4 Cara Lewatkan ANDROPAUS

Simptomnya bermula dengan perubahan bentuk badan diikuti dengan kelakuan, keletihan dan kurangnya semangat untuk melakukan sesuatu. Jika anda lelaki yang menginjak usia 40-an, berperut buncit, kurang bertenaga serta terjejas kemampuan seks, jangan pandang enteng sebaliknya cuba kenal pasti situasi ini.

andropaus

Andropaus merupakan proses normal bagi tubuh badan lelaki. Tatkala usia kian meningkat, hormon testosteron akan berkurangan sekaligus menyebabkan kurangnya tumpuan, ingatan dan nafsu seksual. Bagi lelaki yang merokok, awas! Tabiat tidak sihat itu akan mempercepatkan lagi proses andropaus.

Hormon testosteron penting dalam fungsi tubuh kerana ia mengawal fungsi seksual, menjana tisu badan yang memberi kesan terhadap metabolisme. Lebih daripada itu, ia turut mengawal fungsi hati dan pertumbuhan kelenjar prostat. Testosteron terhasil dalam kelenjar adrenal dan testikal (zakar).

Biarpun hormon ini begitu penting pada lelaki namun ia tidak dapat dihalang daripada berkurangan apabila usia mencecah lewat 30-an. Oleh itu lelaki perlu mengambil berat akan kesihatan dan gaya hidup agar andropaus tidak berlaku terlalu awal daripada jangkaan.

Kenal pasti gejala-gejala andropaus di bawah ini dan dapatkan nasihat doktor jika rasa ragu-ragu.
  • Obesiti atau perut buncit
  • Saiz dan kekuatan otot berkurangan
  • Mudah rasa sedih dan marah
  • Masalah ketegangan zakar
  • Bulu-bulu berkurangan
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Daya ingatan menurun
  • Kemampuan ereksi terganggu
  • Sukar melelapkan mata
  • Nafsu terhadap seks menurun
  • Mudah dan cepat rasa letih

Ambil langkah berjaga-jaga agar anda lebih bersedia dan ia dapat membantu melambatkan proses andropaus ini.

1) Jalani gaya hidup aktif
Senaman yang konsisten mampu mengurangkan risiko ini. Sebagai tambahan, mereka yang menjalani gaya hidup sihat juga dikatakan membantu seseorang untuk mempunyai emosi yang lebih stabil.

2) Amalkan diet seimbang
Mengawal setiap makanan serta minuman yang masuk ke dalam tubuh. Antara tip yang disarankan ialah mengurangkan pengambilan kafein kerana ia mampu meningkatkan rasa gementar pada bahagian saraf.

3) Berhenti merokok
Jumlah 4000 bahan kimia yang ada pada asap rokok boleh mempercepatkan lagi proses andropaus.

4) Utamakan kualiti tidur
Tidur berkualiti mampu membantu organ dalaman seperti jantung dan minda bergerak aktif. Jika tidak, ia akan menghakis keupayaan dan fungsi badan sekaligus mendedahkan tubuh pada penyakit jantung, diabetis dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama ia menjuruskan tubuh ke arah andropaus.

Peratusan Andropaus Mengikut Umur
2-5% - 40 - 49 tahun
6-30% - 50 - 59 tahun
20-45% - 60 - 69 tahun
34-70 % - 70 - 79 tahun
91% - 80 tahun ke atas

18.5 % disahkan mengalami andropaus tetapi angkanya mungkin lebih tinggi. Ramai yang tidak mendapat rawatan akan masalah kekurangan hormon testosteron kerana tidak menyedari kesan buruknya.

Rawatan terapi gantian hormon akan dicadangkan tetapi ia mungkin mempunyai kesan sampingan iaitu bengkak kaki dan masalah hati.

Alternatif kepada kaum Adam, anda boleh mencuba Shaklee Gla Complex dan Set Men Vital's Health untuk mengekalkan kesihatan lelaki yang lebih sihat dan sempurna. Sayangi diri dan keluarga anda. Anda sihat, keluarga sejahtera :)

Berminat untuk mencuba? Sila hubungi saya melalui email: salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285.

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan