Tips Mudah Banyakkan Susu Ibu

Tips Mudah Banyakkan Susu Ibu

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. 

Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jangan tunggu payu dara penuh. Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

4. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.

5. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

6. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

7. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

8. Pengambilan supplement. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengamalkan pemakanan tambahan untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. Jika kita boleh pastikan makanan harian kita mengandungi 500mg vit C , kalsium dan magnesium, segala zat dalam multivitamin dan healthy life style...maka golongan ini tidak memerlukan vitamin. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, supplement sangat digalakkan.

Supplement hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian. Jika si ibu adalah berbadan besar tidak bermakna si ibu itu sihat. Some goes to thin mother. Supplement asas yang perlu untuk badan si ibu sustained dan sihat ialah : multivitamin, b complex , vitamin C dan protin . Pengambilan protin boleh digantikan dengan alfalfa kerana kandungan alfalfa turut mempunyai protin namun pada kuantiti yang minima. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang selari agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik sekali.

9. Keyakinan dan semangat yang berterusan
Pembacaan yang banyak dan ilmu yang luas dapat membantu si ibu terus berkeyakinan dan semangat berterusan. Berkawan dengan ibu yang turut menyusukan anak juga menjadi pemangkin untuk si ibu terus bersemangat untuk menyusukan anaknya. Banyakkan berzikir kerana ini antara yang dapat menghidupkan rohani dan secara langsung kita dijauhkan dengan sifat malas atau mengalah.

10. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi dan cium bayi.

Akhir kata; berkawanlah dengan mereka yang menyusukan anak kerana ini membantu menaikkan semangat si ibu untuk terus menyusu. Abaikan mereka yang cuba merosakkan keyakinan anda untuk terus berjaya dalam penyusuan. Jangan mengalah...lalui semua cabaran dengan tenang kerana pahala yang banyak tersedia untuk ibu yang terus sabar dan berusaha untuk berjaya.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan