Lingkaran Gelap Bawah Mata? Atasinya dengan Shaklee Collagen Powder dan Shaklee Vitamin C

Perasan kantung mata dan kawasan hitam di bahagian bawah mata? Jangan risau kerana anda tidak bersendirian. Tahu apa punca kantung mata?

dark circle

Menurut kajian, masalah ini terjadi apabila anda kekurangan darah dan tidak mendapat tidur yang cukup atau berkualiti. Apabila keadaan ini berlarutan, wajah menjadi pucat sekaligus muncul lingkaran gelap di sekeliling mata. Ada beberapa sebab terjadinya kantung mata dan ia perlu diberikan perhatian sewajarnya.

1) Setiap individu mempunyai ketipisan kulit di bahagian bawah mata yang berbeza. Ia bergantung pada keturunan. Semakin tipis kulit, semakin jelas bayang-bayang di bawah mata.

2) Keletihan yang melampau dan kurang  tidur membuatkan mata bekerja dengan lebih keras. Akibatnya pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga terpaksa bekerja berkali ganda sehingga mewujudkan bayang-bayang di bawah mata. Penyelesaiannya mudah iaitu dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.

3) Faktor usia turut menyumbang terhadap pembentukan kantung mata. Seiring usia yang kian meningkat, kulit kehilangan kolagen yang membuatkan ia kian menipis. Bagi mengatasinya, dapatkan rawatan meremajakan kulit kerana ia membantu mengurangkan lingkaran hitam yang muncul.

4) Ada sebahagian kita berhadapan dengan masalah elergi dan cenderung menggosok bahagian mata. Akibatnya, darah akan memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata sekaligus membuatkannya nampak gelap. Jika anda tahu akan masalah alergi yang dihadapi, elakkan apa jua puncanya contohnya makanan.

5) Kekurangan zat besi juga boleh menjadi punca kepada masalah kantung mata ini. Ia menjadi lebih kronik ketika hamil dan kekurangan zat itu akan membuatkan wajah bertukar pucat. Pembuluh-pembuluh darah di bawah mata jelas dilihat sebagai bayang-bayang hitam. Jadi atasinya dengan mengambil vitamin tambahan zat besi.

Masalah kantung mata tidak harus dipandang enteng. Pada awalnya ia mungkin tidak memberikan kesan ketara tetapi lama-kelamaan ia boleh menjadi teruk. Sebelum ia lebih sukar ditangani, apa kata mulakan beberapa langkah untuk mengembalikan bahagian bawah mata yang cantik. Berikut adalah caranya:

1) Terdapat banyak krim, pelembap dan masker yang boleh di dapati di pasaran. Ketika membeli, pastikan produk-produk ini mengandungi kolagen atau pun asid hialuronat. Kedua-dua kandungan itu dapat mengurangkan penguapan air yang berlebihan daripada kulit. Mahukan kolagen yang terbaik untuk kulit anda? Apakata anda mencuba Shaklee Collagen Powder. Selain itu, dapatkan masker yang menggunakan bunga mawar dan hazelnut. Ia tidak hanya menghilangkan bengkak mata malah memberi kesan sejuk.

2) Pengambilan vitamin penting untuk kecantikan mata. Vitamin C contohnya membantu pembentukan kolagen yang merupakan bahan untuk mengurangkan proses pigmentasi di sekitar mata.

3) Amalan urutan juga bagus. Malah ada yang memberi fokus untuk urutan di bahagian itu sahaja kerana ia bagus demi merangsang aliran di sekitar mata. Dapatkan cara urutan yang betul kerana hasilnya mata akan kelihatan lebih segar dan cantik.
Sumber: Rapi, April 2013

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan