Panduan Atasi Susu Kurang


double milk booster, set triple m

Di awal kelahiran, sering kali kedengaran keluhan si ibu menyatakan susunya kurang lantaran kekurangan ilmu penyusuan susu ibu. 

Azlina: Macam-macam saya dah buat! Daripada berurut, makan itu, minum ini tetapi susu masih juga kurang. 

Hayati: Bagaimana nak tahu susu tu kurang? Macam mana awak tahu susu yang dihasilkan tu tak cukup? 

Azlina: Dari hari pertama susu tak keluar pun. Hari ketiga adalah sedikit. Macam mana nak susukan bayi dengan amaun yang sedikit tu? 

Memandangkan ilmu penyusuan susu ibu sangat penting, maka anda perlu menjadi seorang yang lebih rajin dalam mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan terutamanya yang membabitkan soal penyusuan bayi sejurus selepas dia dilahirkan. 

Bagi mengatasi maslalah yang kononnya susu ibu kurang, caranya sungguh mudah. Apa yang perlu dilakukan ialah anda perlu terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Ingatlah! 

Bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, mengehadkan masa penyusuan ataupun posisi penyusuan yang diamalkan tidak betul. 

Ingat selalu! Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Walau bagaimanapun, perlu anda ketahui bahawa kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada jumlah itu. Apa-apa pun, semakin kerap bayi menyusu, maka semakin mudah payudara kosong. 

Dengan demikian juga, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan cara mengosongkan payudara ini dengan kerap. Dalam pada itu, kebanyakan bayi akan mengambil masa antara 30-40 minit bagi setiap sesi penyusuan. 

Anda diingatkan agar membiarkan sahaja bayi mengawal penyusuan sehingga dia sendiri melepaskan putting susu apabila benar-benar bersedia dan puas menyusu. 

Info: Antara faktor sampingan yang boleh menyebabkan susu berkurangan ialah sikap ibu yang suka mengambil kafein berlebihan iaitu lebih daripada lima cawan kopi sehari. 

Sumber: Pa& Ma Jan 2014| MS: 60 & 61

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan