Nuzul Quran (Penurunan Al-Quran)

nuzul quran

Apakah maksud Nuzul Al-Quran?
Dari segi bahasa, perkataan “Nuzul” bermaksud turun, atau menetap di suatu tempat. Dari segi Istilah pula, “Nuzul” bermaksud penurunan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dengan cara-cara tertentu. Peristiwa Nuzul Al-Quran, atau Penurunan Al-Quran merupakan peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Hal ini kerana ia menandakan bahawa bermulanya tugas Nabi Muhammad sebagai rahmat kepada seluruh alam, sebagai penyampai wahyu daripada Allah, iaitu Rasul Akhir Zaman.

Bilakah Peristiwa Penurunan Al-Quran berlaku?
Terdapat dua pendapat yang menyatakan Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan ianya berlaku pada 24 Ramadhan malam Isnin (13 Ogos 610 M). Namun, kelaziman terletak pada pendapat pertama iaitu pada 17 Ramadhan, seperti yang disambut di Malaysia ini. Pada ketika ini, Nabi Muhammad yang berusia kira-kira 40 tahun mengasingkan diri daripada perbuatan jahiliyah masyarakah Jahiliyah Mekah dengan beribadah di Gua Hira’ dan akhirnya didatangi Malaikat Jibrail a.s dengan membawa wahyu pertama, menandakan kerasulan baginda, pembawa rahmat kepada alam, penyampai wahyu kepada umat baginda.

Di manakah Nabi Muhammad menerima wahyu pertama itu?
Peristiwa penurunan Al-Quran dengan wahyu pertama berlaku di sebuah gua di sekitar Mekah, tempat tinggal baginda ketika itu. Baginda memilih untuk mengasingkan diri di gua tersebut agar dapat mencari ketenangan dan beribadah kepada Allah.


Bagaimanakah wahyu pertama disampaikan? Bagaimana pula dengan wahyu yang seterusnya?
Malaikat Jibrail a.s. datang kepada Nabi Muhammad ketika baginda di Gua Hira’. Jibrail a.s. kemudiannya berkata :“Bacalah!”. Rasulullah saw. menjawab, “Aku tidak dapat membaca.” Beliau mengatakan, lalu malaikat itu memegang dan mendekap baginda sampai merasa lelah. Kemudian ia melepaskan baginda dan mengatakan, “Bacalah!” Rasulullah menjawab, “Aku tidak dapat membaca!’ Malaikat itu mengulanginya untuk yang ketiga sambil mengatakan, “Iqra’ bismi rabbikal ladzii khalaq; bacalah, dengann menyebut nama Rabbmu yang menciptakan.” (Al-’Alaq: 1)
Setelah itu. Wahyu atau ayat-ayat Al-Quran telah turun dengan beberapa cara sepanjang hidup baginda s.a.w:

Beberapa Cara Wahyu Turun:

1. Melalui Mimpi.
Wahyu Allah ta’ala turun kepada Nabi saw melalui mimpi. Yakni, mimpi yang benar (ru’ya shadiqah). Secara tiba-tiba dalam tidur Nabi saw, baginda bermimpi secara tiba-tiba. Mengenai wahyu disampaikan melalui mimpi. Pernah juga dialami oleh Nabi Ibrahim as. Ketika Nabi Ibrahim as menerima perintah untuk menyembelih Nabi Isma`il as. Biasanya wahyu yang turun melalui mimpi mengandungi perintah (amar).

2. Langsung Masuk Ke Dalam Hati.
Wahyu Allah swt secara langsung masuk ke dalam hati Nabi saw. Nabi saw bersabda, “Ruh kudus [malaikat Jibril] memasukkan pengertian ke dalam lubuk hatiku. Bahwa, seorang manusia tidak akan mati sebelum ia menerima semua yang telah ditetapkan baginya. Kerana itu hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, dan carilah rizeki dengan jalan yang baik. Janganlah sekali-kali sebab lambat datang rezeki membuat kalian mencarinya dengan jalan maksiat [derhaka terhadap Allah]. Apa yang ada pada Allah hanya dapat diperoleh dengan cara berbakti dan taat kepada-Nya.” (Siratul Musthafa Shallallahu ‘alaihi wa sallama, 2008).

3. Malaikat datang kepada Nabi saw sebagai seorang pemuda
Malaikat yang menyampaikan wahyu Allah ta’ala ini menyerupai seorang pemuda. Rupa malaikat dalam bentuk manusia tidak ada bezanya dengan seorang manusia sebenar. Sangat tampan lagi rupawan.

4. Bunyi Lonceng.
Jika wahyu Allah ta’ala turun kepada Nabi saw dalam bentuk suara lonceng, Nabi saw benar-benar merasakan adanya sesuatu yang sangat berat. Keringat beliau mencucur deras dari kening beliau walaupun udara dalam keadaan dingin. Apabila Nabi saw sedang naik tunggangan beliau, unta atau beghal, sektika haiwan tunggangan Nabi saw secara tiba-tiba akan bersimpuh. Yang lazim dikatakan menderum. Iaitu, melikat kaki depan lalu kaki belakang. Malah sahabat Zaid bin Tsabit r.a. pernah berdampingan dengan Nabi saw di saat Nabi saw menerima wahyu. Maka, kaki sahabat Zaid yang tertindihi kaki dia rasakan hendak hancur kerana beratnya penderitaan Nabi saw, jika wahyu diturunkan ke dalam bentuk bunyi lonceng.

5. Malaikat dalam bentuk asal.
Nabi saw pernah melihat malaikat Jibril as dalam bentuk aslinya. Seperti saat diufuk depan Gua Hira’ dan ketika di Sidratul Muntaha.

6. Melalui Isra` dan Mi’raj.
Wahyu langsung disampaikan oleh Allah ta’ala kepada Nabi saw. Iaitu, saat Nabi saw diperintahkan menunaikan isra` dan mi’raj. Tidak melalui mimpi. Tidak melalui perantara. Walaubagaimanapun, Nabi s.a.w. belum pernah selama hidupnya berjumpa secara langsung dengan-Nya.

7. Dengan Perintah Langsung.
Memang mirip dengan cara yang ke-6. Ini terjadi tidak dalam keadaan tertidur. Melainkan dalam keadaan terjaga. Tempatnya adalah bumi. Ini yang membezakan penerimaan wahyu Allah ta’ala kepada Nabi saw, selain ada yang diterima di Sidratul Muntaha ada yang diterima langsung di bumi.

Apakah pengajaran atau iktibar dari perisitiwa penurunan al-Quran?

ALLAH SWT memuliakan Ramadan melebihi bulan lain dengan memilih satu malam penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci al-Quran. Selain al-Quran, Allah menurunkan beberapa kitab suci lain pada bulan mulia ini seperti suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat hari keenam dan Injil pada hari ketiga Ramadan.

Berdasarkan peristiwa penurunan kitab suci (al-Samawi) pada bulan Ramadan, jelaslah betapa agung dan mulianya bulan ini. Sesungguhnya, penurunan (nuzul) al-Quran adalah peristiwa besar dan agung. Ia cukup hebat jika dibandingkan dengan peristiwa lain pernah berlaku di alam ini. Justeru, setiap umat Islam seharusnya mengingati dan merenungi peristiwa nuzul al-Quran ini kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.

Selain itu, ia adalah asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, malah satu-satunya agama diredai Allah. Sebelum al-Quran diturunkan manusia hidup dalam kesesatan bertuhankan hawa nafsu dan menyekutukan Allah. Selepas al-Quran diturunkan, kesesatan disinari kebenaran dan hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada hidup bertuhankan Allah.

Dalam erti kata lain, penurunan al-Quran membawa rahmat perubahan kepada kehidupan dan ketamadunan manusia.Firman Allah bermaksud, “Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Berdasarkan ayat di atas, wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara langsung mengangkat martabat Baginda sebagai rasul Allah dan menjadi rahmat bagi sekalian alam. Petunjuk (al-Quran) dibawa Baginda SAW ini membawa perubahan besar kepada kehidupan umat manusia, khususnya masyarakat Arab jahiliah dan perubahan itu mencakupi pelbagai bidang dan aspek:

Aspek keagamaan. Bangsa Arab Jahiliah menyembah patung dan batu berhala serta menyembelih binatang ternakan di hadapan patung itu sebagai korban untuk memuliakannya.

Apabila datang agama Islam (al-Quran) membawa petunjuk dan pedoman daripada Allah, maka kehidupan jahiliah terus lenyap kerana al-Quran mengatur kehidupan seperti percaya kepada keesaan Allah, hari akhirat, syurga, neraka, mengenai ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji.

Jelaslah, ajaran al-Quran melarang keras amalan penyembahan patung, berhala, matahari, bulan atau makhluk lain selain Allah. Sebaliknya mereka diajar bahawa yang berhak disembah hanyalah Allah.

Aspek kemasyarakatan. Bangsa Arab sebelum Islam tidak berdisiplin dan tidak taat kepada pemimpin tetapi diturunkan al-Quran, keadaan itu berubah. Islam menyedarkan mereka erti dan pentingnya disiplin serta ketaatan dalam kehidupan.

Bagi membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni, al-Quran memberi petunjuk dan garis pemisah mengenai kriteria antara akhlak terpuji dengan akhlak tercela. Selain itu banyak lagi dasar umum masyarakat dibawa oleh Islam seperti hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan masyarakat, antara suatu kelompok masyarakat dengan kelompok lainnya, undang-undang kekeluargaan sehinggalah kepada soal kenegaraan.

Islamlah juga yang mula mengangkat kedudukan kaum wanita dengan memberikan hak kepada mereka sesuai dengan kewanitaannya. Di samping itu, Islam menegakkan pula ajaran persamaan antara manusia dan membanteras perhambaan.

Aspek siasah (politik). Bangsa Arab sebelum Islam berada dalam keadaan berpecah-belah, ‘asabiyyah (kesukuan), berpuak dan kabilah yang sempit. Yang wujud ketika itu kaum Arab, Parsi, Tauran dan kaum lain. Keadaan itu berubah apabila turunnya al-Quran membawa ajaran sebenar. Semua umat manusia diseru supaya meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya disaran supaya bersatu membentuk satu ummah.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.” (Surah al-Anbiya’, ayat 92).

Begitulah Islam berjaya mengatasi sikap taksub bangsa dan warna kulit, malah menyeru semua bangsa supaya bersatu menjadi satu ummah bersaudara dan tidak lagi mengenal kelebihan kecuali berdasarkan kekuatan iman serta takwa kepada Allah.

Aspek ekonomi. Al-Quran memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara. Telah ditentukan perkara yang boleh dimiliki oleh individu dan dilarang. Peraturan yang terdapat dalam al-Quran memberikan petunjuk pelaksanaan mengenai jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar dan dalam keadaan seadil-adilnya.

Berdasarkan penjelasan di atas, penurunan al-Quran adalah peristiwa agung dan terbesar pada Ramadan. Penurunannya telah membawa perubahan besar kepada alam ini dan berperanan mengubah kehidupan umat manusia pada masa lampau, kini dan hadapan. Jelaslah, melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan teratur dengan berpandukan petunjuk serta pedoman yang diwahyukan Allah.


0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan