Tips Pujuk Bayi yang Gemar Menyusu Sebelah Payudara


breastfeeding

Bayi masih mendapat zat pemakanan yang diperlukan walaupun menyusukan secara eksklusif hanya di sebelah payudara. Walau bagaimanapun, amalan sebegini berkemungkinan akan menyebabkan payudara besar sebelah.

Namun, ia dapat diatasi setelah bayi bercerai susu. Gemar pada sebelah payudara merupakan  masalah penyusuan biasa terutamanya di kalangan bayi baru lahir. Lazimnya, bayi akan menolak atau meragam apabila disusukan di payudara yang tidak digemari.

Teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari. Caranya:

1) Cuba susukan ketika bayi baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Dia lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

2) Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payudara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi cradle hold kemudian alihkannya kepada posisi football hold.

posisi penyusuan

3) Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi).

4) Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau mengayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payudara yang kurang digemari.

5) Jika bayi lebih gemar payudara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang mana aliran susunya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu.

Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi mungkin akan menerima kembali payudara sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payudara dengan memerah sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.

Sumber: PA& Ma Julai 2013| MS: 64

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan