yang bukan sahaja kelihatan menarik, malah lazat dan menyihatkan. Apa yang penting, tunjukkan kepada mereka campuran air kosong dan buah-buahan adalah minuman sampingan yang terbaik berbanding minuman  kordial yang mempunyai pewarna dan gula yang tinggi.
Sumber: Harmoni 15 Mei 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan