Apakah kebaikan menyusukan anak?

Kebaikan untuk ibu:
  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin - mengurangkan pendarahan
  • Menjarakkan kehamilan secara semulajadi melalui Lactational Amenorrhea Method (LAM)
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan uterine
  • Mengurangkan risiko penyakit osteoporosis
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

set double milk booster
Kebaikan untuk bayi:
  • Kolustrum merupakan sumber imunisasi pertama bayi
  • Mengurangkan masalah alergi
  • Mengurangkan masalah sistem penghadaman
  • Membekalkan zat-zat dan juga sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum
  • Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetis untuk bayi apabila dewasa kelak
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5 point berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)

Kebaikan kepada keluarga:
  • Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
  • Mengurangkan kos perubatan kerana bayi jarang mengalami sakit
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan

Kebaikan kepada masyarakat
  • Mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
  • Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak
  • Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara yang secara langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara
Sumber: Hebatnya Susu Ibu, Pg 109 & 110

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan