Jadual Makan Vitamin Shaklee Bulan Puasa


Alhamdulillah, bertemu lagi bulan Ramadhan 2014. Selamat berpuasa pada semua pembaca blog sihat itu nikmat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan dipermudahkan urusan kita untuk menambah baik amal ibadat kita inshaa ALLAH.

Suplemen jika diambil sewaktu bulan puasa dapat membantu mengurangkan keletihan dan menampung ruang kosong kekurangan nutrisi dalam badan.  Oleh itu, jangan culas mengambil suplemen anda ye.

set puasa bulan ramadhan

Berikut saya kongsikan tips dan cara pengambilan suplemen sewaktu bulan puasa:

Tukar...

Lepas Breakfast --> Lepas buka

Lepas Lunch --> Lepas terawih (moreh)

Lepas Dinner --> Lepas sahur

Contoh:

Sahur: Anda boleh mengambil ESP, Mealshakes, Performance. Selepas tu boleh ambil Vitalea, B Complex, Vitamin C

Selepas Berbuka: Alfalfa, Lecithin, Omega, Phytocol-St

Selepas Terawih: Vit E, Gla Complex

Sebelum tidur: Ostematrix, Vivix

Sebenarnya tiada waktu yang tepat untuk makan suplemen. Anda boleh mengambil suplemen mengikut kesesuaian waktu anda. Cuma yang penting anda perlu tahu vitamin tersebut tidak contradict bila diambil bersama.

Contohnya: Vitalea sangat baik jika diambil bersama Vitamin C kerana zat besi lebih cepat menyerap dalam badan dengan bantuan Vitamin C. Vitalea tidak boleh diambil dengan ESP atau Ostematrix kerana kalsium akan memusnahkan zat besi.

Oh ya, tips minum air masak di bulan Ramadhan ada saya kongsikan di sini.

Sekadar itu dahulu coretan saya untuk entri kali ini. Saya harap ianya dapat membantu anda di luar sana untuk mengambil suplemen dengan betul sewaktu bulan puasa.

Sebarang pertanyaan boleh email saya di salsabila_85@yahoo.com atau SMS/WHATSAPP: 013 4774 85 (sue).

0 Pembaca Setia:

Catat Ulasan