Berapa oz bekalan susu saya patut tinggal untuk pengasuh?

stok ebm untuk pengasuh
Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif secara puratanya minum susu, 25oz (750ml) sehari ketika dia berusia antara satu hingga enam bulan. Namun, amaun susu yang diminum setiap bayi adalah berlainan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, purata bayi menyusu adalah 19 hingga 30 oz (570 hingga 900ml) sehari.

Berdasarkan maklumat tersebut, ibu dapat menggunakannya untuk menganggarkan purata susu yang bayi perlukan setiap hari. Anggarkan kekerapan bayi menyusu dalam sehari kemudian bahagikannya dengan 25oz. Sebagai contoh, jika bayi biasanya menyusu sekitar lapan kali sehari, kita boleh mengagak yang bayi mungkin memerlukan sekitar 3oz bagi setiap sesi penyusuan apabila tidak bersamanya (25/8 = 3.1)

Ibu juga boleh mengira berdasarkan kiraan berat bayi dalam kilogram didarabkan dengan 2.5 sama dengan amaun dalam ounces bagi jangka masa 24 jam. Jadi, ibu berupaya menganggarkan jumlah susu yang diperlukan dalam tempoh 24 jam dan kemudiannya mengira berdasarkan kekerapan penyusuan. Contohnya, dengan berat 9 kilogram, bayi memerlukan kira-kira 9x 2.5= 22.5 ounces per jam.

Jadi, jika dia memerlukan 10 kali penyusuan setiap hari, maka bayi puan memerlukan 22.5 ounces setiap hari dibahagikan dengan 10 kali penyusuan menjadikannya 2.25 ounces bagi setiap satu kali penyusuan. Berdasarkan maklumat di atas,ibu boleh membuat anggaran jumlah susu yang diperlukan berdasarkan berat badan bayinya.

Untuk pengetahuan semua ibu, cara pemberian susu perahan juga merupakan faktor yang perlu diberi perhatian. Jika pengasuh menggunakan botol susu dengan cara yang salah, risiko terlebih penyusuan adalah tinggi. Amalkan pemberian dengan cara paced bottle feeding. Sila rujuk di sini

Sumber: Pa & Ma, Disember 2012 Pg54

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan