Rahsia Terbesar Banyakkan Susu Ibu

Salam semua. Menjadi harapan terbesar seorang ibu sebolehnya mahu menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun. Nak tahu apakah rahsia terbesar banyakkan susu ibu? Jemput baca ulasan saya di bawah:

set triple m

Rahsia #1 ( Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang. Makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu. Makanan yang tidak seimbang sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak anda seperti berat badan anak yang tidak naik.

Rahsia #2
Banyakkan minum air masak. Bagi memastikan pengambilan air dalam sehari adalah mencukupi, ukur amaun air yang telah diambil. Cara mudah adalah dengan menggunakan botol air mineral 500ml sebagai sukatan. Letakkan sasaran sebagai contoh jika anda bekerja, usaha untuk habiskan 1 liter air di antara waktu mula bekerja sehingga tengahari dan 1 liter lagi di antara selepas rehat tengahari sehingga ke petang. Anda boleh bahagikan pengambilan air iaitu anda iaitu minum 250ml bagi setiap jam. Dalam tempoh masa 4 jam dari 8.00 pagi sehingga 12 tengahari, anda sudah berjaya menghabiskan 1 liter air.

Rahsia #3
Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang … sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. susu ibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. Tugas seorang ibu adalah mencabar, bukan sahaja di pejabat malah di rumah juga. Pengambilan supplement mampu mengurangkan rasa letih dan stress dengan urusan seharian seorang ibu.

Rahsia #4
Yakin dengan diri sendiri dan DOA yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Berdoa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.

Sekarang ianya bukan lagi rahsia. Kini anda semua telah mengetahui rahsia banyakkan susu ibu. Jangan lupa amalkan  4 tips di atas secara konsisten (istiqamah) setiap hari. Teruskan menyusukan si permata hati anda tanpa rasa penat dan berputus asa. Semoga usaha ibu2 semua diberkati Allah.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan