Risiko Hamil di Usia Lebih 35 Tahun


Seperti yang diketahui umum, umur yang ideal bagi wanita untuk hamil ialah dari seawal usia 20 tahun hingga 35 tahun. Namun begitu ada juga yang masih ingin hamil selepas melewati had usia ini atas perlbagai alasan peribadi. HAMIL pada usia lewat atau sekitar angka 30 bukan senario asing, khususnya di kalangan wanita bekerjaya hari ini.

Kelemahan hamil pada usia lebih lewat ini apabila tahap kesuburan bukan saja lebih rendah, sebaliknya meningkatkan pelbagai jenis risiko seperti masalah perubatan kronik dan mendapat anak cacat.

Risiko bagi wanita yang berumur lebih dari 35 tahun untuk hamil adalah tinggi terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali hamil.

Antara risiko seperti yang ditemui dari kajian perubatan ialah :
  • Kualiti telur yang dihasilkan oleh ovari adalah rendah – menyebabkan risiko yang tinggi untuk mempunyai zuriat yang lemah dan mudah sakit.
  • Wanita yang hamil di usia yang lanjut selalunya mudah terkena diabetes (kencing manis) sewaktu hamil kerana kesukaran untuk mengawal kandungan gula dalam darah melalui diet, senaman dan gaya hidup.
  • Kemungkinan untuk bersalin normal adalah rendah kerana faktor usia menyebabkan anda tidak kuat untuk meneran sewaktu proses bersalin. Oleh itu kemungkinan untuk puan bersalin cesarean adalah tinggi.
  • Risiko keguguran juga adalah tinggi apabila mengandung di usia melebihi 35 tahun.
  • Kemungkinan besar akan berlaku masalah risiko chromosom yang tidak normal di mana bayi yang dikandung boleh mengalami Down Syndrome.
  • Terdedah pada masalah pendarahan atau praeklampsia 
  • Bayi yang dikandung mungkin menghadapi risiko sumbing langit dan mulut 
  • Masalah jantung 
  • Bayi mati dalam kandungan 
  • Keguguran 
  • Tekanan darah tinggi pada ibu yang mengancam nyawa kedua-duanya sekali jika tidak dikawal
  • Berat bayi kurang 
  • Uri di bawah
  • Kelahiran kembar 
Beberapa perkara boleh dilakukan untuk mencegah risiko di atas, termasuk: 
  • Jaga pemakanan. Ambil makanan yang seimbang setiap hari supaya bayi dan anda mendapat khasiat yang secukupnya. 
  • Mengambil asid folik pada awal kehamilan untuk mengelak dan mengurangkan risiko kecacatan. 
  • Jangan ambil minuman bergas dan merokok. 
  • Jangan ambil sebarang ubat, herba atau makanan tambahan tanpa merujuk kepada doktor anda.
Namun begitu kemajuan teknologi moden kini banyak membantu mereka yang berurmur lebih dari 35 tahun untuk hamil. Terdapat hospital yang menyediakan rawatan dan pemeriksaan diawal kehamilan bagi menentukan sama ada janin yang dikandung adalah sihat dan normal atau sebaliknya.

Jika janin yang dikandung tidak normal, doktor akan menasihatkan pesakitnya untuk menggugurkan kandungan tersebut. Tetapi jika sebaliknya, maka kandungan tersebut boleh diteruskan.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan