wanita hamil berpuasa

Amalan pemakanan yang seimbang dan mengambil gizi yang diperlukan membantu memberikan kecergasan dan kesihatan yang optimum walaupun ketika berbadan dua. Pada bulan Ramadhan, keperluan kalori untuk wanita hamil tidak berubah kerana kandungan ibu akan semakin membesar.

Namun begitu, bagi wanita hamil yang mampu berpuasa untuk bulan Ramadhan adalah digalakkan bergantung kepada usia kehamilan. Jika tidak mampu, maka adalah disarankan untuk berbuka puasa seperti yang telah digariskan dalam Islam yang memberi kemudahan supaya tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Antara contoh pemakanan yang lengkap dan sihat bagi sahur dan berbuka puasa untuk wanita hamil ketika bulan Ramadhan ialah :-

1) Pengambilan makanan sunnah, kurma sangat digalakkan bagi setiap kali waktu sahur dan berbuka puasa dalam kuantiti sederhana disarankan. Selain itu pengambilan minuman berkhasiat seperti susu dan jus buah-buahan digalakkan.

2) Pengambilan bijirin seperti nasi, mihun, spagetti, roti, biskut adalah perlu dalam kuantiti yang sederhana bagi pembekalan tenaga yang optimum ketika berpuasa.

3) Pastikan pengambilan protein seperti ayam, ikan, telur, tauhu dan tempe diambil setiap kali hidangan sahur dan berbuka anda dan pastikan ia dihidang dengan cara masakan sihat.

4) Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan pada waktu sahur dan berbuka kerana ia juga membantu dalam memberi rasa kenyang lebih lama.

4 Tip berpuasa bagi wanita hamil

1) Jangan lupa sahur. Sahur adalah penting bagi memastikan pembekalan tenaga optimum untuk seharian berpuasa

2) Banyakkan minum air ketika waktu sahur dan berbuka untuk memastikan tubuh badan sentiasa dalam hidrasi yang mencukupi

3) Pengambilan serat yang tinggi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan terutama ketika berbuka puasa dan sahur adalah perlu bagi mendapatkan sumber vitamin pranatal seperti zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin A.

4) Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda ternyah hidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.

Shaklee menawarkan set mighty 3 gem untuk persedian bulan puasa anda sekeluarga. Jemput baca di sini.


Wanita cenderung berwajah pucat. Selain air muka tampak lesu, warna bibir yang lebam memburukkan lagi keadaan. Sudahnya, ada wanita yang sanggup melaburkan banyak wang demi mengembalikan seri wajah. Itu ini mahu dicuba asalkan masalah ini dapat diatasi. Anda mahu menyerlahkan seri wajah dengan cara yang paling mudah, murah dan selamat? Jom kita tengok tip di bawah.

1) Amalkan daun lemuni
Ambil beberapa helai daun lemuni. Rebus daun ini dan minum airnya. Pucuknya pula boleh dibuat ulam. Amalkan selalu untuk kesan yang memberangsangkan.

daun lemuni

2) Kehebatan air kelapa
Air kelapa memnag banyak manfaat. Salah satunya ialah menyerikan wajah. Sapukan air ini dengan rata ke seluruh wajah. Kemudian biarkan kering. Selepas itu, cucilah kembali dengan air bersih. Khasiat air kelapa dipercayai menyerikan kulit wajah dan dalam masa yang sama memudarkan sebarang parut yang ada.

air kelapa

3) Minum air sebelum mandi
Minumlah segelas air kosong (suam) sebaik bangun tidur. Lakukan sebelum anda menggosok gigi dan mandi. Amalkan setiap hari. Tindakan ini dipercayai mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah terlihat lebih segar dan berseri.

air masak

4) Hanya jari
Sebelum mandi, gunakan jari telunjuk dan rautkan dengan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi. Berselawatlah waktu itu. Ulang sebanyak tiga kali. Cuba amalkan setiap hari. Amalan ini dipercayai membantu mengelakkan kulit cepat berkedut. Syaratnya, raut dari bawah ke atas dan bukan sebaliknya. Sebagai bonus tambahan, amalkan bacaan Al-Quran dan wirid.

jari telunjuk

Sumber: Rapi Mac 2013 | MS26


Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Begitu juga dengan kanak-kanak, seawal usia lima tahun mereka sudah boleh dilatih untuk berpuasa seharian. Di peringkat permulaan, tak perlu memaksa untuk berpuasa seharian, cukup dengan kemampuan diri mereka masing-masing.

tip latih anak berpuasa

Bagaimana menerapkan budaya berpuasa?
Dalam meraikan bulan yang syumul, ibu bapa bolehlah mewujudkan suasana gembira bersama tentang Ramadan dan puasa melalui media baru seperti kartun, persiapan umpama persiapan raya, menyediakan makanan sahur yang lebih menyelerakan si kecil berbanding berbuka puasa, menyediakan makanan tambahan untuk tenaga tambahan serta menjanjikan ganjaran beserta penerangan.

Apabila timbul situasi si kecil berkeras untuk berpuasa sedangkan pada zahirnya kita melihat dia memang tidak mampu mengerjakannya, ibu bapa boleh menyuruh anak berbuka puasa. Kita perlu melihat kondisi anak pada kacamata kesihatan BUKAN kasihan.

Jika dia masih OK, cuba teruskan dahulu tanpa menawarkan berbuka puasa. Namun jika kelihatan memudaratkan kita boleh menyuruhnya berbuka puasa walaupun mereka enggan.

Tip mendidik si kecil lima hingga enam tahun untuk berpuasa:
  • Menerangkan dalam bentuk galakan
  • Memberi ganjaran beserta penerangan
  • Memberi kelonggaran jika mendatangkan bahaya atau mudarat
  • Menampakkan riak wajah sedikit hampa bila mereka terlalu meringankan ibadah puasa
menu berbuka

Ramadhan untuk kanak2:
  • Masakan panas boleh menambahkan selera makan anak2. Oleh itu sebaik-baiknya anda menyediakan masakan panas untuk mereka ketika bersahur
  • Sediakan juadah kegemaran mereka sebagai galakan untuk mereka terus teruja untuk berpuasa. Jika perlu tanya mereka apa yang mereka mahu makan ketika bersahur dan berbuka
  • Masak hidangan yang berlainan setiap hari supaya mereka tidak mudah jemu dengan juadah yang sama
  • Sediakan makanan yang mudah dimakan dan mengenyangkan seperti sup dan makanan berkuah yang lain untuk si kecil yang berpuasa
  • Elakkan menghidang masakan pedas dan berempah untuk keselesaan perut sepanjang berpuasa
  • Pastikan anda menyediakan buah-buahan ketika berbuka dan bersahur
  • Pastikan anak2 minum air kosong ketika bersahur dan berbuka
Semoga tip yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu mommies semua. Semoga anak2 kita sama2 dapat menjalani ibadat puasa dengan tenang insyaallah.


Salah satu resolusi 2014 yang ingin dicapai adalah ingin mengurangkan berat badan. Anda boleh ikuti beberapa tip ini dalam usaha mendapatkan berat badan unggul:

tip kurus


1) Capai matlamat - Tetapkan matlamat pengurangan berat badan yang rasional dan mampu dicapai. Sebagai contoh 2-3kg dalam masa sebulan. Sekiranya anda tetapkan matlamat yang tidak rasional seperti turun 10kg dalam sebulan, bimbang anda akan kecewa dan berputus asa sekiranya resolusi ini tidak dapat dicapai.

2) Kawal kuantiti - Pastikan separuh daripada pinggan anda dipenuhi dengan sayur-sayuran. 1/4 adalah nasi dan 1/4 yang selebihnya diisi dengan sumber makanan berprotein seperti ikan, ayam, daging, tauhu, telur dan sebagainya.

portion plate orang berdiet

3) Jauhi minuman manis - Minuman manis memberikan jumlah tenaga yang tinggi atau sedikit nutrien kepada badan. Dengan menjauhi minuman manis, anda mungkin berjaya mengurangkan 500kcal daripada diet harian. Namun begitu, minuman yang tinggi kalsium seperti yogurt dan susu rendah lemak boleh dinikmati 2-3 gelas sehari.

air tin, air gas

4) Nikmati makanan tinggi serat - Serat memberikan rasa kenyang dan melancarkan sistem perkumuhan. Nikmati sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

5) Kurangkan makanan tinggi lemak - makanan tinggi lemak spt mknn bergoreng dan bersantan

masak lemak cili padi

6) Aktifkan diri - Hadkan aktiviti spt menonton televisyen, bermain video games dan komputer kpd 2 jam sehari. Cuba kira langkah anda setiap hari menggunakan pedometer dan sasarkan utk melakukan 10,000 langkah sehari. Lakukan senaman secara rutin 30 minit hingga 1 jam setiap hari.

menonton tv

7) Rekodkan pemakanan dan aktiviti harian anda. Melalui cara ini anda dapat mengenal pasti makanan atau aktiviti apa yang perlu diperbaiki untuk mencapai berat badan ideal.

Selamat mencuba :)



Selain menjaga kesihatan, avokado sangat baik untuk menjaga kecantikan bibir dan kelembapan wajah. Tidak perlu menggunakan pelembap atau gincu untuk bibir yang cantik. Berikut adalah beberapa petua untuk bibir cantik dengan menggunakan avokado.

1) Avokado dan minyak zaitun
Titiskan minyak zaitun dengan avokado yang dihancurkan. Sapukan pada bibir dengan gerakan memutar selama 5-6 minit setiap hari sebelum tidur. Sudah tentu bibir anda berwarna merah secara semulajadi.

minyak zaitun

2) Avokado dan madu
Campurkan 50g avokado dengan satu sudu teh madu. Tambahkan satu sudu teh garam. Sapukan pada bibir dengan mengurut secara lembut selama 3-4 minit. Campuran garam ini untuk membantu membuang kulit mati pada bibir.

honey

3) Avokado dan gula pasir
Campurkan 50g avokado dan satu sudu teh gula pasir. Gosokkan pada bibir secara lembut dan berhati2 kerana ia boleh membuatkan bibir luka jika digosok dengan kasar. Lakukan dengan perlahan2 selama 2-3 minit.

gula tebu

4) Avokado dan shea butter
Bahan ini agak popular kerana membantu menghalus dan melembutkan kulit. Campurkan 50g avokado yang dihancurkan dengan satu sudu teh shea butter. Sapu pada bibir dan biarkan ia kering. Ia akan mengeluarkan kulit mati dan bibir nampak segar kemerahan.

shea butter

Sumber: Rapi Jan 2014 | MS:29


Assalamualaikum semua. 

Harini kita tukar angin sikit ye. Saya nak berkongsi sebuah buku motivasi yang baru dibeli iaitu Life Without Limits oleh Nick Vujicic.

Nak kenal beliau lebih lanjut sila klik sini.

Bagaimana saya mengenali beliau?
Dalam group Shaklee saya, namanya seringkali menjadi sebutan. Walaupun dilahirkan OKU (orang kurang upaya), ia bukanlah alasan bagi beliau untuk hidup seperti orang biasa yang cukup sifat. Kini beliau dikenali di seluruh dunia kerana kisah hidupnya telah banyak memberikan inspirasi pada ramai orang.

Inilah buku yang saya maksudkan. Belum habis baca lagi. hehehe... 

buku life without limits

buku life without limits

Saksikan video yang sangat meruntun jiwa dan memberi inspirasi pada semua.


Kita yang dilahirkan cukup sifat hendaklah banyak bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Jika anda mahukan motivasi, sila dapatkan buku ini di kedai buku berdekatan anda. Ceewah dah mcm duta pulak....kikiki

Semoga catatan ini mendapat manfaat pada anda semua :)


Bagi ibu yang telah melahirkan anak, sudah tentu sukar berehat. Berehat bukan hanya dengan tidur tetapi anda harus mengamalkan cara hidup yang sihat supaya sentiasa bertenaga sepanjang hari. Antara tip yang boleh membantu anda menambah energi  untuk menguruskan anak dalam tempoh menjalani pemulihan diri selepas bersalin ialah:

1) Sarapan pagi
Sarapan pagi adalah penting kerana ia sumber tenaga yang paling penting untuk memulakan aktiviti harian anda. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berkanji spt roti, nasi dan pasta. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit dalam suatu masa tetapi kerap. Ingat, jangan biarkan perut kosong.

breakfast

2) Senaman ringan
Anda boleh melakukan beberapa senaman ringan spt berjalan, senaman rantai pelvis dan regangan sebaik shj anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira2 enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat.

3) Tidur bersama bayi
Dapatkan masa rehat yg secukupnya. Cuba untuk tidur semasa bayi anda sedang tidur. Apabila anda tidur ketika bayi tidur, cara ini akan membuatkan anda lebih bertenaga kerana mendapat rehat yang mencukupi. Rehat yang mencukupi dapat membantu merangsang pengaliran susu ibu dengan baik. Malah dikatakan tidur sejenak selama 30 hingga 45 minit sebenarnya cukup efisyen dalam menyegarkan kembali tubuh.

4) Jus buah-buahan
Buat jus segar di rumah utk memberi kesegaran pada tubuh dan merangsang penghasilan susu ibu. Anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya, air pegaga. Malah anda juga boleh mendapatkan jus formulasi yang dijual di pasaran yang diperkaya dengan pelbagai khasiat untuk kesegaran badan. Juga, jgn lupa, minum banyak air antara 8 hingga 12 biji gelas air sehari.

jus buah

5) Ceriakan diri
Cubalah anda tampil ceria dgn siapkan diri anda untuk kembali segar dan penuh energi. Tidak salah untuk tampil ceria asalkan membuatkan anda selesa.

6) Menonton televisyen
Anda boleh memilih rancangan kegemaran anda kala sedang bersantai bersama bayi baru.

watching tv

7) Aromaterapi
Aromaterapi adalah bau atau haruman yang menggunakan minyak pati bunga-bungaan atau tumbuh-tumbuhan. Antara khasiat bau wangian aromaterapi ialah dapat menenangkan minda, jasmani dan rohani. Letakkan bau-bauan yang wangi aromaterapi dalam bilik anda untuk memberikan mood kesegaran kpd anda dan bayi.

8) Suplemen
Selepas bersalin kebanyakan para ibu akan kehilangan tenaga kerana menguruskan anak2, diet yang tidak seimbang kerana kekangan masa dalam menguruskan bayi baru lahir dan melakukan penyusuan susu ibu. Pengambilan suplemen juga antara salah satu idea yang bagus untuk membantu anda mengembalikan kesegaran tubuh badan. Antara suplemen yang penting bagi ibu yang baru melahirkan bayi adalah spt vitamin C, vitamin B, multivitamin, zink, kalsium dan protein. Suplemen Shaklee yang dicadangkan ialah set Triple M.

makanan tambah susu

Namun dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang vitamin tambahan buat anda.

9) Sentiasa senyum dan ketawa
Sentiasalah tersenyum dan ketawa kerana ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Senyuman akan menghilangkan tekanan. Tekanan boleh terlihat di wajah. Senyuman boleh menghilangkan riak wajah yang sedih, bosan dan penat. Malah bayi anda sudah pasti ceria apabila melihat anda tersenyum kepadanya setiap hari.

smile

10) Zikir
Ia digalakkan kerana amalan rohani dapat membantu menenangkan jiwa dan mengurangkan tekanan. Ini kerana para ibu tidak boleh bersolat dan membaca Al-Quran jika masih dalam nifas selepas bersalin.

zikir

Sumber: Pa & Ma | April 2014 | MS 50 & 51


Barang2 keperluan untuk anda dan bayi sepanjang berada di hospital adalah perkara yang perlu ada dalam senarai semak anda. Bukan itu sahaja, malah barang keperluan untuk suami juga perlu supaya suami dapat menemani anda sepanjang anda menunggu saat untuk melahirkan nanti.

set berpantang shaklee

Antara keperluan ibu yang harus anda sediakan ialah:
1) Buku merah / buku pemeriksaan bulanan kandungan anda
2) Kad pengenalan diri
3) Baju butang depan utk kemudahan menyusu
4) Kain batik
5) Tuala materniti
6) Seluar dalam pakai buang
7) Stokin
8) Selipar jepun / selipar tandas
9) Coli penyusuan dan nursing pad
10) Baju untuk dipakai ketika pulang
11) Baju panas
12) Selimut tambahan jika perlu
13) Tuala
14) Tudung (bagi yang bertudung)
15) Minyak panas
16) Perkakasan untuk mandi dan kelengkapan diri spt sabun, syampu, sikat, tisu dll
17) Beg plastik untuk mengisi baju kotor
18) Beg khas untuk membawa pulang uri

Barang2 keperluan bayi:
1) Baju bayi
2) Sarung kaki dan tangan
3) Lampin pakai buang
4) Barut
5) Bedung
6) Selimut bayi
7) Tuala besar dan kecil untuk bayi
8) Minyak telon
9) Perkakasan mandi seperti losen dan bedak

Barang2 keperluan suami:
1) baju dan seluar
2) Perkakasan mandi spt berus gigi, sabun
3) Kain pelikat
4) Telefon bimbit
5) Pengecas telefon bimbit / powerbank

Semoga entry ini dapat membantu mommies semua dalam membuat persiapan menyambut orang baru :)

Ingin mencuba set berpantang Shaklee. Klik sini dan sini.


Ibu selepas bersalin disarankan agar menjaga luka perineum sebaiknya. Ini kerana jika benang tercabut, ianya perlu dijahit semula. Sangat menakutkan bukan?

Jom ikuti panduan bagaimana menjaga perineum agar kembali pulih dengan sihat dan cepat.


Semoga info ini sedikit sebanyak membantu ibu2 dalam penjagaan perineum selepas bersalin. Semoga cepat sembuh dan jangan lupa berpantang 44 hari elok2 ye. Sayangi badan anda, ianya amanah Allah yg tidak ternilai.


Lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia tinggi kolesterol. Mana taknya, Malaysia kan kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sedap2. Sarapan pagi pun dah makan roti canai, nasi lemak, mee goreng mamak. Haa... bg sesiapa yang suka makan makanan yang berlemak dan tinggi kolesterol eloklah ambil Phytocol-St ini, produk terbaru Shaklee yang bakal dilancarkan pada bulan Jun 2014.


phytocol-st, kolesterol

Kolesterol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah tersumbat. Tinggi kolesterol akan mengakibatkan penyakit2 lain timbul antaranya ialah serangan jantung, angin ahmar, penyakit hati, tekanan darah tinggi dan ketidaksuburan.

salur darah tersumbat

penyakit jantung

Faktor2 penyebab tinggi kolesterol ialah:
- Pemakanan
- Merokok
- Minuman keras
- Tekanan
- Hati tidak sihat
faktor tinggi kolesterol
Atasi masalah kolesterol secara semulajadi dengan fitosterol. Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara semulajadi.

Phytocol- ST, membekalkan 2000mg fitosterol sehari 100% saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Untuk mendapatkan fitosterol secukupnya, anda perlu mengambil makanan2 ini setiap hari:
- 200 batang lobak merah
- 70 keping roti gandum
- 425 biji tomato

fitosterol

Mampukah anda setiap hari untuk mengambil kesemua makanan berikut dengan jumlah yang banyak setiap hari? Muntah hijau rasanya untuk telan makanan2 tersebut dalam kuantiti yg banyak bukan?

Jangan risau, kini ada cara yang lebih mudah dengan Phytocol-st. Anda hanya perlu mengambil Phytocol-St SEBELUM makan. Phytocol-st akan membantu mengurangkan kolesterol menyerap dalam aliran darah.

paras kolesterol

Berminat mencuba Phytocol-St, sila klik sini untuk pembelian.

Sebarang masalah sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).


Sabun basuh baju adalah salah satu barang yg wajib dibeli setiap bulan. Shaklee juga ada mengeluarkan rangkaian produk untuk kebersihan rumah yang dikenali sebagai set home care- get clean. Apa yang bestnye mengenai sabun basuh baju Shaklee yang dapat saya simpulkan ialah:

1) Tidak perit apabila sabun terkena pada tangan
2) Bau sabun yang sederhana. Semasa hamil, semua sabun saya alah bau kecuali sabun basuh baju Shaklee.
3) Cucian yang bersih walau hanya dengan menggunakan sedikit sabun serta menjimatkan
4) Boleh digunakan untuk mencuci pakaian dewasa dan pakaian bayi atau kanak2. So dah boleh jimat dengan hanya menggunakan satu sabun sahaja.
5) Ianya selamat dan mesra alam

Ini dia rupa bentuk sabun basuh baju Shaklee.

sabun basuh baju shaklee

Antara faedah menggunakan Fresh Laundry ini:

* Pekat -5.5lb (Sekotak membasuh 88 basuhan)
* Prestasi tinggi - pembersih enzim diaktifkan mengekalkan basuhan yang putih dan berwarna cerah.
* Selamat pada semua jenis kain - berkesan dalam air keras/lembut.
* Dirumus untuk membantu mencegah warna pada pakaian berwarna luntur dan berpindah dari satu pakaian kepada lain.

TAHUKAH ANDA?

Banyak serbuk dobi mungkin mengandungi perengsa yang boleh diserap melalui kulit atau sedutan iaitu penyebab biasa alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate adalah seperti merengsa dan senaraikan bahan berbahaya oleh EPA dan DOT. Sentuhan boleh merengsa dan membakar kulit dan mata, bauan boleh merengsa hidung, tekak dan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk. lelah dan/ atau sesak nafas.Kerengsaan pada kulit berulang kali boleh menyebabkan kekeringan, kegatalan, kerengsaan kronik dan ruam.

Get Clean adalah SELAMAT untuk anda, rumah anda dan planet anda. BERKUASA, HIJAU dan BIJAK

p/s: Ia sangat jimat. Tidak percaya? Hanya 1 sudu boleh mencuci bersih 1 basuhan dengan berat 13kg. Boleh digunakan sehingga 4 bulan.

Get Clean juga terdapat Dish Wash Concentrate, Soft Fabric Concentrate, Basic-H Organic Super Cleaning Concentrate dan juga Get Clean Water Pitcher.- Sumber Buku Panduan Nutrisi Shaklee

sabun basuh baju shaklee

Berminat mencuba set get clean shaklee? Sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).


petua nak ceraikan susu badan

Terdapat 2 maksud untuk istilah bercerai susu iaitu:
1) memperkenalkan makanan pejal kepada si anak semasa usianya 6 bulan
2) cuba menghentikan amalan penyusuan susu ibu pada usia anak mencecah dua tahun atau lebih

Harini saya kongsikan panduan untuk no 2.

1) Kurangkan dahulu, baru berhenti
Kurangkan sesi penyusuan dengan si anak. Sebagai contoh dalam sehari anda menyusu anak sebanyak 10 sesi, kurangkan kepada 8 sesi penyusuan sehari. Selain itu, elakkan daripada meletakkan sesuatu di payudara dengan anggapan anak akan tidak suka menyusu. Langkah ini adalah tidak bijak kerana ia mencederakan emosi  anak dan anda sendiri sebagai ibu.

2) Jangan tawarkan susu ibu. Lengahkan jika diminta
Sewaktu anak sedang leka bermain, anda jangan sesekali memanggil dirinya semata-mata hanya mahu mengajak dia minum susu. Sebaliknya, biarkan dia sibuk mengeksplorasi dunianya ketika sedang bermain.

Sekiranya anak mula meminta susu, lengah-lengahkan masa dengan memberitahunya untuk basuh tangan terlebih dahulu ataupun minum air kosong dahulu.

Selain itu, anda boleh gunakan pendekatan psikologi. Pada usia dua tahun, si anak sudah mampu memahami sekiranya kita memberitahu dia, pakaian anda tidak sesuai untuk membolehkan dia menyusu. Mungkin anda juga boleh memberitahu dia bahawa dia boleh menyusu dalam kereta kerana di tempat awam agak terbuka dan menyebabkan anda malu (walaupun hakikat sebenarnya tidak).

3) Tawarkan minuman lain
Anda boleh menawarkan minuman lain seperti air buah atau air kosong. Sediakan botol minuman yang mempunyai rekaan karektor yang disukai oleh anak anda. Dengan demikian, ia membantu membentuk perasaan suka pada anak anda untuk menjadi kanak-kanak yang semakin membesar.

bekas minum air ada gambar kartun

4) Hentikan penggunaan botol susu. Gunakan bekas air
Pada usia bayi lapan bulan, kebanyakan bayi sudah berupaya untuk memegang sesuatu objek. Gunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin untuk mengajar dia menggunakan bekas air dan minum sesuatu jenis minuman menerusinya. Ia adalah sebagai langkah melatih anak untuk menjadi seorang yang lebih berdikari dan berkordinasi.

5) Penggantian rutin
Perhatikan rutin anak dan cuba gantikan rutin itu. Lazimnya, penyusuan sebelum tidur adalah waktu yang paling sukar untuk dihentikan.

Jadi, bapa boleh memainkan peranannya di sini. Ambil peluang ini dengan menggantikan sesi penyusuan dengan tabiat baru seperti membacakan buku cerita atau melakukan aktiviti melihat bintang  di langit bersama-sama si bapa.

Info:
Selepas bercerai susu, anda perlu memastikan anak mendapat makanan seimbang yang mengandungi nutrisi karbohidrat, protein, lemak dan vitamin bersesuaian.


Kandungan asas susu ibu adalah lemak, protein, laktosa, vitamin, mineral dan air. Malah, kesemua kandungan ini turut terdapat di dalam susu semua jenis mamalia. Namun, nisbah setiap kandungan ini berbeza.

ESP adalah protein berasaskan soya. Protin adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Ibu2 yang mencuba ESP kebanyakannya sangat berpuas hati dengan penghasilan susu ibu yang meningkat. Selain konsisten ESP, ibu2 juga hendaklah konsisten dgn konsep asas penyusuan susu ibu. Insyaallah penyusuan susu ibu akan lebih lancar.

Jom kita tengok testimoni Puan Puteri ini: (klik imej untuk lebih jelas)

minum ESP susu banyak

Kelebihan ESP:
  • Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
  • Parut di muka jadi pudar
  • Tenaga berpanjangan pagi ke malam
  • Kurang letih 
  • Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
  • Sistem perlindungan badan semakin bagus (menguatkan imun sistem)
  • Mengawal paras kolestrol
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat
  • Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
  • Mengurangkan alergik
Sila klik sini untuk order ESP.

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi percuma serta jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Sertai ahli Shaklee sekarang dan nikmati 15%-20% potongan harga bagi setiap produk Shaklee.


Salam semua. Harini saya ingin berkongsi salah satu kelebihan mendaftar ahli/pengedar Shaklee, anda berpeluang mendapat ganjaran dari Shaklee. Salah satunya adalah convention.

Bermula semalam, ramai business leaders yang layak telah mula mendapat email untuk mengisi borang pendaftaran. Tahniah kepada anak cucu warga MUMTAZ yang turut mendapat email ini.

Alhamdulillah, saya adalah salah seorang business leader yang layak mendapat 1 tiket ke National Conference tahun ini yang bakal diadakan di Hotel Sunway Resort & Spa.

Mungkin ada yang belum tahu untuk cycle 2013/2014, Shaklee reward setiap yang layak begini ;

1) Trip International : Samada Umrah Ziarah Istanbul ataupun ke US (berpeluang visit HQ Shaklee, Disneyland US dan banyak tempat lagi)

2) National Conference : Penginapan percuma 3 hari 2 malam di Hotel Sunway Resort & Spa dan aktiviti di Sunway Lagoon di hari akhir NC

Kelayakan : seperti dalam gambar.

shaklee national conference

Bagaimanapun, kita sekarang sudah berada di cycle baru 2014/2015.
Syarat kelayakan telah pun diperbaharui. 

Yang anda nampak 930 kini 990, (Umrah Ziarah / Italy)
Yang anda nampak 330 kini 380. (Palace of Golden Horses)

Semakin mencabar kan? Untuk pengetahuan anda, memang setiap tahun pihak Shaklee revise kelayakan ini dan setiap tahun bertambah ramai yg melayakkan diri untuk dapat reward-reward ni walau betapa byk kenaikan syarat yg Shaklee kenakan. 

umrah

italy

national conference

national conference
Walau apapun syaratnya, yang penting usaha dan kerja keras mengejar impian dan cita2 dengan Shaklee akan tetap diteruskan. Bukan senang nak senang & bukan susah nak senang. Go for it!

Jika anda berminat untuk mendapatkan shaklee reward ini, anda boleh hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue). Saya akan guide anda untuk berjaya bersama Shaklee.


ostematrix kalsium magnesium

Berdasarkan penelitian, magnesium adalah mineral keempat yg paling diabaikan dalam keperluan badan kita utk kepentingan kesihatan. Hampir 50% daripada magnesium dalam badan dijumpai di dalam tulang.

Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan.

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan.

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan. Credit

Ostematrix Shaklee dilengkapi dengan kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink.

kalsium magnesium
Promosi April buy 6 FREE 1 Ostematrix. 1 botol Ostematrix 120biji, mampu bertahan untuk sebulan makan. 1 botol RM61. Buy 6 FREE 1 RM366 anda JIMAT RM61. Berminat mendapat harga ahli? Jom join ahli Shaklee sekarang!

Cara daftar ahli Shaklee di sini.

Sebarang pertanyaan dan pesanan sila hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).


Menurunkan berat badan secara sihat adalah lebih penting dan utama dari kurus tapi mendapat kesan sampingan yang tidak baik. Dengan set penurunan berat badan Shaklee ianya membantu menurunkan berat badan secara sihat tanpa perlu mengikat perut.

Perlu diingat, di samping mengamalkan suplemen Shaklee, pengambilan menu makanan harian haruslah dijaga. Kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan minum minuman manis dan makanan yang berminyak. Selain itu senaman ringan yang konsisten setiap hari seperti berjalan kaki, menaiki anak tangga sedikit sebanyak membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Bagaimana suplemen Shaklee dapat membantu?

ESP- memberi rasa kenyang yang lebih lama serta tenaga yang berpanjangan. Ianya juga membantu memekatkan susu ibu selain memberikan kulit wajah yang cantik, halus mulus dan bebas jerawat.

Alfalfa- mengangkut lemak yang dibakar dan yang dipecahkan tadi keluar dari badan melalui pembuangan air besar

Lecithin- Berfungsi memecahkan lemak di dalam badan.  Ini adalah kerana fungsi utamanya adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'.

Herblax - Membersihkan usus secara lembut dan mengempiskan perut

Jom kita tengok testimoni. (Sila klik imej untuk lebih jelas)

set slim shaklee

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).


Ostematrix ialah kalsium yang diperkaya dengan magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Nutrient2 ini perlu diambil bersama2 utk penyerapan yang lebih baik oleh tubuh badan manusia. Ianya bukan seperti kalsium biasa yang terdapat di pasaran.

ostematrix

1) Bantu lawas
Semasa berpantang anak sulong memang terasa sakitnya sembelit. Berpantang anak kedua tiada lagi sembelit selepas konsisten mengamalkan Ostematrix. Selain itu saya juga mengamalkan set berpantang Shaklee. Alfalfa membantu melawas manakala Ostematrix membantu melembutkan najis.

2) Hilang sakit pinggang
Menyusu anak memang perlu ambil pil kalsium, jika tidak mudah sangat rasa sakit pinggang dan gigi. Tambahan lagi, saya menyusukan 2 orang anak (seorang toddler dan seorang lagi masih bayi). Dengan Shaklee Ostematrix tiada lagi rasa sakit2 tersebut. 

3) Bangun tidur rasa segar
Pernah tak anda bangun pagi kemudia rasa kebas2 dan sakit2 badan?

Dengan Ostematrix tiada lagi masalah seperti di atas. Ini kerana Ostematrix mengandungi MAGNESIUM. Magnesium membantu tubuh mendapatkan tidur dan rehat yang berkualiti. Bila tubuh dan minda mendapat rehat yang berkualiti, kita pun akan rasa lebih segar esok pagi. Testimoni di sini.

4biji sehari untuk kesihatan tulang dan gigi yang sihat. Manfaat lain Ostematrix sila klik sini.

Bersempena dengan promosi April Shaklee BUY 6 FREE 1 Ostematrix, dapatkan stok suplemen kalsium anda sekarang!! 1 botol Ostematrix 120biji @ RM61, BUY 6 FREE 1 @ RM366 anda JIMAT RM61. Jika ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda hanya perlu menambah RM65 sahaja. Kos pos Semenanjung RM10 dan RM20 Sabah Sarawak.

suplemen kalsium

Hubungi saya melalui email salsabila_85@yahoo.com atau sms/whatsapp: 013 4774 285 (sue).


Pihak Shaklee kini telah melaksanakan penguatkuasaan tentang harga.

Jika anda ingin menikmati produk Shaklee pada HARGA AHLI, anda perlu mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE atau PENGEDAR SAH SHAKLEE terlebih dahulu.

Sekiranya anda TIDAK berdaftar secara sah sebagai AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE, anda tidak berhak untuk mendapatkan produk SHAKLEE pada HARGA AHLI, anda harus membayar pada HARGA PASARAN (retail).

Bagaimana mendapat keahlian Shaklee secara PERCUMA?

membership shaklee
1) Anda mempunyai beberapa pilihan iaitu:
- Membeli 3 kotak collagen powder ATAU
- Membeli 2 botol vivix ATAU
- Membuat pembelian 200 UV dalam satu transaksi (anda boleh kumpul order dari kawan2 opis, sedara mara, jiran tetangga)

Sila rujuk bahagian UV untuk mengetahui UV setiap produk Shaklee. Harga produk Semenanjung dan Sabah Sarawak adalah sama. (Sila klik imej untuk lebih jelas)

harga shaklee

2) Hubungi saya samada melalui
- Email: salsabila_85@yahoo.com
- SMS/WHATSAPP: 013 4774 285

Saya akan bantu anda untuk mendaftar keahlian Shaklee.

3) Anda hanya perlu menunggu GDEX atau CITYLINK menghantar memberkit dan barang2 yang telah anda pesan depan pintu rumah anda. Kebiasaannya penghantaran mengambil masa sehari, tetapi kalau ikut secara rasminya masa penghantaran mengambil masa 3-7 hari mengikut kawasan.

Hanya ikut 3 langkah mudah di atas untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA. Mudah bukan? ;)

Jom join ahli Shaklee sekarang. Hubungi saya melaui email salsabila_85@yahoo.com atau SMS/WHATSAPP: 013 4774 285 (sue) untuk maklumat lanjut.