Systemic Lupus Erythematosus (SLE)


Lupus berasal dari perkataan Latin yang bermaksud serigala. Erythematosus pula bererti ruam merah. Systemic Lupus Erythematosus atau SLE adalah penyakit yang mesti anda ambil tahu. Ini kerana, 90 peratus penghidapnya adalah wanita yang seusia dengan anda. Paling menakutkan, semua wanita di dunia berisiko menghidapinya.

Tiada benua yang terkecuali!

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Ini menjejaskan beberapa bahagain sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau oran2 lain dalam badan.

Ia terjadi apabila sistem daya tahan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu2nya sendiri. Gabungan faktor2 keturunan, alam sekitar serta hormon boleh menjadi penyumbang kepada keadaan ini. Ia berlaku melalui pengeluaran auto antibodi yang melawan sel2 normal seseorang. Ia juga akan menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Punca penyakit SLE tidak diketahui. ia adalah sejenis penyakit autoimmune. Namun, cahaya ultra lembayung (UV) matahari boleh memburukkan keadaan pesakit. Selain itu, SLE juga bukan penyakit berkaitan genetik.

JENIS2 SLE

Ia terbahagi kepada 3 iaitu:

1) Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
mungkin keadaannya hanya sederhana atau lebih serius sehingga boleh melibatkan pelagai organ lain. Mereka yang mengidap sle ini biasanya adalah golongan berumur lebih 45 tahun dan kanak2 hanya dalam jumlah yang sedikit sahaja. Sle adalah lebih berbahaya apabila ada orga dalaman yang terlibat.

2) Discoid Lupus Erythematosus (DLE) 
pula hanya melibatkan kulit sahaja. Mereka yang menghidapnya akan mengalami tompok2 merah pada wajah, kulit kepala, kaki, tangan dan badan. Ia boleh menjadi lebih kronik apabila tompok2 terseut mula berubah menjadi bersisik dan tebal. Keadaan ini mungkin boleh berlarutan hingga bertahun2. Ada pesakit yang telah sembuh, tetapi sejumlah kecil penghidapnya masih boleh mendapatnya lagi selepas itu.

3) Lupus Neonatal
boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami radang kulit, masalah darah dan hati. Namun begitu,gejala ini akan hilang dalam masa beberapa bulan. Ia berlaku disebabkan oleh auto antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Kes begini jarang ditemui namun apa yang membimbangkan ialah bayi yang mempunyai masalah ini berisiko mengalami masalah jantung juga.

BAGAIMANA MENGESAN SLE?

Menurut Pakar Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Soehardy Zainudin, cara untuk mengesan SLE bukanlah mudah. Ianya memerlukan beberapa ujian darah dan air kencing. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE seperti antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh. Ramai pengidap SLE mempunyai antibodi antinuklear.

Selain daripada ujian darah ANA, ada beberapalagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu mendiagnosis SLE contohnya seperti anti-DNA, anti-SM, anti-RNP, anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB).

Biopsi ialah satu lagi ujian yang dijalankan bagi membantu diagnosis SLE. Ia dilakukan dengan mengambil sedikit contoh tisu orga yang terlibat misalnya tisu kulit, tisu buah pinggang dan sebagainya. Ada juga sesetengah doktor menjalankan ujian antibodi antikardiolipin (antifosfolipid).

Jika seseorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini terutamnya pesakit wanita hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta keguguran bayi. Kesemua ujian ini adalah sumber maklumat untuk membantu membuat diagnosis. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosis SLE.

GEJALA SLE
  • Demam, keletihan dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok2 merah yang menyerupai kupu2 di pipi dan hidung (butterfly rash)
  • Tompok2 merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok2 atau di sekeliling (alopecia)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi (recurrent abortions)
  • Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
KAEDAH RAWATAN

Rawatan untuk pesakit SLE merupakan satu cabaran. Rawatannya bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan penyakit SLE mempunyai pelbagai gejala, kita dapat lihat pesakit ini di hospital pakar serta di pelagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psikiatri. 

Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar2 dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE daripada terus semarak (flare). ia juga bertujuan untuk mengawal komplikasi dan menghalang organ2 yang diserang SLE daripada terus rosak.

Antara ubat2 yang digunakan untuk penyakit ini termasuk cortisteroids, NSAIDs, hydroxychloroquine, dan ubat2 immunosuppresif seperti mycophenolate dan azathioprine.

LANGKAH PENCEGAHAN

Pesakit2 SLE hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana sinaran ultra lembayung (UV) matahari akan menyebab terjadinya ruam pada kulit. Ia juga berkemungkinan akan mencetuskan aktiviti penyakit yang lebih serius lagi.

Melindungi diri dengan memakai pakaian berlengan panjang, memakai topi lebar, payung serta menyapu krim pelindung cahaya matahari (sunblock) semasa keluar membantu melindungi diri daripada komplikasi berkenaan.

PERATUSAN UNTUK SEMBUH
Setiap pesakit SLE adalah berbeza di antara satu sama lain. Kebarangkalian untuk sembuh bergantung kepada keadaan SLE dan juga organ2 yang terlibat.

Jika andan mengalami gejala2 SLE, sila berjumpa doktor pakar berdekatan supaya ujian darah dan air kencing boleh dilakukan. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan komplikasi penyakit SLE yang lebih serius.

Sumber: RAPI MAC 2014 MS: 58-59

1 ulasan:

  1. Selalu dengar pasal SLE ni, sekarang ni baru tahu setahu-tahunya. Nak plak ada ice bucket challenge tu sempena penyakit ni. Tq for this info Sue

    BalasPadam