20 Makanan untuk Otak

Setiap ibu bapa tentu mahukan anak-anak mereka membesar sebagai seorang yang bijak dan cergas. Salah satu cara untuk membantu perkembangan otak anak-anak dari kecil adalah melalui makanan yang diambil. Apakah makanan-makanan yang dapat membantu anak-anak anda menjadi bijak dan sihat? Jom kita tengok.

1) Ikan berminyak
Ikan seperti salmon, tuna, sardin dan makerel kaya dengan asid lemak yang dikenali sebagai Omega 3. Ia merupakan komponen lemak penting untuk meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak. Ia sangat bagus untuk minda anak-anak anda.

2) Sayur-Sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau seperti bayam dan brokoli penuh dengan antioksidan, vitamin C dan beta karotena. Vitamin dan mineral tersebut dapat membantu menjaga kesihatan badan dan otak si kecil anda. Ia juga membantu mempertingkatkan daya ingatan mereka.

3) Telur
Telur merupakan makanan yang penuh nutrisi. Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam telur sangat penting untuk fungsi otak manusia. Kuning telur khususnya mengandungi Choline yang baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.

4) Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, bluberi, ceri mengandungi antioksida yang sangat tinggi. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Buah-buahan beri juga tinggi serat dan dapat meningkatkan keupayaan belajar dan kemahiran motor kanak-kanak jika diambil secara konsisten ia akan dapat memperbaiki daya ingatan kanak-kanak.

5) Kekacang
Kekacang mengandungi banyak khasiat yang baik untuk kanak-kanak. Ia tinggi protein, tinggi fiber dan kaya dengan lemak yang baik. Ia juga mengandungi vitamin E yang penting untuk fungsi kognitif dalam badan. Dengan memakan kekacang ia dapat memberikan tenaga kepada pemikiran manusia.

6) Susu segar
Susu sememangnya bagus untuk pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak. Susu segar yang diminum oleh kanak-kanak mengandungi tiga bahan semula jadi iaitu keju, lemak dan air. Bahan-bahan ini penting untuk perkembangan otak dan badan. Kanak-kanak yang minum susu secara konsisten dapat mempertajamkan ingatan dan juga membekalkan tenaga untuk keperluan harian mereka.

7) Oat
Oat merupakan bijirin yang baik untuk otak. Oat mengandungi serat, protein dan juga Omega 3 yang baik untuk otak dan membekalkan tenaga untuk si kecil anda sepanjang hari. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat.

8) Coklat
Sekeping coklat mampu meningkatkan IQ anda. Coklat hitam kaya dengan flavonoid yang akan meningkatkan kemampuan manusia berfikir. Flavonoid dikatakan dapat menggalakkan pembentukan sel saraf baru pada otak yang meningkatkan kemampuan menyimpan ingatan dan juga aliran darah ke otak.

9) Kubis
Semua jenis kubis adalah baik untuk otak kerana ia merupakan agen anti penuaan untuk otak manusia.

10) Buah delima
 Seperti juga buah-buah beri, buah delima mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dan baik untuk otak manusia.

11) Bijirin penuh
Gula penting dalam hidangan anak-anak anda supaya mereka mempunyai tenaga yang diperlukan sepanjang hari. Dengan pengambilan bijirin sebagai sarapan pagi, ia mampu memberikan tenaga yang diperlukan.

12) Tiram
Tiram makanan laut yang enak dan banyak khasiatnya. Zat besi dan zink yang terdapat di dalam tiram dapat meningkatkan kemampuan otak untuk berfikir dan meningkatkan daya ingatan kanak-kanak..

13) Yogurt
 vitamin B12 yang terdapat dalam yogurt penting untuk pertumbuhan tisu otak. Ia juga kaya dengan protein dan karbohidrat bagi sumber tenaga untuk otak.

14) Bawang putih
Bawang putih terkenal dengan khasiatnya yang boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan menguatkan sistem kardiovaskular manusia. Selain itu, ia juga adalah agen perlindungan antioksidan pada otak anda.

15) Mentega kacang
Mempunyai khasiat yang sama seperti kekacang, mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

16) Daging tanpa lemak
Daging adalah sumber protein yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Sebaiknya berikan daging tanpa lemak kepada anak-anak anda kerana ia merupakan sumber makanan yang kaya zat besi. Zat besi merupakan mineral penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

17) Soya
Soya mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Ia baik untuk meningkatkan daya ingatan dan pertumbuhan tisu badan anak anda.

18) Avokado
Mulakan hari anak anda setiap hari dengan campuran protein berkualiti tinggi dan lemak yang bermanfaat untuk hari penuh bertenaga. Avokado dan telur hancur untuk sarapan bagi membantu pengaliran darah yang baik menerusi lemak mono tidak tepu untuk fungsi otak yang optimum.

19) Beras perang
Beras perang adalah karbohidrat rendah glisemik kompleks dan sangat baik untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular. Semakin baik peredaran darah lebih tajam otak anak anda.

20) Tomato
Tomato mengandungi lycopene, antioksidan yang amat baik untuk otak. Ia juga membantu mencegah demensia.

Sumber: Pa & Ma, Jun 2013.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan