Susu ibu, titisan emas

susu ibu titisan emas

Ramai ibu tidak terus menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran dengan alasan susu yang keluar terlalu pekat dan bewarna kekuningan. Ketahuilah susu yang turut dianggap sebagai susu basi ini sebenarnya amat berharga buat si manja.

Pada akhir kehamilan, hormon prolaktin mula memainkan peranannya menghasilkan kolostrum. Namun, jumlahnya terlalu sedikit akibat aktiviti prolaktin dibatasi oleh kehadiran estrogen dan progesteron yang sangat tinggi kadarnya.

Pada hari kedua dan ketiga, kolostrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan. Purata kuantiti kolostrum akan bertambah sedikit demi sedikit seterusnya diikuti dengan susu peralihan.

Purata kuantiti kolostrum pada hari pertama adalah lebih kurang 37ml. Ia bertambah dalam masa 36 jam pertama dan peningkatan berterusan mengikut keperluan bayi. Ketika susu peralihan mengambil tempat, payudara ibu mulai dipenuhi oleh susu dan bengkak. Jadi amat penting untuk ibu memberikan kolostrum kerana ia wujud dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh tiga hari selepas kelahiran. 

Cecair berharga ini mengandungi semua zat yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Di dalmnya terkandung protein, vitamin A yang bersifat laktasif, sel darah putih dan laktosa. Dalam pada itu, kolostrum mengandungi sedikit laktosa berbanding susu matang tetapi mempunyai jauh lebih banyak protein. Inilah punca kolostrum bewarna kekuningan.

Ia sangat kaya dengan kandungan protein serta antibodi. Jika dibandingkan dengan susu matang, kolostrum mengandungi lebih banyak antibodi dan protein anti jangkitan. Salah satu jenis protein di dalam susu ibu ialah Sekretori Immunoglobulin A (SIgA) yang berfungsi sebagai antibodi di dalam tubuh manusia.

Istimewanya, ia hanya boleh diperoleh melalui susu ibu. SIgA digunakan oleh sistem pertahanan tubuh untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

Kolostrum seringkali diibaratkan sebagai "suntikan imunisasi pertama" kerana pelbagai jenis sel2 hidup terkandung di dalmnya. Ini termasuklah lactoferin, lactalbumin, glycoprotein, cytokines dan lain-lain yang berkemampuan menyelamatkan bayi sebelum diberikan suntikan imunisasi formal.

Selain daripada membantu tubuh bayi melawan virus, bakteria dan toksin, ia merangsang usus bayi berkembang dengan lebih matang dan mencegah alahan akibat bayi tidak mempunyai ketahanan terhadap makanan-makanan lain.

Oleh kerana kolostrum sangat kaya dengan vitamin A, jadi ia dapat mencegah bayi daripada mengalami sakit mata, membantu melancarkan proses pembuangan air besar pertama atau mekonium juga.
Sumber: Berpantang cara alami, m/s 84 & 85

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan