Tolong! Kenapa Susu Saya Tidak Cukup (Masalah Payudara)

Pengalaman menyusukan bayi mungkin dilalui tanpa sebarang masalah oleh sebilangan ibu manakala ada juga yang sebaliknya. Usah berputus asa jika anda mendapati ia sedikit mencabar. Menyedari masalah-masalah yang mungkin timbul dapat membantu anda bertindak lebih awal dan menangani masalah tersebut dengan lebih yakin.
set triple m

Masalah Payudara

1) Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?
Bermula daripada penyusuan kali pertama, galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunkan pengepam payudara.

2) Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.

Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan botol kaca yang diisi air panas atau suam dan dibalut dengan kain, tuam ke atas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini. Simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24-48 jam.

3) Puting saya pedih!
Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kandida, penggunaan pam payudara yang tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.

Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih.

Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian.

Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

4) Saya rasa  saya mengalami masitis
Masitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptom-simptom seperti selsema. Segeralah berjumpa doktor. Jika tidak dirawat, masitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan.

Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya, teruskan penyusuan selagi masitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda  perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara 'melepaskan'bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah lagi.

5) Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?
Ini bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga  pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.

Nantikan sambungan di lain entry berkenaan masalah susu, berhubung bayi, berhubung ibu.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan